Friday, January 26, 2018

2018 AYUH KITA GAMATKAN HOKI ISKANDARIANS













Hari ini nak update sikit la cerita taw. Minggu lepas dapat tab , kerajaan bagi. Aduh malas la benda2 camni. Tak payah bagi pun takpe la. Dah org nak bagi ambik jerla. Jika leh jual nanti aku jual murah2. Tak pun bagi pada pelajar best student. Kan. Seterusnya ialah minggu lepas juga senapang kayu dah dicat. Bayangkan misi 15 tahun sekolah nak kan senapang kayu tak tercapai. Kali ini tercapai juga. Terima kasih bebanyak pada cikgu sazaly yang berusaha keras selama ini buat sorang-sorang tuh. Aku dapat bantu mana yang boleh ja. Lepas dicat, latihan kawad diadakan. Menakjubkan seperti biasa, johan condct. Naim menjadi pegawai. Selaku ex kebangsaan. Alhamdunillah. contoh yang baik ditunjukkan dengan penghormatan yang tinggi diberikan kepada ex kebangsaan. Siap melapor kepada ex kebangsaan. wow. Maka semua mengimpikan menjadi wakil melaka untuk menjadi super senior. Geng senior yang lain cam syafik khan, shah pun dah tak sabar nak turun beraksi. kalau si shah turun memang masak ler korang.Tapi semakin respect mereka kepada senior. Moga diteruskan. Satu group lagi pula diserahkan kepada mamak dan faiq untuk memimpin form bawah. Kepimpinan yang terbaik. Moga diasah lagi personal drill ini. Minggu lepas juga masak ayam halia. Rupanya sedap dan mudah sahaja resepinya. Pastikan halia banyak, dipotong halus-halus, bawang putih, sos tiram, kicap pekat, minyak bijan sikit. Ayam pula terpulang nak goreng garing atau pun tak. Camtu. Aku lagi suka goreng garing dahulu. Biasa orang cina akan kukus jer. Jangan lupa masukkan lada hitam dan juga lada sulah. Memang terbaik la rasanya. Ops, nak bagitahu juga kat sini, tahun ni semua pertandingan dijangkakan pada bulan 4, Maka pelajar terpaksa memilih mana yang dilihat lebih mempunyai peluang. Memilih mesti bijak, melainkan untuk membina team. Itu terpaksa. Minggu lepas juga kan. team hoki lelaki dapat taktikal baru dan sedikit mengancam. Dengan kemasukkan player baru. Korang boleh la tengok pic player f1 tuh. Dorang baru belajar main hoki dan mereka gembira tuh. Semakin ada peningkatan. cuma memerlukan sedikit keyakinan. Tapi semuanya masih terlalu awal. Untuk tea pkbm pula. Sebenarnya masih tak ada rancangan dan rancangan agak kabur. Masih blur nak susun taktikal. hahahahaha. cuma targetnya tahun ini ialah mahu bawa pelajar tingkatan 2 mewakili melaka. Harap perancangan kali ini berjaya. Cuma cabaran kali ini sedikit berat untuk merubah minda main2 pelajar f2 ini. Tapi insyallah boleh sahaja. Matang sebelum waktunya,. camtu. ok la. selamat malam dunia. nak tido dulu. ku ukir memori di layar maya menjadi ispirasi buat semua.... u i love! 12.00 tgh malam. 26.1.2018


Friday, January 19, 2018

DASYATNYA WAKTU PAGI ITU

Tajuk tuh sengaja dibuatkan. Yerlah untuk mengisi masa. Sekrang dah mengajar banyak ni memang tak da masa sungguh la. Semuanya terkejar-kejar. Masa cuti sekolah alhamdunillah solat dhuha tak pernah tinggal dan sampai sekarang hari minggu tak pernah miss lagi. Cumanya sangat susah nak dhuha jika kat sekolah nih. Yerlah terkejar-kejar. Besar sungguh rahmatnya jika diteruskan dhuha ini. Cuma sekrang nak istiqamah tahajud tuh amat la susah. Besar sungguh setan nya. Nak tahajud jer mengantuk. Berikan lah kekuatan untuk tahajud pula. amin. kepada yang sentiasa follow blog ini. Yang baik ambil la pengajaran dan yang buruk jadikan sempadan. camtu lah resam hidup ini. Doakan cepat-cepat balik kampung. Masih teringat ingat pesanan oleh cik nizam. Hidup ini bukan semudah yang disangka. Allahu.

Saturday, January 13, 2018

BIARLAH BERLALU SEPERTI AIR SUNGAI





 Alhamdunillah syukur betul diberikan lagi kekuatan untuk menaip blog ini. Ade yang sentiasa follow aku punya blog ini. Tak mengapa lah. teruskan lah. Asalkan mendapat kebaikan. Minggu ini rasanya perlu dicatatkan. huhu. Ok lah. Pertamanya aku dah mula gembira mengajar tingkatan 4. Alhamdunilah sebabnya mungkin juga kerana dorongan oleh cikgu ghani nih. hahahahahaha. Cam biasa lah. jika ada yang masuk masa mengajar. Aku anggap cam tak ade orang jer dalam kelas. Aku jerkah budak ke, Rotan budak ke. sapa suruh masuk kelas aku. Alhamdunillah diberikan kekuatan dan kelancaran. Cumanya sedikit penat dan terasa seperti orang akademik camtu. Pastu minggu ini adalah pemilihan ajk kadet. Aku cam biasa lah mengadakan pemilihan. Tapi aku sebenarnya sedikit teruja kerana kepimpinan yang diterapkan begitu memberi kesan kepada pelajar Allahuakbar. amin. Sebelum pemilihan dilakukan seperti biasa lah. Pelajar akan akan bergerak mencari tempat untuk pemilihan. Cam biasalah, pelajar tingkatan 1 masuk dan sedia untuk bersama pelajar lain. Aku dan guru -guru lain masuk jer. Semuanya bangun dan memberikan salam. Tapi ada peristiwa yang aku dapat tahu. Pelajar tingkatan satu ini memula disuruh duduk dibahagian depan sekali. Waktu tuh cikgu-cikgu tak ada lagi. Tapi budak tingkatan 1 nih buat tak tahu dan wat tak dengar. Apa yang jadi ialah, si naim nih dengan title senior terus tengking budak tingkatan 1 ini. Cakap baik-baik junior nih wat tak tahu. Pastu budak tingkatan 1 menangis. Apa yang nak disampaikan ialah kepimpinan yang selama ini diterapkan mula diaplikasikan oleh pelajar, Pelajar berbangga dengan baju kadet yang dipakai. Rasa sangat puas bila dapat mendidik mereka kepimpinan. Bukan itu sahaja. si adri mula menunjukkan kepimpinan. Rasa sangat puas bila semasa membaca ikrar si adri memakai baju kadet. Inilah kemegahan. Tapi lelama dah rasa bosan dah. Bukan itu sahaja, si ameer musyid , satu masa dahulu pengerusi kadet dan akhirnya leader di akademi bomba, Ramai yang sudah berjaya dan yang paling best. Dalam gambar-gambar yang dipost, mesti baju kadet akan ada. Bertebaran baju kadet itu dibawa seluruh malaysia. Dengan kebangaan kadet syamil dah jadi warga imigresen. Moga pelajar ini akan terus berjaya kelak. Berbakti kepada negara. Semasa mengajar pun memang akan ditiupkan semangat kepimpinan dengan diselitkan cerita-cerita kisah tokoh agung. Tapikan aku nak balik kampung. Dah mula rasa bosan sangat di tempat orang. tahun ini juga geng-geng baju merah akan abis belajar dah. ok selamat malam semua. 31/1/18 10.16mlm

Saturday, January 6, 2018

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN







Assalamuaikum, baru sahaja seminggu update sekarang dah upsate pula. Biarlah tuh. Sekadar mengisi masa lapang. Minggu pertama ini ialah mesyuarat persatuan. Aku ingatkan ketua masih lagi cikgu azian. Rupanya aku silap. Aduiiii aku ketua pulak dah. Banyak mana ketua ler. Banyak perancangan yang nak dirancangkan. Memula mati-mati ingat cikgu azian yang ketua. Last-last tengok balik. Owh memang aku. Pastu bermula lah team teaching bersama cgu ghani. Ok la rasanya. Dia tak sudah-sudah mintal pendrive sebab nak bagi bahan. Ok2 aku dah beli sekali dengan bayah sekali. Si bayah tumpang sekaki.Minggu pertama hari jumaat tuh, malam tuh aku pergi mcd dengarnya ada prosperitiy. Beli dan totalnya aduh rm42. Sekali sekala takpa. Gambar kek tuh, nama nya kek apa tah. Yang glamour tuh. try la. Rasanya ok la jugak. kedai dia dekat dataran pahlawan.kat mahkota parade. Tuh pic ajk terbaru persatuan sejarah 2018. tapi aku tanya cikgu yang lepas. Fail persatuan tak ada. layan kan jer. 7.1.18 1.15 petang