Tuesday, December 30, 2014

CUTI SEKOLAH DAN SEWAKTU DENAGNNYA.

Assalamuaikum. Hari ini sudah 30/12/14 menghampiri penghujung tahun 2014 suka duka silih berganti . Harapannya pada 2015 ini akan membuahkan hasil dan menampakkan bunga yang kembang mekar seperti semangat baru untuk meneruskan suvival hidup. Walaupun sudah lama tidak mengupdate blog tetapi , mesti juga meluangkan masa untuk menulisnya agar menjadi memori yang sentiasa terpahat. Saya merasakan tinggal beberapa tahun sahaja lagi , sepertinya berlaku tsunami yang besar yang akan melanda. Biarkan dahulu , nanti akan diulas dengan panjang lebar khas untuk cetusan kali ini. Semenjak bulan 6 tidak mengupdate rasanya. Maka dibulan 10 tahun ini , saya dan kelaurga telah pergi ke kuala lumpur untuk menghadiri majlis konvokesyen adik di um. Wah dah habis dah belajar. Sekarang sedang menunggu untuk kerja. Harapnya menjadi seorang guru juga. Seterusnya ialah rentetan pt3 yang mengcetuskan kontrovesi. Tapi lebih menggbanggakan ialah seramai 209 daripada 220 pelajar mendapat A. syukur rasanya. Tak kisah la sebabnya hanya membuat sebuah rencana. Mudah jer tuh. Maka dipenghujung persekolahan, saya telah merangcang untuk balik ke kampung tetapi kali ini berbeza sedikit kerana balik melalui gua musang. Mengujakan, saya pun terus balik pada hari sabtu selepas persekolahan selepas menyiapkan segala tugasan. Memakan masa lebih 6 jam. Keluar melalui tol ayer keroh dan masuk melalui simpang pulai. Tingkal diatas sana iaitu camerron hinglnad pula selama 3 hari. seperti biasa saya check in di ceremonian inn di tanah rata  dan mendapat bilik besar. Cuma saya tidak selesa dengan bilik itu kerana seperti bilik yang lama tidak digunakan. Pergi ke sana diakui sedikit membosankan dan sedikit peristiwa yang tidak seronok berlaku. Petang kami sampai disana , terus check in dan rehat sekejap. Seterusnya kami ke pasar malam brincang kononya untuk mencari makanan. Seharian juga lapar. Kalau ke arah utara kami pasti akan berhenti di tg malim. Beli sedikit kelengkapan dan terus menuju ke sana. Dalam kereta memang banyak kali ini barang yang dibawa. Beli cawan di behrang tuh. Seterusnya dipasar malam itu kami membeli nasi dan yang bergoreng. Nak dijadikan cerita aku jadi gatal dan panas. Aduh apa bende yang berlaku ni. Aku rasa cam tak sedap hati dah. Rilek lagi. Dan gatal makin melarat. Maka aku hilang punca seperti alagerik tuh. Tetiba teringat pada pesanan seorang tuh. Jika keadaan terdesak hisaplah kayu penawar hitam insyallah akan ok. Maka selepas itu terus hisap kayu penawar hitam itu sampai tertidur. Alhamdulilah esoknya bangun terus baik. Cuma ada sedikit pening kepala la. Begitu juga dengan isteri , sakit kepala dan terpaksan makan ubat. Selamat la si dhiya tidak sakit apa-apa. Memang serik dah nak beli kat pasar malam brincang. Maka berhati-hati lah kalau bab makan ini kalau berjalan-jalan. Cukup bahaya. Seterusnya hari ketiga kami chek out pada pukul 7. Turun sahaja daripada cameroon itu terus rasa lapang. entah la rasa tak best kali ini pergi. Dan mungkin itu lah kali terakhir pergi ke sana. Kami melalui laluan simpang pulai gua musang. Inilah yang ditunggu-tunggu. Cukup best jalan disitu dan pemandangan yang indah kerana puncak titiwangsa. Cuma dikuatiri ada gajah jerlah. Nak ke sana keluar dari simpang camerron itu amik kiri dan terus ke gua musang. Seterusnya jalan terus dan masuk ke gua musang, ke pusat bandarnya. Isi la minyak kat situ sebab di jalan aring nanti tiada stsyen minyak pun. Sesampai di pusat bandar, akan jumpa simpang tiga dan ambik la jalan kiri lagi terus. Seterusnya akan jumpa simpang lagi amik kanan ke kuala krai. Seterusnya amik lagi kiri sebelum stesyen minyak tuh terus sahaja. Disitu akan melalui chiku dan dibelah kiri akan ada tulis felda aring. jalan kecik sahaja . Masuk sekali cam tak percaya betul ke jalan ini. Lepas tuh tanya kedai kat situ, betul la jalan itu . terus sahaja dan akan melalui kenyir. Akhirnya syukur sampai juga ke kampung halaman dan pengalaman yang amat berharga melalui jalan tersebut. Cuma kalau nak melalui jalan tersebut di syorkan jangan la waktu malam ke sana. Gelap sungguh. Sebelum cuti sekolah tuh aku adakan jamuan kelas yang sedikit best la. Tempatnya memang terbaik, iaitu dekat halia inc. Bebetul tepi sungai melaka. Syoknya taw. Bebudak pula gembira dengan kek lagi ada. Layanan memang terbaik la. Gambarnya nanti akan dimuat turun. Mungkin inilah jamuan yang terbesar dibuat dan meninggalkan kesan. Diakhir sekolah ada pula tayangan video apa yang berlaku selama mereka di sekolah. Best tuh kan. I love 3 geliga. Maka masa yang ada digunakan merehatkan diri di kampung. Jenguk 2 kali sahaja rumah dan dah bayar kos guaman. Tunggu la yer nak diuploadkan gamabr rumah impian nih. Sedang berkira-kira untuk ke kuantan entah jadik ke tidak. Datang rezeki bergolek, si firdaus ada wasup malam tuh tanya nak pergi bercuti ke kuatan tak. ada orang nak sponser. Wah hebat nih. Jangan dibuang camtu, yerlah cuti kan. Aku setuju dan berkemas untuk pergi esoknya. Check in di hyat hotel. Wow 5 bintang tuh. kelas kan. Memang selayaknya 5 bintang. rm700 satu malam.Layan kan jer. Petang ada orang datang hantar buah. siap dengan hi tea dan breakfast. Memang best. Tapi aku pergi ke hi tea sebab ada rancangan yang telah disiapkan. Aku telag ke tangjung lumpur. Ke mana tuh. jengjeng jeng. Itulah ikan bakar petai ana. Ikan bakar yang dibakar dengan daun pisang dan sosnya dengan petai. Pelik bukan. Tapi kalau makan memang tak ingat dunia. Sosnya berbeza dengan ikan bakar muar dan ikan bakar kuala perlis. Harga memang paling murah aku penah dapat. Kalau nak kesana pastikan pergi dalam pukul 6 sebelum pukul 7. Musafir tak mengapa. Sebabnya selepas magrib memang ramai gila orang kesana. Kami bernasib baik la. Balik ke hotel dan tengok bola lawan thai malam tuh. Jauh tuh kami menonton bola. Dikampung juga pasar manir aku tak akan lupa ler, disitu la adanya ubat resdong yang paling power dan makanan cukup best. Cuma bab paking la payah sedikit. Owh lupa aku ada kirimkan baju pada kawan aku di indonesia. Tapi belum lagi sampai. Maklumlah di kalimantan sana. bukan di jakarta nun. Dah hampir sebulan1. biasalah kalau posko tuh. Memang makan masa. mungkin 2 bulan kot. kalau pos malaysia sekejap sahaja sampainya. Semasa duk di kampung berlaku banjir besar di gua musang, memang banjir itu tidak pernah disangka buruk seperti itu. Habis rumah ditelah air, air hulu itu membawa kedaerah tanah merah dan pasir mas, bahkan hampir seluruh kawasan kelantan. Dugaan yang besar dialami oleh penduduk kelantan. Bukan itu sahaja banjir juga berlaku di pahang, n9, perak dan banyak lagi tempat. Sesudah 10 tahun usia tsunami acheh. Pada pendapat aku, banjir di kelantan itu adalah petanda penyucian yang tidak lama lagi akan datang. Tsunami acheh itu adalah satu petanda jelas akan berlaku kebangkitan bagi penduduk 3 lautan ini. Siapa penduduk 3 lautan itu. kita la umat malaysia. Tsunami acheh yang berlaku 500 tahun sekali itu dan juga peristiwa bah merah 100 tahun sekali dah berlaku. 1924 itu ialah tahun kejatuhan khalifah di turki. Badai yang mendatang nanti ialah daripada selatan ke utara dan utara ke selatan. habid dikeronyoknya. Sentiasa la berselawat dan salam agar sentiasa diberi pentunjuk pada kita ini. Dijangkakan gelombang kegemilangan kejatuhan ialah pada tahun 2018 dan pada tahun 2024 akan berlaku sesuatu di bumi malaysia. Jiwa-jiwa yang jahat disulami dendam akan terlerai. Mereka yang selama ini memendam rasa merangka strategi dan akhirnya hampir mencapai kemenangan. Tetapi takdir Allah itu telah menetapkan penyatuan umah dan melihat bangunnya umah malaysia yang bakal membuka mata dunia. Inilah bangsa keturah yang dicari-cari. Bangsa yang akan mengembalikan kegemilangan. Abaikan pada tahunnya. Wahai kaum mim, Bersiap siaga lah, apa yang berlaku di kelantan , wang sudah tiada nilai. Masing-masing merompak untuk memenuhi tuntutan jiwa manusia. Maka bersiaplah dengan zikir yang pasti akan mengeyangkan. Tetapkan pendirian. Waktu sudah hampir kepadanya. Jika itu yang dikehendakinya. Penuhi la ruang-ruang solat. Zikirlah setulus hati dan sentiasalah berdoa. Watak-watak yang muncul sudah ada. Cuma waktu yang akan menentukannya. Mereka sudah tidak mampu lagi menangguhlan saat waktunya. Hancur sudah permainan mereka. Nyawa yang ada perlu diteruskan. amin. Ada masa nanti kita sambung lagi k. assalam.30/12/14 4.30 petang