Tuesday, October 7, 2014

SUNGAI PETANI, GUNUNG JERAI, GRIK, JANDA BAIK AKU TAWAN



  Assalamuaikum, kembali lagi dalam blog kali ini. Sebenarnya banyak nak ditulisnnya tapi hari ini terlampau penat uruskan perumahan itu dan ini. Hari tuh pergi ke sungai petani pun tak sempat nak update untuk tontonan semua. Tapi tak apalah. akhirnya dicoretkan juga. Cuma ayat tak power maner. memula discuss camner nak peri ke majlis si syafik. Musti pergi. ingat tuh musti pergi. Pastu kami berbincang untuk terus pergi ke majlis akad nikah di kedah sana. quar chempedak. Bapak jauhnya. Susur gurun.jem jugak melihat kawasan tuh. sesat sampai jenun sana. Apa bender jenun tuh aku tak tahu. Kiranya pergi belah kedah dan tidak hadir majlis di perak. Bergerak pada pukul 8 camtu dari melaka dan sampai ke sp dalam pukul 4 camtu. Riki jalan dahulu. Mencari homestay disana. Tapi betul-betul bawah kaki gunung jerai sejuk tuh.  Maka melihat kepada situasi kawasan seperti perdalaman aku buat keputusan untuk terus mencuba ke sp. Dekat sahaja sp dengan quar chempedaknya. Terus check in hotel dan rilek sekejap. Dah sampai kedah merayau-rayau ler , tanya dan risik kene pergi ke tangjung dawai untuk mencuba mi udangnya. ops sebelum tuh , sesampai di stsyen minyak shell di maner tah, Terjumpa dengan sifu m nasir. Tak sempat nak ambik gambar. maka aku terus menrayau mencari tanjung dawai. Jauh juda dari sp tuh. Yang cunnya melalui kota merbok dan pinggi pantai merdeka. yang ada lagu dia tuh. Wah jauhnya perjalanan. Ingat taw kalau nak berjalan musti pastikan kereta dalam keadaan baik. Nanti ada peluang akan dimasukkan travel dan barang yang mesti ada. Kira wajib la. Sesampainya di merbok itu ternampak signboard lembah bujang. Tapi petang dalam pkl 6 dah. Kene cepat untuk merasa mi udang oiii. Sesampai disitu. Rupanya kawasan itu dikenali sbegai kota kuala muda. Kawasan ini lah yang kene tsunami tempoh hari. Terjumpa lah satu kedai yang jual mi udang. Tapi tak sesedap mi udang sungai dua kot. Dah ler minya keras.kedainya dekat dengan lagoon kuala muda. Tak sedap. Kalau char kuey teow along parit memang terbaik. terus oder dan posing sikit. Sebelum balik sempat juga berhenti beli keropok kedah. Aitt keropok kedah pun ada. Dia tulis keropok bilis. Layan kan sahaja. Sedap lah juga dan beli belacan. Asyik-asyik belacan jer kan. Esokanya makan pagi di hotel dan terus gerak ke quar chempedak untuk majlis syafik. Wah orang pertama lagi smpai di lokasi. terbaik lah. Sesuadah semuanya selesai kasi hadiah tanda tahniah. Terus minta izin untuk pulang ke terengganu. What terengganu jauh tuh. Yup redah kan sahaja. Tapi sayang tidak merasa nasi kawin kedah, syafik lagi tuh. Sekarang tunggu turn si roy dan si zaidi. Semua dah lepas dah. Kami bergerak lewat juga lah. Ingat ini peta untuk balik ke terengganu jika ke sp atau ke guae chempedak. Nak balik keterengganu musti ke sp dan cari kuala ketil. terus sahaja jumpa baling, naik gunung inas dan belok kiri untuk ke jeli. jangan memandai pergi arah gurun sana. Jauh. Semuanya hasil bantuan gps juga. melalui grik dan akhirnya sampai keterengganu jaln 9 malam. dari melaka ke kedah n ke terengganu. Pengsan drive. Dah la cerita pasal tuh. yang diuploadkan tuh air sungai janda baik. walawei memang semua kene pergi kesana taw. Aku pergi pon sebab cuti raya korban tak balik kampung. Sebabnya balik ke kampung  jugak masa cuti panjang deepavali. jadi gunakan kesempatan untuk ronda kl yang sedang legang. Banyak tempat sempat singah. Cuma dari melaka ke janda baik sebenarnya dekat sahaja jika melalui kl. Tetapi cari penyakit melalui jalan dalam iaitu ikut temerloh. Jauh jugak . cuma kelebihannya tidak bertembung dengan kesesakan orang yang kuar dari kl tuh. Makan masa dalam 4 jaln jugak. Sesampai ke jempol sempat lagi beli lemang. Yang syoknya siap suruh dia potong dan beli serunding yang sedap. Harap kita ketemu lagi ya pak cik. Ke janda baik ini researchnya semalam sahaja. Akhirnya diputuskan kesana. Ganti tak ke camerron. Ok lah tuh. Nak ke janda baik tak perlu melalui bukit tinggi. Senang terus cari rnr bentong dan rehat sekejap. Beli air dan segala kelengkapan. Sebab kat atas sana tak ada barang. Malam lagi la kot. Aku memalam tuh buat keputusan terus plan. Pepagi mencari ayam di pasar untuk bbq kat atas sana. Best kan. Kalau ke janda baik amik chalet hawa k. Memang tempatnya bagus dan chalet dengan sungai berapa kaki sahaja. Memang menggamit kenangan sungguh. Korang musti cuba ke janda baik. Airnya sejuk. Ayam yang diperak diletakkan dalam plastik dan diletakkan dalam bekas tahan ais. lepas tuh taruk ais. atau pun letak kat freezer kat atas biarkan beku. Dan esok bawak cam biasa. Sempat la lembut ayam tersebut. bawak juga cerek air, semua, tv xda, radio xda. Aku bawak radio n semua kelengkapan. Sesampai jer disana terus mandi. si dhiya suka sangat sebab bawak sekali pelampung tuh. Tapi sekejap sahaja. Hujan mula turun. Aku pula sibuk idupkan api. Tapi kan hujan makan masa. Kene cari getah untuk mudah hidupkan api. Maka jalan terakhir dikorban kan sebelah selipar getah aku untuk bbq punya pasal. Sedih tuh kan . sebelah lagi dah entah kemana. Memang dalam kereta aku banyak selipar dan kasut. Bimbang dicuri ker apa ker kan. stanby sahaja. Airnya dalam bilik mandi sejuk sungguh sampai ke tulang. Tapi best la. Cuba bayangkan tidur kali ini sambil mendengar deruan sungai mengalir lemah. perghhh memang pengalaman yang tak akan dilupakan. Yang stress memang dianjurkan kesana. Masuk sahaja ke janda baik tuh sterss akan berkurang dah. kawasannya sejuk.Dan masa itu di chalet ada 2 keluarga sahaja. aku dan satu family dari dengkil. Kalau ada pertanyaan boleh inboxkan pasal ini k. Esoknya terus ke kl untu berjalan-jalan. Menikmati suasana legang di kota sibuk . Aku ke the mines sambil jalan-jalan dan ke tempat biasa untuk rehat sekejap maner lagi kalau bukan ke masjid ukm bangi. Sebelum tuh masuk ke um sekejap untuk ambil feel. dan terus ke shah alam untuk jumpa dengan pak naga. Setelah itu terus diputuskan untuk balik kemelaka dengan bekalan subway. Jika ke kl musti cari itu subway. ok sampai ke melaka jam 9 malam. Esoknya rehat. Rehat penting untuk mengelakkan demam. ok selesai. 7/10/.14 baru lepas selesai hantar semua dokumen. Moga dipermudahkan....... salam sayang7/10/14 10-42 malam

No comments:

Post a Comment