Sunday, March 25, 2018

BULAN PENUH SIBUK KEMBALI LAGI
























Alhamdunillah semuanya dah selesai. cuma malas nak update jer lagi cerita, tunggu jerla dulu k. Assalamuaikum. dapat juga la aku gagahkan diri untuk taip malam nih.Hari ini banyak sungguh nak bercerita nih. Maklumlah ramai yang ikut follow blog nih. Tapi bagus lah. Tak ada yang salahnya. Gambar yang ada tuh ialah gambar kahwin adik aku tuh dengan orang gua musang. Moga semuanya baik-baik sahaja. Alhamdunillah banyak lagi nih nak diceritakan pada malam ini. Untuk pengetahuan semua juga my baby dah pun berusia 1 tahun dah. kejap jer kan. Terima kasih pada kak yah yang buatkan majlis untuk qaseh . buat dekat k ibai lagi. Dan kita tempah kek yang sedap. Sebenarnya rindu pada rumah kat marang sana. Dengan suasana yang best. Rasanya dah tak sabar nak duduk rumah baru di jasin nih. Nak rileks-rileks. Balik baru ini aku ada benda yang penting untuk diselesaikan. Misi besar kot. jeng jeng jeng. Nanti aku masukkan gambar yang baru pasal hoki. Sebenarnya gambar-gambar ini banyak berkisar tentang kahwin dan juga misi penting. huhuhuhu. lupa nak bagitahu juga telefon aku yang oren dah rosak. Maka terpaksa beli yang baru lah. Seterusnya masa sambut berday baby. Kami sambut atas bukit besar lagi. wow. bukan mudah nak naik sampai ke atas tuh. huhuhuh. ok nak masukkan gambar terbaru jap
















wokeh dah selesai upload. ini yang terbaru . iaitu kisah hoki terbuka mbmb. Aku bawa bawah 14. Sayangnya tak dapat menang. Tapi memang banyak peningkatan dan insyalah mampu pergi dengan lebih jauh lagi. Lepas tuh buat kerja gila jalan kaki dari high school ke bukit serindit. Tapi sebenarnya bukan jauh sangat pun. Esoknya pada hari isnin tuh ramai sungguh pelajar yang main hoki tak datang sekolah sebab demam. Panas kot. Seterusnya ialah nasi ayam tuh dibuat sebab rasa nak makan terus jer buat selepas balik dari main hoki. wow. nak ke resepi nasi ayam . nanti la. malas sebenarnya nak menaip pepanjang nih. ok selamat malam k.11.12 malam 11.4.18

Thursday, March 15, 2018

SEMERAH SEHITAM F1 DAN F2. JIWA JIWA YANG BAKAL MENCIPTA NAMA





























Alhamdunilah hari ini, di hari yang baik ini dapat juga buka blog nih. Cam dah lama jer tak buka blog nih. Sebab terlalu busy la. Ok lah pertamanya nak ceritakan pasal peristiwa yang berlaku selepas balik dari kem tuh. Adanya kejohanan badminton peringkat negeri Melaka. Aku bahagian pengangkutan. Walaupun pengangkutan tapi sebenarnya memenatkan la juga. Kira hebat la juga aku nih dalam keadaan busy boleh juga meluangkan masa untuk menulis bingkisan untuk dicoretkan sebagai kenangan. Nih dalam keadaan menaip nih, ikan ada kat dalam sink tuh nak dimasak malam nanti weh. Super betullah. Syok juga la jadi ajk badminton ni sebabnya banyak sponsor yang dapat. Baju pula 2 helai dapat. Tapi aku cam tak berminat dengan badminton satu botol shutte tuh rm80. Ok fine tak perlu kot. Baik main hoki, rm120 sebiji boleh main 5 tahun. hahahahahaha Tapi cam biasa lah bertekak dengan bas juga. Biasa la tuh. Sebenarnya malam ni rasa cam tak best jer. Sebabnya dah lama tak baca buku. Tak study. Rasa cam kosong. Kesian kan. Selamat ada youtube boleh la mendengar ceramah dan lagu lagu untuk menenangkan jiwa. seterusnya masa 10.3..18 tuh aku nak join fit Malaysia. Tapi sayangnya kene dating ke sekolah sebab ada program. Frust sebenarnya pasal nih. Ada program kepimpinan. Nak buat camner kan. Seterusnya ialah masa petang tuh pula ada persahabatan hoki dengan singapura. Tapi kalah 1-0 sebab masa nih nak test posisi. Maner yang layak diposisi yang sesuai. 30.3 nih ada lagi persahabatan dengan singapura. Tapi aku tak dapat join sebab adik aku kahwin. Adik kahwin tak ade la kecoh bagai, cam orang lain. huhuhuhuhu. Doakan yang baik-baik sahaja. Masa dalam bas pula masa nak g truff lawan dengan singapura pula, ada miss communication. huhuhuhuhuhuh. lagik, uhuhuhuhuhh, lagik huhuhuhuh. sebabnya bagitahu kat player pukul 3 petang, maka berkumpul kat sekolah jam 2.30. Sedangkan bas nak jalan pukul 2. Semua player pempuan dah ada dalam bas, Camner nih. Maka aku hantarkan satu jer mesej pada mamak, dalam masa 10 minit sattle. Memang betul betul combat. Terbaik lah. boleh la tengok gambar-gambar persahabatan dengan singapura tuh. masa tuh juga 2 player singapura cedera. Sorang kene bola si aliya, memang kuat giler bola tuh dan sorang lagi kene kayu si fizi, berdarah abis hidung dia. Cuma tak retak cam budak nyel jer. Lepas ini focus adalah pada hoki pula la sikit. Tapi aku nih bila-bila masa sahaja akan dipanggil untuk pergi kursus pt3 penandaan. Sebenarnya tak nak benda tuh. Tapi dipaksa juga, maka terpaksa terima jer lah. Wokeh seterusnya ialah jeng jeng jeng. kisah best pasal hari sukan sekolah 2018. Sebenarnya team kadet ada problem. Aku dah nampak awal sebenarnya. Tapi senior-senior f5 take over dan sangat terbaik bagi didikan pada kadet baru. Memula semuanya bersemangat mahu adakan kawad senjata. Senapang kayu senapang kayu lah. Tapi suara si aiman memang kuat dan boleh di ketengahkan sebenarnya. Part yang best bila sesi bercerita senior pada junior. semua junior mai mai duk dekat-dekat. Kita bercerita kisah-kisah  kem. Si naim mulakan cerita apa yang perlu dan tak boleh buat. Pastu yang syoknya time kerol mencelah cakap jangan amik apa apa barang dalam kem sana. hahahahahaha part ni mesti teringat kisah rimau. Tapi semua tuh dah ok. semuanya sekadar kenangan sahaja. Hari last pula, aku panggil semua senior nih, buat rocall gtu. Dengan prosedur sikit lah. Dan mereka pumping dan memang style abis lah. Disiplin tentera memang mantap. Cumanya kesian pada si adri. kikikkikiki. terlambat join. so join masa kat university sana ler nanti. Kepada naim, kerol, hanif, johan, aiman kali ini kepimpinan yang baik. Tapinya kene sedikit professional. Tak mengapa belajar daripada pengalaman. Korang baru nak amik spm kot. Budak-budak f1 f2 bersemangat sungguh. Sebenarnya keputusan untuk bawa f1 dan f2 tuh diambil selepas dbincang dengan senior malam tuh juga dan terus tukar plan. Combat betul lah. Ni saya nak titipkan kisah si hambali si anak ydp ,semangat dia lain macam, boley dia wasap untuk nak beli baju loreng  dan dah bagitahu pada ayah dia haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hambali anda menang hebat! berani. Sebenarnya aku nih menekankan keseimbangan kebolehan. Belajar kene pandai, skor , atau pun serba boleh. Belajar orang tak mampu kejar, sukan atlet hebat, kepimpinan terbaik. Camner nak dapat semua nih. Semuanya kene cuba dan jangan jemu belajar. Seterusnya pada hari ini juga adalah hari penumuman spm. Semua yang dating dengan harapan yang tinggi. subhanallah. Ada yang sedih, menagis. Ini adalah antara penentu masa depan korang. Si fuad cukup pun sama. Mohon diberkati. Amin. semuanya aku doakan kejayaan. Kahwin nanti jemput k. Sebenarnya aku nak bagitahu kat sini. Aku tahu ada mereka yang menyorok dan segan terutama dak sains sukan. sebenanrnya tak perlu takut. dating jumpa dan kita bincang. Korang dalam dilemma. Aniq zahin kejap pakai seluar loreng kejap pakai sains sukan. ok aku maafkan dia. Nampak jelas dia dalam dilema. Takpe saya maafkan. Si faiq pula menyorok. sebab dorang tak tahu sebenarnya yang perlu kawad f1 dan f2. Faiq sebab f3 banyak kene belajar lagi. Ok. perlu diingat yer, pelajaran spm itu sangat penting. Naim , adri, moga menjadi orang penting dalam tentera nanti, insyallah, apapun spm kene gempak. baru pilihan banyak. Cam adri rmc dah dapat. Parents tak kasi. Banyak dapat belajar tuh. Yang pasti kene rajin membaca buku dan bergaul dengan semua orang. Baru kita boleh merasai kesusahan orang lain. Moga kita tak berlagak dengan apa yang kita dah ade. Sentiasa muhasabah diri dan sentiasa tawaduk dalam semua hal. tawaduk dengan ilmu, guru dan kawan. Sentiasa berdoa.rasanya sudah tiba masanya pelajar spm focus dan tak perlu nak kuar malam. Fokus belajar. Barulah banyak pilihan yang kita dapat. aik cam dah panjang jer kali ni menulis. Kepada yang setia pada blog nih terima kasih k. Esok aku dah balik. sapa yang baca tuh. boley la kirimkan kopok lekor k. yang baca blog sahaja. naik cuti aku kasi. wow. ok selamat malam saying semua. 12.21 malam 16.3.2018