Sunday, April 21, 2024

Burger daus

21.4.2024

    Hari ini kan. aku terlihat dalam tiktok seorang bekas pelajar aku ni. Nama nya firdaus. Sebab apa aku mantionkan nama dia sebab ada kisah di sebaliknya. Selama ini memang tugas aku ni mengajar kelas belakang jer. Tibe tahun ni kene mengajar kelas depan. Tak ada la nak mengarut bagai. hahahahah. Sebabnya aku dulu dari kelas belakang. Zero to hero. Gituewww, ok sebelum aku pindah ke terengganu ni. Sorang mamat ini asyik demam dan tak datang sekolah jerk. Memang hari-hari kene ingatkan. 3zamrud menjadi mrsm. hahahahahaha. Alhamdunilah menjadi. Kelas  3 zamrud ini lain sikit. Tak boleh diberikan perhatian sangat. Tapi sentiasa guide selalu. Camtu la. Sebagai guru kelas memang faham sangat situasinya. Akhir tahun kelas ni dapat mengatasi dua kelas di depan. Sebenarnya aku nak cakap pasal jamuan akhir tahun kelas kami. Aku terangkan sebab perlu buat. Dorang ni susah sikit. Yang uniknya ada tukar hadiah. Sebab bagi aku nanti dorang masing-masing ada hadiah sebagai kenangan. Pada hari kejadian sama waktu dengan hari perpisahan cikgu nazlin. Cikgu Nazlin pergi ke ppd melaka. Hari tu la rupanya last di smkis ni. Paginya aktiviti send off cikgu nazlin sampai la waktu rehat. Lepas rehat baru lah jamuan akhir tahun dimulakan. wow meriah, semua bawa makanan, Ada bawa kerepek satu plastik besar. Ada satay. semua adalah. Yang bestnya si daus ni sebelum hari kejadian dia cakap nak bawak burger. Semua tak percaya. Hari kejadian memang di bawa betul lah. Banyak pula tuh. Daus ni malam dia meniaga burger tolong ayah dia. Hari kejadian ada burger daging dan ayam. Aku siap simpan owww burger dia. Mengenang kisah dia bawa burger dia. Sampai hari ini aku masih ingat peristiwa ni. Si Wafi aku asah bakat dia jadi pemimpin. Sebelum ni kaki gaduh. Tapi masa aku jadi guru kelas. Dia jadi ketua kelas. elok dan sangat bagus menjalankan amanah. aku siap hadiahkan buku yang aku sayang. Tapi aku dah 3 ,4 kali katam la buku tuh. Moga berjaya masuk ke alam. Itu cita-cita dia lah. selamat malam

Thursday, January 4, 2024

DEBARAN SPM 2023/2024 DURIAN MAS

 

















Selamat datang tahun 2024. Kebiasaanya update tahun baru di Melaka. Eh , tahun ni update di bumi durian mas.13 tahun di bumi Melaka. Ambil masa sedikit untuk sesuaikan diri. Tapi semakin ok. Cuti dua minggu terasa seperti dua bulan. Lama sungguh. Sebelum ini balik ke Terengganu akan bawa kertas soalan. Kali ini free wei. Nikmat sungguh la. Terasa terawang- awangan. Tapi masih tetap menulis coretan di sini. Buat kenangan nanti. Ada masa boleh baca balik. Seperti biasa. Aku dah balik Terengganu ni. Mintak maaf la. Malas nak bergerak luar dari Terengganu. Setakat Kuantan jerlah. Port aku sepanjang jalan pantai ke kuantan. Cukup la dulu jalan-jalan luar Terengganu. Jemu sudah. Macam kakak aku yang sulong. Kerja sebelum ni asyik busy dengan anak-anak. Sekarang asyik meeting kat luar negara jerlah, Hujung-hujung perkhidmatan , boleh jalan-jalan.  Minggu depan pelajar SPM dah mula peperiksaan lisannya. Buat yang terbaik ok. Tak lupa juga buat pelajar iskandar shah juga. Untuk pelajar DMAS cuba buat yang terbaik. Skor A. Insyallah semua mampu buat. Coretkan kenangan indah waktu persekolahan. Dalam gambar tu, ada gambar donut. Entah kenapa sedap giler donat crespy crime ni. Yang ni borong banyak-banyak masa adik saya ni ke kuala lumpur. Dulu setiap minggu gerak ke kl tu. Sekarang kl dah jadi lubok bangla. Malas nak pergi kalau nak ingatkan. ok la. Esok ada kelas tambahan. Kena sentiasa menulis. Nanti otak jadi beku. hahahaha