Monday, July 29, 2013

IKAN TERUBOK PEKASAM SARAWAK

Hari ini dah hari ke 20 kita semua berpuasa. Jadi hari ini saya tayangkan resepi ikan terubok pekasam yang sedap khas daripada sarawak punya. Ada kawan yang sentiasa runda-runda di merata-rata. Cuma pesankan sahaja maka akan sampailah benda -benda yang susah nak dapat ini. Hari ini stoknya ialah ikan pekasam terubok dan juga kek lapis sarawak. Laris sungguh jualan tadi. Hari ini balik sekolah lambat sikit lah sebab ada meeting. Banyak benda yang dah sattle sebenarnya. Baju raya semua dah siap. Kuih raya dah diborong dekat perkampungan kuih itu. Cantik-cantik dan harganya memang berpatutan taw. Silalah pergi. Penuh dengan kerepek semua dan sebagainya. Minggu ini dah tak ada mood mahu ke sekolah taw. Tapi gagahkan diri jugak untuk terus kesana. Entah harap minggu ini semuanya ebrjalan dengan baik. Semua bayaran dah dibuat. Balik nin rasa lega la sikit. Tadi pergi ke kedai tayar untuk betulkan tayar semua. Maklumlah nak balik kampung mestilah semuanya baik dan ok. Cek punya cek tadi tayar ada paku yop. Selamat aku pergi cek tadi. Mau kempis tengah jalan. Semuanya ok lah pasni. Patut la terasa sangat nak g ke kedai tayar tuh. Yang hebatnya kedai tayar tuh guna scan untuk buat balnce. Hebat dan dia punya kedai dah 20 tahun dah. Memang boleh dipercayai lah kedai itu. Ok lah malam ini nak ke mydin sekejap penuhkan apa yang belum penuh lagi. Selamat berbuka semua. 6.44 petang 29/7/2013

Friday, July 26, 2013

18 RAMADHAN

Hari ini dah 18 ramadhan dah yer. Minggu depan dah mula cuti dah. Nin tengah mencari-cari tarikh yang sesuai untuk balik ke kampung pula nin. Gambar tuh ialah ayam panggang yang best taw. Memula makan memang sedap sangat . Kuahnya lain dari yang lain. Payah ler nak cari rasa camni. Hari nin akan ke dewan sekejap untuk pasang p.a ada sesi teknik menjawab soklan kat sekolah. Aku jugak kene. ok hari nin ke concorde hotel untuk berbuka k. bye 27/7/2013 5.44 pagi

Wednesday, July 24, 2013

CD RAYA

Hari ini dah berpuasa selama 15 hari dah. Tinggal 2 minggu jer lagi nak berhari raya. Bonus raya pula rm500. ok la tuh daripada tk dapat apa-apa. Cd raya aku dah siap beli, bantal kereta dah siap. Cuma nak servis tayar jer pasni sebelum bertolak balik ke kampung. Wahahahahaha. Cam seronok jer kan. Yerlah semalam kene pantau dengan jpn . Dengan bangganya dapat pujian melambung pula tuh, tak kisah lah. Semua nota pelajar dan latihan aku dah update siap-siap dah. Lega sungguh kelas 2 nilam pula dipilih. Gumbira la sedikitnya. Jumaat akan ke LCCT pula. Hari ini dapat tahu satu berita sedih juga. Beg duit kawan aku hilang. Kesian kan kat dia, dekat-dekat nak raya nin kan. Tadi dah shoping dah sebab dah ada sale tuh. beli baju untuk mentua semua. Semua dah siap. Ahad akan ke perkampungan biskut pula. Memang menjadi tumpuan orang melaka la perkampungan biskut dan kerepek tuh. Untuk bawak balik daripada kosong kan. Duit semua dah siap tukar dah. Semua dah sattle. Barangan baby pun dah siap semua dah. Tadi pun beli kasut larry. Dapat rm30 wei. Dia nak clear stok, Awal pergi , dah tau nanti tak ada saiz. Ok lah sini dulu lah. tq pada cik latif daripada jpn erk. hahahahahaha. Lakonan hebat sungguh.

Saturday, July 20, 2013

BERYANI

Assalamuaikum. Dah lama tak menceritakan perihal kisah nin. Hari ini ada sekolah ganti ler. Penatnya tak payah nak katalah, kesian pulak pada pelajar. SAmpai jer waktu tengah hari terus jer diaorang letih. Aku pulak terpaksa kejutkan mereka. Ada yang kene cubit semua lah. Jadi tadi waktu yang terakhir. aku tengok kesian benar diaorang. Jadi aku tamatkan kelas awal dan aku mula bercerita hantu. Alasan diaorang hantu tak ada time bulan puasa. Lantak lah. Jadi segarlah mereka dengan cerita-cerita yang menakutkan itu. hahahahahahaha. Memula semuanya berminat. Lepas sampai kemuncak masing-masing cakap jangan teruskan lah cikgu menakutkan. hahahahahahahahaha. gelak lagi hahahahahahahaha. Selasa ini orang jpn nak mai memantau adus kene lah aku, mengajar bersama pulak tuh. Harap semuanya ok la time tuh. Aku nin malas bab nak mengomen. Bosan jer. Dah ler nak raya nin. Tajuk yang diberikan kat atas tuh sebab ada satu tempat nasi beryani yang memang best. Aku biasa beli kat duyong, melaka sana. Nama dia nasi beryani singapore. Memang rasanyer lain dari lain. Dah banyak tempat aku try nasik beryani ini. Tapi situ memang terbaik lah.Nak bagitahu jugak yang hari ini aku berbuka dengan megi. Tak lalu nak makan nasik ler. Dalam megi tuh letakkan lah ayam. cendawan semua lah. Tambah-tambah aku teramat letih dengan persekolahan dengan panasnya. Tetapi berjaya harungi jugak la. Sebelum tuh semalam g jj n membeli kelengkapan untuk balik kampung. Bantal dan juga pengelap cermin. Sedap sikit bawak. ok tuh jer untuk hari ini. Salam ramadhan untuk semua

Friday, July 12, 2013

NASI AYAM


Assalamuaikum kawan-kawan yup. Hari ini berbuka puasa dengan nasi ayam kantonis. Awal aku masak tuh. Yerlah lewat-lewat kang malas pula. cuma nasinya jer belum dimasak. Nak taip jugak resepi nasi ayam kantonis nin. Sebenarnya rasanya lain la sikit dan sedap bukan cam nasi ayam yang biasa itu.

Bahan-bahan untuk stok ayam (nasi)
-Daun bawang (banyak sikit ler)
-Ayam
-Kiub ayam
-Halia
-Bawang Putih

*Semua ini dimasukkan dalam periuk dan didihkan sampai naik bau

Nak masak nasik
- Majerin
-Kayu manis
-Halia
-Bawang putih
-Beras
-Daun bawang

* Masukkan majerin secukup rasa, pastu goreng hirisan bawang putih, halia dan kayu manis itu, dah nampak ok, masukkan beras . Goreng sekali dengan beras itu sampai naik wangi. Pastu masukkan air rebusan ayam itu untuk tanak nasik. dah siap untuk nasi

Ayam
-Ayam yang direbus buat stok itu
-Sos tiram
-Minyak bijan
-Kicap manis

*Gaulkan semuanya dan perap ler... pastu panggang dalam pemanggang ajaib, dah siap untuk nasi

Cili nasi ayam
-Cili
-Hali
-Bawang putih
-Limau nipis

*Masukkan semua dalam dalam blender n terus hidangkan.

Untuk sup ayam pula gunakan stok yang dah ada tuh. tambah sikit-sikit jer air.Dah siap pun nasi ayam kantonis. Mudah kan. Selamat mencuba.

Hari nin duk cerita pasal resepi nasi ayam jer. Maklum la hari minggu, lepas balik dari kelas tambahan terus jer beli barang untuk masak. Dalam gambar itu adalah stok ayam dan ayam yang diperap sebelum dipanggang. 2.40 petang 13/7/2013


BLOG KELAS.

Hari nin dah hari ketiga berpuasa. Kejap jerkan rasa. Naper ek tajuk blog aku kali nin cam gtu. Sebabnya bebudak kelas aku dah wat blog untuk kelas. Siap letak pic aku pulak besar-besar. Ikut jerlah. Janji jangan mengutuk sudah. Hari nin makan nasik lemak duyong yang sedap tuh. Nanti kalau ada sesiapa yang nak rasa nasik lemak tuh bolehlah pm ikut fb yup. Malam ini tak nak ler tulis banyak-banyak. Owh sebelum lupa baru jer beli kapet peta dunia taw. Cantik warnyanya dan murah jerlah. Isnin ini pula ada pula kelas mengaji. Boleh lah tambah-tambah apa yang patut ditambah pula. Memula ada group dalam fb sekarang ada blog pula. Kelas 1 Geliga dulu banyak sungguh kenangan dan best ler. Dapat kutip duit dekat 1ribu gtu untuk wat jamuan kelas. Best kan. Yang pasti mintak 10sen sehari jer. Hujung tahun dekat 1ribu ler. Nanti ada masa akan uploadkan gambar peta kapet saya nin taw. Bawak bersabar semua. Hahahaha........ Hari nin bebudak dah mula hantar folio yang amat banyak. Maner sempat nak tanda folio yang banyak itu dan kertas PBS. Nak keyin pula tuh biler aganya. Kene guna VLE pula. Waduh-waduh amat mencabar sekali bidang ini. Dedulu kerja stsyen minyak mudah sangat. Sampai masa tutup, angkat pemadam api dan tutup lampu.Terus balik. Kan mudah tuh. Untuk esok tak tahu lagi apa yang akan difikirkan. Tapi tunggu jerla yer untuk update yang seterusnya, amin. 12/7/2013 11.30 malam

Tuesday, July 9, 2013

Assalamuaikum. Hari ini dah satu ramadahan dah rupanya, sekejap jer masa berlalu. Umur semakin tua. Nak ucapkan selamat berpuasa kepada keluarga, wife dan juga kawan-kawan. Moga sentiasa beroleh rahmat darinya. Melaka cuti 1 ramadhan nin, semalam letih yok sebab ada kursus kat Melaka sana sampai pukul 5 bersama dengan cikgu wan. Sebelum itu terima kasih juga pada cikgu wan yang hari tuh ada ajak untuk kenduri kesyukuran kat umah dia, kat situ kedengaran rakan-rakan duk memanggil nama datin. Tak kisah lah, janji pergi jemputan. Dapat gak la beg hadiah daripada kenduri tersebut. Dalamnya ada nasi kunyit, rendang, telur pindang pun ada. Tapi rasanyer pelik jer. Hari ini asyik cakap pasal sesuatu isu. Seperti biasa idea akan datang secara tiba-tiba. Pernah jugak tetiba dapat bercakap yang sesuatu yang tak pernah aku tahu. Check-check rupanya betul. Mungkin secara kebetulan jugak kot. Hari ini tak tahu lah nak berbuka apa, Melaka nin gelap nak hujan. , sejuk dan redup menyambut ramadhan. Esok akan mula sekolah balik. Sebelum lupa gambar yang diupload itu adalah situasi dekat muar semasa darurat jerebu. Wah pertama kali masuk kawasan darurat, teruja la sikit, Tapi memang teruk la pemandangan disana masa pergi. Melaka pun dapat cuti sehari. Selamat berbuka puasa semua.......... 12.19 tgahari 10/7/2013

Monday, July 8, 2013

TIKET KE CHINA

Baru pas tengok tiket ke Beijing yop..... Harga untuk 2  orang rm1866 wei. Mau aku nak bokin tadi. Last-last tepun tadi wife tak dapat sebab baby masih kecil lagi. Huhuhuhuhuh. sedihnya. . Takper ada masa China aku ditakluk jua satu hari nanti.

Sunday, July 7, 2013

RABU INI DAH PUASA 10/7/2013


Selamat malam semua dah di uploadkan gambar-gambar lama ini taw. Ini adalah semasa kursus kat GEMS SRM 1. Aku dengan sayuti join ini. Maklumlah pada masa itu tak ada kerja. Nin nak ceritakan serba sedikit pasal gems nin. Lepas aku abis belajar kat universiti tuh aku kerja pam minyak kat dengan sekolah agama khairiah tuh. Serius cakap bosnya cukup baik dan bagus la dengan pekerja. Aku doakan agar stesyen minyak dia terus maju dan jayanya. Pada suatu petang aku cam biasa bekerja , ditelefon oleh sayuti. Katanya ada kursus untuk kita pergi dan dapat elaun. Wah ini cukup bagus, makanan semuanya disediakan dan duduk dalam chalet gtu. Tempatnya ialah suria resort merang. Syok owhhhh.. Aku dah ditempatkan dengan sayuti, si Alif hahahaha. Alif ini sepupu kepada Danny X-factor tuh dan juga Arma. Banyak sungguh pengalaman dapat kat situ. Alhamdulilah semuanya dah dapat kerja. Si alif dah jadi akauntan dengan kerajaan negeri kelantan, si Arma menjadi kapten kapal kat klang dan asyik belayar keluar negara. Cam jadi duta pulak dia, Si sayuti dah jadi ahli kimia. Semuanya dah baik dah. Dedulu masa kat SRM tuh masing-masing suka menyakat. Tapi yang bagusnya kan semuanya menjadi kenangan yang terindah. Banyak modul-modul yang diperkenalkan. Aku pun mempraktikkan banyak disiplin yang diajara tuh semasa temuduga dan alhamdulilah aku berjaya yok. Gambar ini lah jadi kenangan kepada group cyber soprt kami. Sebelum lupa jugak kawan aku juga chef restoran cheng ho si mat ler. Dah jadi pegawai penjara dah. Semuanya dah berjaya kan. Ok Gambar kat atas tuh time buat even. Seterusnya tajuk aku tuh adalah tentang nak berpuasa dah taw. Jadi aku dah buat persedian untuk berpuasa kali ini, Kurma dah siap, oat dan siap, cili jeruk pun dah siap. Aku nak ajarkan cara nak buat cili jeruk.Mudah jer la. Memula cari ler cili, aku lagi suka cili kecil, yang besar pun boleh, potong ler kecik-kecik. Pastu bersihkan, masukkan dalam bekas, masukkan sesudu garam dan sesudu gula, pastu masukkan cuka untuk rendam. Ok dah siap untuk dimakan. Simpan ler dalam peti ok. Ok bye...... Esok sekolah. 9.20 malam 7/7/2013