Saturday, August 24, 2013

TERBELI KERETA TOLAK




Alkisahnya syahdan....... pepagi buta dah bangun seawal pukul 6.00 dan terus tunaikan solat. Duk berfikir-fikir nak buat apa ler ek. Jadi dengan cepatnya siapkan diri dan tepat jam 9 pagi terus ke bandar melaka. Memula nak jengjalan jer pastu alang-alang jalan terus cari barang yang diperlukan lah. Pastu dah survey semua dah diputuskan sebuah kereta tolak berjaya dibeli akhirnya. Nanti akan upload dan juga sebuah almari plastik untuk isi baju tuh. Pastu kemas-kemas umah dan juga mop lantai. Cuma tak sempat nak vakum karpet jerlah. Rasa cam dah letih sangat ler sebab ejas almari plastik tuh. ada masa akan diuploadkan k.... bestnya hari minggu.... 25/8/2013...... Sambungan lagi cerita nin. Baru bangun dari tido tadi. Rasa segar sikit untuk mengarang cerita nin. Bila entah nak mulakan staple kertas exam nin......... esok dah exam ler. pastu kene jadi mc pulak. Tak reti ler.... Saya taw ada orang yang gembira bila saya tulis blog ini... hihihihihi........ Sabtu kiter ketemu iya..... 5.05 petang

Friday, August 16, 2013

HADIAH DHIYA AYRA

Assalamuaikum. dah lama tak update blog. Tak ada mood ler. Hari ini baru ada mood untuk mengajar. Pelajar pun cam masih mood raya lagi. Jadi terpaksa lah mengajar dengan sikit agresif. Hari ini dhiya dah berumur 10 hari dah. Sekejap jerkan. Hadiah yang dhiya dapat banyak sungguh. Dalam gambar tuh adalah antara hadiah yang dhiya dapat. Duit pulak dapat banyak gakla dan disimpan dalam bank untuk pelajaran dhiya kelak. Rasanyer memang tak ada mood jer bersekolah kali ini. huhuhuhuhuhu........ Baju yang diatas tuh adalah sweeter yang baru dibeli murah jer aku terus rembat ler. Untuk buat jalan-jalan ditempat sejuk memang amat sesuai ler. Esok ada 1m1s pula. Aduh. Bertenang yer semua. 20/8/2013 9.20 malam

Sunday, August 11, 2013

PENGALAMAN MENJADI PAPA N MAMA...................




Assalamuaikum salam syawal. Hari ini akan aku ceritakan kisah pertukaran status aku dan juga wife. Pertamanya aku mengucapkan rasa syukur dengan kurniaan yang diberikan kepada aku dalam mengecapi kehidupan ini. Aku uploadkan 4 gambar yang akan memberikan pengertian yang amat besar kepada hidup aku ini. Wife aku bertolak dari sabah awal sedikit daripada biasa dan terus pulang ke Melaka. Kami stay lama juga kat sana menikmati nasi beryani , beger bakar, nasi lemak , pendek kata semua yang best-best dipulunnya sebelum balik ke Terengganu. Aku memula buat keputusan untuk balik ke kampung pada hari selasa berapa hari bulan tah. Tapi setelah difikirkan semasak-masaknya aku terus bertolak dari Melaka ke kampung selepas waktu sekolah pada hari jumaat. Wah bestnya balik kampung, syoknya raya. Wife dah bercuti maka ditugaskan untuk memasak makanan untuk dibawa balik nanti. Lauknya masak lemak ikan merah, ada sayur sikit. Seperti biasa lah. Aku akan bawa mangkuk tingkat yang sentiasa menjadi peneman kami semasa dalam perjalanan. Sayang sungguh mangkuk tingkat tuh. Kami buat keputusan balik awal kerana risau jika berlaku kelahiran awal. Jadi ketika pejalanan pulang ke kampung kami berbuka puasa di stesyen petronas ditambah dengan kuih murtabak pekan yang sedap itu di rnr gambang. Aku siap beli 2 wei. Cuma kuahnya tak ada. Rasanya cukup sedap. Makan lah kami kat petronas itu , tamannya bagus ada cahaya dan air untuk basuh tangan. Berpuasa lah kami di kampung dalam jangka masa 1minggu. Seterusnya dihari raya pertama diumumkan dalam tv, my wife makan banyak sungguh. Pelik pulak tengoknya. Tapi tak apa lah sebab nak berpantang nanti ada sekatan untuk makan pula. Sebenarnya aku tak sabar nak update blog ini. Penat giler weh. Ibaratnya ambik exam universiti paper staright seminggu. Malam kedua kami bermalam di ladang ler, malam tuh dalam pukul 12.15 cam gtu dia cakap ada tompokan air jernih. Aku agak itu dah tanda tuh. Dia bersihkan tubuh semua tapi masih kuar air. Aku agak dah ketuban tuh. Aku bersiap ler, my wife time tuh dah seram sejuk. Mybe takut kot. Aku sentiasa nasihatkan sentiasa tenang, jangan panik, kalau panik akan naikkan tekanan darah dan itu tak bagus. Biasa lah tuh tanda nak bersalin kan. Aku discus dengan mak mentua dia cakap tak perlu pergi dulu. Sebab sakit tak banyak lagi. Jadi aku bertolak pergi ke hospital pukul 6.30 pagi setelah minta pandangan kakak aku. Pergi lah aku ke hospital sana. Pergi kesana tak susah pun . Ada mak guard yang tolong bukakan pintu dan tunjukkan jalan untuk ke tempat bersalin. Rasanya dah nak masuk cerita best nin. Aku pun ikut lah pergi. Wife aku masuk dalam tempat bersalin untuk cek bukaan. Selepas dicek, rupanya masih 1cm wei. So aku cakap kat wife aku jom ler kita balik dulu lambat lagi. hahahahahahahaha. Dalam tuh cam-cam kes la. ada tak kawin nak bersalin lah. Aku nak balik tuh. Guard kat luar tuh tahan wife aku, katanya dah pakai gelang tak boleh balik dah. Kene masuk wad terus. Aku terus chek wad , untuk wife aku stay ler. Masuk dalam wad tuh ada ekon ler. Sejuk. Ingatkan ruangan untuk menunggu kelahiran, rupanya wad kami tuh kelas 1. Entah lah biasa jer. Semuanya berjalan baik. Sakit wife aku pun datang sekali sekala jer. Pastu masuk jer pukul 8 malam rasa sakit makin mengancam bak kata wife aku. Aku ada sentiasa teman dia ler. Kesian juga tengok. Rasa sakit sangat taw. Tapi aku sentiasa positif. Allah itu lebih mengatahui apa disebalik rasa sakit tersebut. Rasa dah terlalu sakit , maka aku panggil nurse untuk cek bukaan. Alahai masih 1cm lagi cuma berita gembiranya, kepala baby dah boleh disentuh . Alhamdulilah. Masuk sahaja pukul 12.30 malam sakit datang dengan lebih kencang. Sampai dia nak bercakap pun malas.Masuk jer pukul 2.30 sakit semakin teruk dan nurse yang sememangnya baik hati itu telah cek bukaan dan akhirnya 5cm dah. Aku nak ucapkan terima kasih dan memang layanan yang terbaik untuk kami. Tahniah untuk warga nurse wad 1B. Anda memang terbaik menjalankan tugas. Wife aku ditolak oleh nurse tuh lagik. Baik sungguh nurse tuh. Naik kerusi roda dan dalam wad bersalin rupanya penuh pula. Adus. Aku cam biasa susah nak panik. Siap sembang-sembang lagi dengan nurse-nurse yang dekat kaunter. Katanya wife aku. ,menyampah jer tengok duk menyembang sedangkan dia sakit nak cakap pun tak leh. Hihihihihihih. Biasalah tuh. Seperti biasa sakit bersalin itu semuanya dilalui. Normal sakit itu. Dengan sakit itu hati dan mulut kita fokus dengan kekuasaaan Allah. Amin. Dalam pukul 2.30 tuh wife aku telah ditolak masuk ke dalam wad bersalin. Aku terus call mak mentua aku. Ingat tak nak call. Tapi dah disuruh camtu, Orang tua letih nak menunggu. Akhirnya nama aku dipanggil dan terus aku masuk kedalam dewan bersalin. Masuk dalam sana. Aku cam jadi pembantu doktor pula. Tepat pukul 4.20 pagi lahirlah puteri sulong kami , insyallah baby solehah tersebut diberi nama NUR DHIYA AYRA BT ZAKWAN (10/8/2013) . 10.39 malam 11/8/2013

Tuesday, August 6, 2013

ILMU IR

Maaf lah hari ini baru update pasal blog ini. Sebabnya sedang merangka statergi untuk mengatasi orang yang kuat. Segala ilmu akan digunakan untuk mengatasinya. Esok lusa dah nak raya dah. Sekejap jer masanya berjalan. Tahun ini raya paling meriah kot, dengan bonus yang banyak bagai, HUHUHU. Sabarkan hati jerlah. Harap segalanya berjalan dengan lancar.