Saturday, June 29, 2013

SINAR BARU.


Syukur alhamdulilah akhirnya semuanya berjaya ditempuhi dengan baik sekali. Gambar yang pertama ialah kain viscose dari Belanda, untuk diberikan pada wife dan gambar ke dua pula ialah gambar semasa makan-makan di api-api melaka. Sedap lah juga makanan dia itu. pasni akan sambung lagi ceritanya. ingatkan nak bergerak ke putrajaya daripada sungai buloh tapi selepas dinasihatkan oleh senior yang lain maka berubah pergerakan daripada melaka ke sana esok. Esok yup. Semalam dah kelantan menang piala FA. Ok tq semua yang memberikan support. Daoakan perjalanan esok

Wednesday, June 26, 2013

TELEFON BARU


  • Assalamulaikum semua iya..... Malam ini akan diupdate sedikit tentang beberapa hari kebelakangan ini semua. Pertama ialah ini adalah telefon yang akan diberikan kepada wife saya k. Wife seblum ini pakai sambung galaxcy... Tapi macam biasa la, batery cepat abis ler. So untuk lebih baik saya belikan telefon yang bagus ini katanya nokia 110. Adik beradik 1100 kot. Tapi batery tahan yok. Ada earfon puteh lagi. Memula nak belikan cam aku jugak x1. Tapi dah abis dijual, yang adalah adalah x2. Tapi tak cantik ler, keypad dia tuh gelembung. Yang ini juga menjadi pilihan. Harga tak payah tanya la k. Malam ini akan diupdatekan satu cerita khayalan yang perlu dibaca oleh semua pengikut blog yup. Pertama ialah perpindahan my wife not approve......... sedih kan. Tapi tak mengapa perlu kuatkan semangat. Aku melihat masih ramai yang legi teruk masalahnya dari aku ini. Ops sebelum lupa hari ini balik sekolah awal yok. Best-best. Tapi sabtu ini kene jadi ketua P.A pula bagi pertandingan memasak peringkat negeri. Aku konfius nin apa sebenarnya tugas seorang guru ini, Nampaknya semua kerja kene buat, Dari kutip duit, sediakan kertas soklan, persatuan, Aku malas dah nak tulis panjang yok. Kang tak larat nak nak baca blog aku nin. For my wife, banykkan sabar, nikmat sabar itu pasti akan kita dapat rasakan satu hari nanti. Seteruk mana sekali pun dugaan yang dihadapi , Allah itu maha penyayang dan maha pengasihani. Masih diingat cerita kisah nabi ibrahim bersama dengan siti hajar. Dugaan para nabi terlalu dasyat nak dibandingkan dengan kita, Jelas semua ini adalah untuk menguji keimanan kita. Aku redha dengan ketentuan ilahi. Insyallah semakin kuat ku berpegang kepada agama ku ini. Amin. Siti hajar bersama nabi ibrahim itu jelas membuktikan diakhirnya pasti ada kemanisan dihujungnya . Selawat dan salam kepada ibuku jua siti sarah dan siti hajar bersama abul anbiya , nabi ibrahim. Maka dengar la nurdhiya arya bahawa  segala kepayahan itu adalah dugaan yang akan memberikan semangat dan cahaya kepada segala kepayahan ini. Tunduk lah anak-anak dan seluruh kepada pencipta yang maha agung yang cukup sempurna dengan iradillahnya. amin. Kan panjang kan kali ini entri yang akan dipersembahkan. Nabi ibrahim dibukakan hijab semasa siti sarah bersama dengan namrud laknat itu. Allah itu sesempurna perancang. 11.37 malam..... 26/6/2013

Saturday, June 22, 2013

VIETNAM

Rasanyer dah lama tak update blog ini. Tetiba poskan plak beg itu. Itu beg yang dibeli dari vietnam ler. Untuk raya nanti. Warna hijau, kira ok lah. Rasa terlalu lambat pula kali ini untuk bercuti. Esok dah hari Ahad. Sekolah aku adakah hari sukan 3 hari. aku pula jadi ketua bagi acara rejam lembing. Layan kan jer. Jumaat tuh cuti. aku g sg udang tempah baju untuk persatuan. Dah selesai satu kerja. Nanti nak di disgnkan pula. Letih yok. Ok bye...... pasni nak book tiket jengjalan pula.

Saturday, June 15, 2013

Spageti vs fetuscinni

Dalam pinggan ini adalah spageti, cuma tersalah beli fetsuccini jer. takper lah. Sajer uploadkan cepat-cepat sebab bimbang lupa resepi untuk buatnya. Caranya ialah beli sebungkus spageti, kalau fetuscicni tuh yang lebar sikit, masih ok lagi. Cuma jangan beli yang angle hair. Itu rasanyer macam mihun dan memang tak sedap la. Ikut pada selera la tapi aku dah cuba memang tak sedap. Sedap sos ini dengan spageti dah fetusccini jer. Untuk sos spageti guna yang dirasakan ok dan ada halal. Jenis kimball jer . Ada 3 jenis perisa, ambil la jenis bawang putih dan selasih. sedap sikit jenis itu. Seterusnya ialah cara bak buatnya ialah, Untuk sebotol sos spagtei tuh perlukan sebiji bawang besar yang dipotong kecil-kecil. Pastu gorengkan dengan menggunakan minyak bijin yup. Untuk rasa dan tak berminyak sangat. Seterusnya masukkan bebola ayam atau datang (aku suka guna jenis cap azam). Gorengkan sampai masak, masukkan juga kiub ayam yang dah dihancurkan, sebanyak setengah kiub itu.  masukkan sos tuh , kalau ada daging cincang boleh masukkan juga semasa ini. Masukkan sedikit air untuk merenehkan dia. Biar lama sikit atas dapur tuh. ...... Step seterusnya ialah lembutkan spageti itu  dengan rebuskan biar lembut. Jangan bimbang pasal spageti ini. Kalau direbus lama dia takkan lembik cam mi kita tuh. Rebus lama sikit untuk pastikan betul-betul masak. Pastu toskan spageti.Perlu diingat kalau nak masak spageti ialah jangan terus masukkan spageti dalam kuah yang dimasak. Nanti tak sedap. Yang dah ditoskan itu letakkan dalam pinggan dan curahkan sosnya barulah digaul. dah siap.... senangkan.... kalau spageti tuh banyak letak jer dalam peti ais , sosnya asingkan ler, nak makan masukkan dlm bekas , curahkan sos pastu masukkan dalam microwave.... dah siap. mudahkan. Nanti chef akan ajarkan camner nak buat spageti goreng pula k....... selamat mencuba. 16/6/2013 2.32 petang

BDAY YOP

Maka kembali lagi aku untuk menupdate  blog ini yang menbingkis 1001 memori. Pasni akan tengok balik apa yang berlaku. Hari ini berjaya juga aku membentangkan pasal qnet yang entah apa-apa tuh. Redha jerlah. Dah memang tak reti bab it nin. Walau apapun terima kasih lah kepada cikgu tamil yang memang banyak membantu. Tadi sesampai sahaja di sekolah pada pukul 8 terus diceritakan oleh cikgu tamil tentang dia bermimpi aku nin menjadi pakar dalam it. Lawak sungguh lah. aku nin maner lah reti bab itu. Sebelum nak cerita lebih nak aku bagitahu rakan sekerja aku dimasukkan dalam icu iaitu ustaz zulkilfi. Moga ustaz cepat-cepat sembuh la. Lepas itu juga rakan sekerja aku pun dah selamat bersalin iaitu cikgu norbayah ayub. Tahniah yer dapat baby boy lagi tuh. Dalam banyak-banyak ini aku nak cerita tentang qnet jer. Pasal analisis tuh. Pening nak buatnya. Rasanyer penat buat benda-benda cam gtu jer. Nak mengajar dah penat. Harap semua ini sementara jerlah. Penat ler jadi cikgu sebenarnya nak diceritakan dalam blog ini pun rasanyer 3 hari 3 malam tak akan habis punya lah. Sebelum itu juga nak aku ucapkan hepi bday pada diri sendiri . Dah tua rupanya ek. Tapi aku nin cam segan kalau orang wish nin. Entah la kenapa . Dari dulu la rasanyer akan rasa segan. Rasa nak lari jer. Tapi terpaksa lah , dah ajdi cikgu berlambak dapat wish dari pelajar-pelajar. Dulu time aku jadi pelajar tak ada pula wish kat cikgu. Sedih juga tuh. Tapi tak apa lah . Moga menjadi lebih baik selepas ini lah. Si khairul nizam ada datang melaka khabarnya tapi ada kerja la pula . Tak sempat nak jumpa dia pula. Moga selamat datang dan selamat pulang yer. Maaf la. Satu lagi nak cerita lesen aku dah mati hari ini. Lupa pula nak sambung. Isnin ini la pula kene. Tapi ada miting pula tuh. Terpaksa lah aku tak pergi miting tuh. Dalam seminggu leh kata 4 hari ada miting nyer. Satu lagi tinggal 3 bulan lagi nak bertukar status. Sebenarnya risau sebab tanggjawb semakin banyak. Tanggjwab kepada isteri, pasni tangjawab kepada anak pula. Moga semuanya beroleh keberkatan................ 9.25 malam 15/6/2013... hepi day zack

Monday, June 10, 2013

KLIA dan LCCT itu musti!


Cak , dah kembali balik dalam arena blog ini. Biarkah lah apa nak dikatakan. Nin blog aku punya. Hari ini hari pertama persekolah bagi penggal kedua 2013 ler. Hari ini kuliah didalam kelas itu menjadi panjang lebar, diceritakan dengan panjang lebar penuh dengan unsur nasihat. Terutama bagi kelas 1Nilam .. Kuliah tadi terbaik sungguh la. Jarang dapat hebat cam gtu. Sebelum itu aku nak bagitahu yang resdung aku dah mula surut dah. Aku amalkan makan ubat dari kelantan mengikut masa. Alhamdulilah memang mujarab la. Syukur rasanya rasa cam gni. Pastu aku nak rakamkan ucapan terima kasih kepada tukang servis di eon Terengganu. Encik Solomon Helmi. Servis yang diberikan terbaik sungguh . Susah nak puji orang. Tapi hari ini dah kene puji dengan aku. Aku nak sarankan kepada semua. Kalau nak servis kereta pergi lah ke pusat servis EON Terengganu , tempatnya adalah di belakang kedai jual lantai dan jubin. Puas hati sungguh. Pastu hari ini aku nak ceritakan juga pasal sambal berlado yang aku baru belajar. Maklum lah resdung, maka gaya pemakanan perlulah diubah. Selepas diuji aku memang tak tahan dengan belacan jer. Kalau sotong, udang semua itu aku boleh tahan lagi. Maka dengan rasminya aku dah berhenti makan belacan. Hah, aku nak ajar camner nak buat sambal belado. Aku belajar dari budak indonesia dan rasanyer sedap. Bahan-bahannya ialah cili besar, cili kecil, limau nipis, bilis, tomato dan bawang besar, . Semua bahan ini ditumbuk dan digoreng dengan minyak yang secukupnya. Seterusnya ialah goreng dengan api yang perlahan. Bilis jangan ditumbuk. Masukkan bilis dulu pun ok , untuk masakkan sikit. Seterusnya dah nampak kekuningan tuh, perahkan asam limau secukup rasa. Kan dah siap. Aku yang jenis tak boleh makan sambal belacan ini, aku makan sambal berlado dan aku buat sebekas besar . Simpan dalam peti sejuk. Nak makan jer aku panaskan dalam microwave,. Seterusnya ialah. kisah gambar-gambar yang diposkan. Gambar yang pertama ialah kad jemputan semasa hari guru tuh. Dalam itu ada nama aku dan tajuk lagu yang akan dinyayikan. Segan ler nak tengok. Jadi muka depan jerlah. Gambar yang seterusnya ialah gambar GPS yang banyak membantu aku untuk pergi kemana-mana . Dengan GPS ini aku dah sampai merata-rata tempat dah. Yang uniknya GPS aku ini dia ada 4 perisian untuk kita guna. Biasanya ada satu jer perisian. Aku beli pula murah jer. Susah kalau nak jalan-jalan tak ada GPS. Pasal apa tajuk aku tuh seperti itu, sebabnya ialah aku sentiasa akan bertandang kat sana jika tiba musim cuti sekolah. HAHA. Ok lah setakat ini dahulu coreta hari ini. selamat malam semua. Ceriakan hari-hari anda. 10/6/2013 9.14 Malam.

Wednesday, June 5, 2013

IKAN KUKUS


Assalamualaikum kepada semuanya. Hari ini tajuk update ialah ikan kukus. Pasal apa dengan ikan kukus tuh. Kisahnya ialah aku membeli ikan aya(tongkol) dan juga ikan jaket untuk dimasak. Tak tahu nak buat apa maka aku pun membuat ikan kukus yang biasa dibuat untuk buat nasi dagang. Hari ini aku akan turunkan ilmu camner nak buat ikan kukus ini. Mudah jer, ikan aya dibersihkan pastu masukkan dalm periuk masukkan air sedikit. taburkan garam lebih sedikit, pastu masukkan asam keping dalam tuh. kukus dan biarkan air diadalm itu kering sedikit. Lama sikit lagi bagus. Maka ikan kukus itu sedap untuk dimasak kuah nasi dagang, nasi lemak ikan dan sebagainya. Best rasanyer ikan kalau dimasak seperti itu dulu. Pastu dah siap jangan lupa sejukkan masukkan dalm peti sejuk ler. Dedulu ikan kukus ini dimakan dengan budu jer. Sedap la. Hari ini nak bagitahu menu tengahhari ialah ikan tongkol asam, sayur. Cadangnya mahu ke pasar malam ayer keroh kot. Tengok keadaan dulu lah. Sebelum lupa nak bagitahu 2 gambar yang aku uploadkan itu semuanya berharga hampir rm700. Yang atas tuh nak bagitahu yang kelengkapan baby dah disiapkan seperti bakul, baju semua lah. Letakkan dalam beg siap2. Senang sedikit. Gambar yang kedua pula ialah vakum yang baru sangat dibeli tadi . Sebenarnya dah lama nak cari vakum camtu. Dia buleh sedut kering dan basah sekali. Bagus kan. Tak apa lah. Janji puas hati. Sebelum sampai kedai tadi aku ada nampak suami isteri duk bergaduh. hihi. Si isteri tak nak naik motor suaminya. Boleh juga camtu kan. Moga hal itu tak berpanjangan lah. Bulan ini perbelanjaan memang terlalu kasar sedikit lah. Tapi untuk kelengkapan semua juga tuh. Hepi holiday yang tinggal beberapa hari jer lagi

Monday, June 3, 2013

Baling atau terbaling nin

Assalamualaikum la semua yer.....lama sungguh tak update blognya. Biasa lah tuh kalau cuti sekolahnya. Sementara menunggu waktu subuh jadi sempat rasanyer aku update sikit la. Gambar yang ada kat situ itu adalah pemandangan dikaki banjaran keledang, atau nak mudahnya inilah kampung didaerah baling, kedah. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam.Sesat lagi tuh. Akhirnya mengambil keputusan ikut jer gps dan jumpa juga. Untuk sesiapa yang mahu ke parit buntar pula selepas ini. Aku bagi sikit tips camner nak ke sana dengan mudah dan tak perlu sesat. Adus susah jugak tuh. Pertamanya ialah, sesudah mendaki bukit grik itu dihujung sana akan berjumpa dengan 2 cabang. Satu kearah kuala kangsar, satu ke kemangi dan satu lagi ke pengkalan hulu gtu. Ada 3 cabang, jadi ambik cabang arah ke kedah sana. Terus sahaja, sekali lagi ambik cabang kiri itu. bukannya terus , yang terus itu jalannya amat jauh dan aku telah terlajak kat situ, jauh weh, aku patah balik dan ambik jalan kiri itu, kalau jalan kanan pun boleh juga tapi akan melalui kuala kangsar, taiping , bagan serai dan barulah sampai ke parit buntar. Sampai kat sana dalam pukul 6 camtu jugak la,penat kan dari pukul 7 pagi sampai 6 petang aku bawak kereta. Tapi best juga la sebab boleh tengok kampung-kampung orang. Sampai kat sana aku berhenti kat sk titi serong dan kawan aku si hamzah itu datang ambik. Pergi lah berjumpa dengan parents dia dan diajak makan nasi gulai kat sana. Pastu jenguk la sekejap barang hantaran kahwin dia tuh. Ok la, maklumlah rumahnya betul-betul tengah bendang, seronok sungguh mata memandang. Pastu aku rasa cerita ini masuk part tak best, sebab aku suruh kawan aku nin carikan hotel untuk aku bermalam. Tapi diberikan aku homestay di kawasan perumahan, adus, tak best la. Bilik memang la banyak dan ekon cuma tidak bagus la. kiri kanan aku itu rumah kosong dan geng indon. Malasnya. Tapi nak buat camner terima jerlah. Sehari je kot. Tido jerlah. Seterusnya ialah aku dah janji dengan si am nin suruh dia ambik aku pas maghrib. Penat dah nak bawak kereta. Jalan dengan kereta dia jerla. Aku dah suruh dia bawak kami ke kedai char kuew tiew yang best. Dulu aku datang masa tahun 2009, ada interi aku pasal ke sana dalam blog ini. Char dia memang sedap sungguh la, aku siap bungkus lagi untuk makan. Kali ini dia belanja , tak apa la sekali sekala. Dia bercerita camner dia kene buatan orang yang dengki dengan dia, dia tunjukkan juga gambar bagaimana dia dulu kene buatan orang, rasanyer tak perlu lah dengki. Dah rezeki masing-masing. Sebelum aku lupa aku nak ucapkan tahniah ler kat Along kuew tiew tuh. Memang menjadi ingatan ler dia punya penangan itu. Aku ada bincang juga nak pergi ke pasar kemboja esoknya. Tapi telah bincang-bincang akhirnya aku batalkan niat nak pergi kesana. Sebabnya pertama adalah nak bertolak awal ke melaka dan kedua tak nak bersesak-sesak. Tepat pukul 7 aku bergerak pulang ke melaka dan sambil-sambil itu singgah juga kat tg malim untuk makan tghhari. rasannyer itu jerlah untuk hari ini. Subuh dah masuk dah nin. Ada masa kita bercerita lagi yer. 6.09 pagi 4/6/2013

Saturday, June 1, 2013

ESOK AKAN KE PARIT BUNTAR

Assalam , selamat petang semua yer. Dah lama tak update blog. Busy giler la, Hari nin update sebab akan bergerak ke parit buntar perak ke rumah Hamzah. Lagipun lama sangat dah tak pergi ke rumahnnya itu.gambar yang diposkan itu adalah hadiah birth day . Wife lah yang bagikan hadiah pertama ini. Itu bukan tangkal ke apa , itu cuma kayu bertuah.Senang untuk dibawa kemana-mana. Lagipun payah untuk mencari kayu-kayu ini. Buat kunci kereta sudah. Mudah jer kan. Esok jalan yang akan dilalui ialah jertih, pasir puteh, machang, jeli, grik, baling, kulim, bukit mentajam dan akhirnya berhenti di bagan serai. Insyallah semuanya akan selamat , minyak dah disii penuh tadi.Kereta semuanya dah diservise , terima kasih padajuru teknik solomon yang membantu servis kereta. Tadi pergi batalkan tiket penerbangan mas daripada terengganu ke kuala lumpur , akan naik di klia terus. Yang bestnya berjumpa dengan salahudin ayub. Malas lah nak bagitahu siapa dia tuh. ok. rasanyer itu sahaja pada hari ini, Pasni akan update lagi, kisahnya mustilah berkaitan dengan parit buntar, iaitu kawasan orang minyak pada zaman dahulu. 7.06petang. 1/6/2013