Saturday, September 24, 2011

24/9/2011

Assalamualaikum.Hari ini aku mau ceritakan pelbagai kisah yang sedikit teruk la. Entah la maklumla minggu lepas aku yang bertugas kat sekolah, memang meletihkan la. Hari ini tepat pukul 8 aku sampai ke pusat servis proton kat jalan tun fatimah. Aku pergi jugak walaupun ada jaga budak untuk bahagian kawalan pelajar di PPD Jasin. First time tangan aku melayang singgah dipipi seorang pelajar. Huhuhuhu satu untuk ko tak dengar kata aku, satu sebab ko merokok. Dalam hati mau aku belasah situ jugak. Aku malas nak cari pasal la hari nin. Sebenarnya pada hari ini banyak kejadian yang ngeri berlaku taw. Pertama ialah kereta kak Aiza excindt dekat PPD Jasin itu biasa la. So aku turun la mau tgk apa yang berlaku. Lepas tuh aku berkawal dibawah cam jaga sempadan pulak. bebudak form3 buat hal. Mau jer aku belasah. Buat muka selamba. Tak per seorang dah kene. Mau lagi makin laju tangan bergerak k. Pastu turun la si nani untuk tengok gak keadaan kereta kak Aiza tuh. Semua dah sattle , dia pun tunggu dengan aku kat bawah tuh untuk tengok sapa budak yang balik. Lepas tuh korang semua mesti tahu kan PPD Jasin tuh dekat dengan SMK Tun Perak kan. Time menunggu kat bawah untuk tengok budak ponteng tetiba ada seorang budak berlari dengan laju dari asrama. Memang terkejut la, aku dah agak pasti dia akan jatuh sebab dia berlari kawasan berbukit. Semua kawan dia turut kejar. Aku dah ada situ terus ambil peranan la. Si nani terkejut tak kata apa2. Budak tuh jadtuh dengan muka tersembam ke tanah. Darah keluar banyak. dia tetap bangun dan berlari melintas jalan tanpa tengok kereta. Aku anggap dia nak bunuh diri. Tapi selamat time dia lari tak ada kereta. Time tuh dia jatuh jugak tengah jalan. memang mengerikan la. Aku arahkan seorang pelajar yang pakai seluar ikut mak guard sementara 2 pelajar pakai kain panggil cikgu yang berkenaan secepat yang mungkin. HUHUHUHUh pastu aku rasakan dia jatuh di dataran jasin sebab dia cam hilang arah dah. Maklumla bukit tuh tinggi jugak. Dari pemerhatian aku budak tuh memang nekad dan tak kisah nak mati. Tambahan pula aku lihat dia penuh dengan masalah. Dia perlukan bimbingan dan nasihat serta mentor setiap hari.... Pastu cikgu sekolah tuh naik motor dan dia katakan pada aku budak tuh parah dan perlu dihantar ke hospital... pastu aku teruskan kerja seperti biasa.... Allah itu maha berkuasa.4.36p.m

Saturday, September 3, 2011

Sentri terakhir sebelum balik ke Melaka. ish ish


Assalamuaikum, hari ini dah raya yang kelima dah. Tak ada masa betul nak menaip nih. Ibarat menaip sebuah tesis yang tebalnya berjela-jela. Apa peduli. Hari ni hari yang cukup best la. Seharian bersama dengan si T. Dari pagi sampai malam tuh. Pagi bawak jengjalan ke Giant, nak sangat makan donut. Pastu menemani T makan di Mcd plak. Semuanya berlalu denga pantas la. Ramai dalam 5 hari nih datang ke rumah aku. kuih raya tunggang langgang jadinya. tangan pantas membasuh gelas dan pinggan. Hebat la juga. Banyak nih kalau nak diikutkan nak menulis ni. Ok pastu ronda-ronda kejap mau cari nasi dagang. Tapi sayangnya kedai nasi dagang kesayangan keluarga ramai giler ibarat tetamu beraya di rumah aku. Pastu diwaktu petang plak si suhardi datang ajak pergi jengjalan raya. Setiap sampai umah kawan , mesti mintak duit raya. Tahun ni tak dapat beraya di rumah mb terenngganu. Biasa selalu pergi nek mengjenguk ketua kerajaan negeri kan. Rakyat pun perlu cakna juga pada pimpinan. Sebelum suhardi datang tuh. Sempat la pergi ke rumah yb Syed Azman. Time tuh pimpinan pkr juga ada datang. Best la jugak makanan kat situ. Ada nasi puteh, ada laksa, nasi dagang dan sebagainya. Tapi sayangnyer duit raya dia bagi kat bebebudak kecil jer. Bak kata haji bakhil, bebudak xleh pegang duit banyak-banyak.. Lepas tuh malamnyer pergi pula bus stand nak hantar T balik. T tuh tabah betul. Susah nak jumpa cam dia tuh. Semua kene contohi T taw. Time dengan T dapat la berjumpa dengan pak dan mak sedara T. Cam biasa bersembang jer dimana sahaja anda berada. Tapi kali ni raya nyer seperti ada sesuatu yang tersembunyi ler. Tapi tak tahu apa bender. Harap umat islam sentiasa dirahmati Allah. Moga Allah terus hancurkan tentera Ahzab. Amin. Nanti ada lagi cerita yang tertinggal nih. Minggu nih bebudak baru bakal menjejak kan kaki kemenara gading. Universiti ler. Termasuk ler adik aku dapat unisza dekat jer dan bakal peguam. Ok la tuh. Tengok budak cam gembira sangat dapat masuk universiti. Sebenarnya selepas membaca entri oleh aisyahumarra terus tak ada mood nak sambung belajar. Universiti adalah termpat yang mengajar manusia mencari pangkat, kedudukan , membazirkan masa , dan semualah. Semua perkara dalam entri aishahumaira sudah menjawab pelbagai persoalan yang sentiasa bermain diminda aku. Sesiapa yang mahu tahu entri tuh boleh baca berkaitan dengan (satu dunia islam ditipu).. aku ada poskan di blog dan aku juga ada membuat hardcopy.Aku pasti hal ini pasti akan diambil berat oleh pihak yang berkenaan. Moga Allah jauhkan aku daripada puak dan para waki syaitan. Satu perkara lagi yang menjawab segala persoalan aku telah dijumpai semasa aku sedang mencari buku sejarah tingkatan 6. Ada masa aku ceritakan.. Lusa aku dah akan berangkat balik ke Melaka. Doakan perjalanan yang selamat untuk aku. 3/9/2011 11.42 P.M