Saturday, May 25, 2013

ESOK LUSA DAH NIN..... GARY KAMU DAH SEDIA?


 Wah hari ini aku menulis lagi rupanya. Aku aktif berblog rupanya, Tak mengapa lah semua ini akan menjadi kenangan untuk hari-hari mendatang nanti. Esok dah mula sibuk dah, jadi hari ini aku menulis siap-siap. Aku dah lama nak masukkan gambar ini dalam blog aku ini. Iaitu gambar kek , ini adalah diakhir waktu aku sekolah dulu la, aku rasa sedikit terharu juga sebab diaorang nin siap ada kek lagi, aku kalau dalam kelas 5 Bestari ini aku banyak sangat kekurangannya. Tapi aku terharu pula sebab diaorang tetap ok. Maklum lah waktu praktikal. Semua tuh rasa cam bodoh pula.Sebut pun tengah berlatih. Redha sahaja lah. Apapun terima kasih kepada pelajar-pelajar. Moga menjadi insan yang cemerlang nanti. Gambar yang kedua itu adalah semasa menyambut birthday aku tuh, diraikan secara sederhana sahaja kat piza hut. Pasni mahu sambut kat hotel pula jika berkesempatan. Nin semua pasal si cikgu Baayah yang bagi cadangan. Bagus juga tuh dengan live band. Dapat coklat yang ada tulisan gtu, Dalam pic ini juga kelihatan oren yang menawan tuh. Lupa nak bagitahu blog aku ini baru ada muzik. Lagu apa korang teka la sendiri.Hari ini tulisan agak panjang sedikit. Maklumlah esok dan hari seterusnya akan mula sibuk. Sibuk dengan kelas tambahan la.
Seterusnya, ini adalah gambar tahun lepas. 3orang pelajar aku ini adalah antara pelajar baik dalam kelas aku lah. Masing-masing dapat 7A dalam spm itu. Namanya mengalah, sharmila dan apa tah nama sorang lagi tuh. Tapi semuanya ok la. Esok akan periksa la kereta semua, nak jalan jauh tuh. Rasanyer untuk kahwin si hamzah di parit buntar tak dapat pergi lah. Wife cam tak sihat ini. Kene banyak berehat. Tak boleh gerak lama sangat la.Hari ini aku nak bagitahu 2 perkara. Yang pertama ialah aku dah tahu teknik belajar pelajar pintar Malaysia Nik Nur Madihah dan juga Nur Amalina. Rupanya itu adalah resepi cemerlang . Yang kedua pula ialah teknik mendidik bayi dalam kandungan. Perkara ini jarang orang tahu dan aku rasa kalau sesiapa mahukan teknik istimewa itu perlulah tanya aku kot melalui facebook. Aku dah banyak buka buku untuk cari perkara seperti itu, bahkan dah search dalam google pun tak ada cara ini. Apapun syukur sebab aku diketemukan dengan parents yang cemerlang mendidik anak-anaknya. Semua anaknya cukup hebat dan banyak perkara aku belajar melaluinya secara tidak langsung. Dalam buku-buku dan internet cuma cakap, untuk berhubung dengan bayi dalam kandungan ialah bercakap-cakap, pastu banykkan mengaji dan sebagainya. Rupanya itu belum cukup untuk melatih bayi. Aku gabungkan teknik kuno daripada ibnu sina dah juga imam ghazali. Maka tercetuslah perkara ini. Aku namakan teknik sujud. Bersempena dengan keesaan tuhan. ok. esok ada kelas tambahan. rasanyer cukup disini dulu. 26/5/2013 10.50 pagi

ROTI BAWANG


Assalamualaikum. Setiap aku tulis musti kalau boleh masukkan gambar sekali ler. Semua ini kenangan la kawan. Gambar yang pertama ialah itu adalah gambaran roti bawang yang sedang dimasak. Semuanya menggunakan pemanggang ajaib. ajaib sungguh sehingga semua bendar digunakan, baik daripada memanggang ikan, ayam, sotong dan sebagainya. Semuanya sedap dan tak perlu pun guna minyak. Camner nak buat roti bawang ini ek. Meh chef ajarkan. Pertama sediakan roti , sapukan dengan mentega, pastu mayangkan bawang dan taburkan dalam pemanggang itu, Letakkan roti tersebut dan balik-balikkan untuk masak yang sekata. Jika roti nak tahan lama masukkan dalam peti ais yer. Rasanya tahan lama sikit la. Hari ini tak ada kerja. Banyak benda terbuang gtu jer. Kalau kerja sekolah time cuti minta maaf ler, tak nak sentuh wei. Aku nak berehat jugak. Gambar yang bawah itu ialah pelajar-pelajar kelas aku yang nakal, main bola kertas sampai bergaduh. Ini adalah sesi denda , sebelum hukuman dijatuhkan. Perbicaraan bermula. Akhirnya terbukti salah mereka berempat ini. Korang nak tahu aku dapat jemputan kahwin yang amat banyak. Tak larat nak pergi semua nin. Satu lagi jemputan untuk melawat anak baru lahir. Sangat sibuk. Lambatnya hari selasa, mahu balik kampung dan berehat. Moga mereka ini bila besar akan menjadi orang berguna. Harapnya camtu la. Malam ini makan megi sahaja, tak ada mood mahu pergi kekedai. Sabar jerla. Nasi dah ditanak untuk buat nasi goreng esoknya. Buat nasi goreng merah dah la. Nanti ingatkan aku bawa balik, jubah, pil dan barang-barang hadiah kahwin. Jubah baru tadi aku dah beli, saiz s ok la tuh. Dah suka pakai camtu. Kat rumah sana ada warna hitam, ini warna putih. Esok tak tahu nak buat apa. memang buntu. Sabarkan hati. Sikit lagi nak balik. hahahaha. Rasanyer sampai itu dulu la entri ini. Aku nak solat jap. jum tido. 26/5/2013 12.25 malam

Wednesday, May 22, 2013

Hari esok ialah hari khamis nak cuti dah oiiii

Alhamdulilah esok adalah hari khamis. Lusa dah bermula cuti yang amat menyeronokkan. Malam ini cuma nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari ini jer. Hari ini terjaga awal pastu solat isya sebab terlalu penat dan tunggu jer subuh. Syahdunya hari ini. Lepas itu terus bersiap dan terus pergi beli nasi kerabu. Beli untuk ketua panitia satu la. Belanja dia sebab dia macam dah sters kerja yang terlalu banyak itu. Nasi kerabu yang dijual ditaman maju tuh dah bertukar tuan dah. Tuan yang asal dah berpindah ke sabah. Yang lebih menyeronokkan nasi kerabu yang dibuat oleh orang ini lagi sedap dan rasanyer lain sikit. Harga berubah dariapda rm2.50 kepada rm3.00 . Hari ini tengok dalam beg duit ada rm10 ringgit  jer lagi. Dalam bank dah kosong. Seperti biasa belanja ketua panitia satu. Aku satu, pastu beli untuk petang pula satu. Jadi duit semuanya dalam beg duit ialah rm1 sahaja. Tak mengapa masih boleh bernafas lagi. Nak dijadikan cerita pula hari ini cikgu tey telah suruh aku staple kan kertas untuk program guru muda pula. Camner nin. Kerja makin bertambah ini. Lupa nak bagitahu hari ini sekolah aku ada lawatan daripada pengetua-pengetua seluruh melaka. Pastu diaorang masih nak datang pula ke sekolah. Adus hari tuh dah sampai pukul 7 balik. Bukan aku je, semua cikgu la, Gkmp semuanya aku lihat letih. Kembali kepada cerita rm1 aku tadi. Dah kene staple kan kertas itu, maka aku telah memanggil 2 orang pelajar untuk tolong aku ler staple kan kertas itu. Aku plak cam tak leh tengok bebudak wat kerja sesaja camtu. Belikan lah air pula setiap sorang dengan koperasi. Bayar dulu rm1 hutang lagi tuh rm3. Kesiannya, Maknanya dalam beg duit aku tuh kosong takada duit. Tapi tak mengapa aku tetap yakin pasti akan ada rezeki dari Allah taala. Maha agung dan maha penyayang itu. Seperti biasa aku kalau ada masa terluang sedikit sementara menunggu kelas itu aku akan membaca buku dalam bilik rujukan sesorang untuk rehat-rehat. Dan dalam keadaan tiada duit aku rasa tak la risau mana. Allah itu maha mengetahui , semuanya aku serahkan kepada Allah yang penting ikhas dalam melakukan kerja dan melaksankan tuntutan. Tetiba aku terdengar pintu bilik dibuka, aku buat tak tahu sahaja sebab aku nin jenis payah nak ambil tahu pasal orang lain. Maka masuklah ustazah kedalam bilik itu untuk apa, untuk mengira duit kelas tambahan. Wah aku dalam keadaan tak ada duit ini , aku orang pertama diberikan duit itu, dan yang lain diuruskan. Alhamdulilah. Inilah kuasa Allah. Dia lah yang mengaturkan alam ini. segala rahsianya ada disebalik rahsia. ok la, rasanyer itu sahaja nak cerita malam ini. lupa hari ini beli kain pelikat pula untuk dibawa balik ke kampung. nak bagi ke org tua disana pula. selamat malam semua. 10.40 malam 22/5/2013

Monday, May 20, 2013

Haris dan juga Madhav bertumbuk.



Assalamuaikum. Hari ini terpaksa menupdate jugak la blog aku yang tersayang ini. Sebabnya apa dia ek, sebabnya nak ceritakan tentang satu berita yang tak sedap di dengar apabila pelajar kelas aku bergaduh pula. Yang peliknya, si haris dengan si madhav tuh. Untuk makluman semua yang baca blog aku nin la. Bebudak dua orang ini tak ada masalah sangat la. Diaorang bagus dan dengar kata, rajin pula tuh. Biasala lah tuh kalau pelajar lelaki bergaduh ini. Sebelum itu juga aku nak cadangka pada semua buku pasal travelog dan juga buku berkaitan dengan pelajar terbaik Malaysia Nik Nur Madihah perlu dibaca oleh semua orang saku rasa. Banyak sungguh pengajaran daripadanya itu. Hari ini aku uploadkan 3 gambar-gambar lama ler. Yang paling atas tuh semasa di Mesra Mall, pergi jalan-jalan sebab baru balik dari Melaka tuh, Gambar yang kedua pula tuh ialah mak dan ayah aku. Bawa makan kat RFC kat mydin MITC. Dulu la, sekarang RFC tuh dah tutup dah.Kurang orang yang pergi ke situ. Dedulu selalu juga pergi ke RFC ini selepas mengajar la.Tapi lelama rasa bosan jer. Gambar yang ke tiga tuh gambar masa kat Dataran Pahlawan. Pusing-pusing kat sana. Ambik gambar dengan rusa berkilat. Tapi sekarang aku dah gemuk ler sikit. takpe asalkan bahagia. Lantak lah, tapi nak tekankan untuk entri aku pada hari ini ialah pasal si haris dan madhad bergaduh. Esok akan dipanggil. Wah cam hakim gtu nak jatuhkan hukuman. Hari ini pun bercakap pasal syarat sembelihan. Tapi dalam subjek geografi. Begitu lah, aku nin kalau bab mengajar akan selitkan apa-apa yang berkaitan. Alhamdulilah moga mendapat berkatnya nanti. Hari ini aku dapat habiskan 3 buah buku, wah bagus juga tuh. yang teruja ialah pengalaman mereka-mereka yang berkelana kenegara orang. Jadi dengan ini ditekadkan suatu hari nanti pasti akan menjejakkan kaki ke kota London dan juga kota Beijing. InsyaAllah, doakan aku tuh untuk sampai juga kesana. Hari isnin hari yang sedikit penat la rasanyer. Biasanya tido awal akan jadikan esok rasa sihat sikit. Ok la, cukup la rasanyer untuk malam ini. selamat malam semuanya. 9.30 malam 20/5/2013

Sunday, May 19, 2013

Tetamu datang ke rumah

Assalamuaikum , hari ini aku jemput 2 org kawan ini untuk makan-makan tengahhari. Ala masak apa la sangat, lauknya ikan singgang tongkol. diujung sana tempatnya. Nampak kan diujung sana berwarna hijau sedikit tuh. Seterusnya ialah kangkung goreng, nuget panggang dan juga sambal belancan. Sebelum itu aku perkenalkan kawan aku nin namanya nizam dan juga memey. Memey tuh bukan perempuan , dia lelaki budak kedah. Makan jerlah apa yang ada. Aku saje jer ajak kawan-kawan makan maklumlah dihujung bulan ini biasannya duit tuh dah kering lah. Tak mengapa lah saling meringankan beban antara satu sama lain kan. Dihujung sana pula ialah air teh o limau. Sedap la jugak.Esok dah sekolah dah. Malasnya nak pergi ke sekolah nin. Cuba tengok keadaan rumah aku tuh, bersihkan. Di mopkan, disapunya. Malas nin kalau nak kiranya. Aku ada kenal dengan seorang cina yang nak peluk islam. Kenkadang terharu juga tengok wall dia nin. Dia pula lebih islamik pula, katanya syahdu mendengar orang berzikir. Aku nasihatkan dia agar banykkan mengkaji islam sebelum peluk islam. Jangan terburu-buru memeluk islam. Perlu ditekankan bahawa tiada paksaan memeluk islam. Moga dia mendapat hidayah. Hari tuh ada cikgu Sri offer aku beg dari vietnam. Memang lawa tahu. Tapi malangnya kakak, mak aku dah ada dah beg cam gtu. Aku panggil si nani warden tuh datang ke kereta cikgu sri tuh. Dia ambik 2 beg tuh. satu warna hijau dan satu lagi warna biru. Cantik tuh. Si wife aku dah ada dah, hari tuh dah beli. Kain-kain dah sentiasa beli dah. Jap hari raya ini nak pakai sampin yang dibeli kat padang tempoh hari. Dah suruh mak kat kampung jahitkan. Nanti aku masukkan perjalanan ke padang yup. Pengalaman kahwin semua. Tunggu yer.

Saturday, May 18, 2013

Suatu ketika........

Assalamualaikum. Dah malam dah nin kiranya. Tapi masih lagi menulis coretan, tak mengapalah sekadar peringatan kepada diri sendiri juga. Best juga sebenarnya menulis blog ini. Ramai yang tidak tahu pasal kewujudan blog ini. Sebelum ini aku pos pasal pencen daripada mennyanyi. Yer dah tak akan menyanyi lagi dah. Rasa sesuatu yang tak sedap je. Biasalah, aku nin kalau terdengar ayat quran ja boleh pengsan. Entah la kenapa. Mungkin sebab ayat quran itu adalah peringatan daripada Allah. Hari minggu ini paling best sebab taka ada kelas. Dah lama tak ada kelas tambahan nin. Dapat juga la berehatnya. Hari ini nak coretkan satu rahsia besar . Dengar baik-baik . Walaupun aku nin cikgu tapi semasa zaman sekolah nin aku nakal la juga. Tapi rasa terpukul sebab tetiap tahun semenjak aku jadi cikgu nin kene pegi sekolah. Masa zaman belajar kat sekolah , syahdunya hahahahahaha sebabnya hari guru itu musti aku tak datang ke sekolah. Kesiannya. yup pengakuan ikhlas. Tapi nak tekankan , walaupun tak datang sekolah masa hari guru bukan bererti aku nin tak menghormati guru yup. Aku sampai sekarang masih mesej dengan guru aku dulu dan tidak lupa ucapkan selamat hari guru. Keberkatan itu perlu. Dulu zaman sekolah best, pergi sekolah pukul 8 dan pukul 10 dah balik. Kene rotan sebab memonteng. hahaha. Dulu semasa belajar sentiasa berfikir hari-hari datang kesekolah, kalau jadi cikgu sampai bila2 datang kesekolah. Rupanya ayat tuh kene pada diri sendiri. Yang pasti jadi guru nin sekali jadi guru selamanya menajdi guru. Ingat, segala pengalaman itu amat berharga untuk mengubah pelajar yang teruk sahsiahnya kepada yang lebih baik. Sepanjang mejadi guru ini, Aku melihat kepada kekurangan pengisian kerohanian, semuanya mengejar dapat A banyak. Dah dapat A banyak berbangga, sombong dan sebagainya. Dedulu nak ceritakan, pasal ambik peperiksaaan. ingat lagi subjek sejarah pasal nasionalisma tingkatan 4 dedulu ler. Cerita lama dah nin, Jawapan yang aku bagikan itu adalah berbeza dan mengikur pembacaan aku serta dikukuhkan dengan teori, Sayangnya aku tak lulus woi, sebabnya tak ada dalam skema. Aku pertahankan la tentang apa yang aku tulis itu adalah disokong dengan teori dan fakta yang kukuh. Tapi jawapan cikgu, kene ikut skema. Aku menrasakan disekolah ini adalah tempat untuk mengongkong minda , bukannya tempat untuk menimba ilmu. lantak ler. Pernah juga semasa kat universiti dulu, aku menegur seorang pensyarah yang berpangkat prof madya tentang kesilapannya dalam meyampaikan kuliah. Dia memerimannya dan mengakui kesilapnnya. Tegur bukan masa dalam kuliah ler, dlm bilik kuliah ada dalam 500 pelajar. Seleas kuliah aku pergi jumpa dia. Dalam tutorial pun aku pernah bahas dengan pensyarah. Tapi pensyarah semacam anti dengan aku. Dia sorang jerla. Aku bukan pandai pun, bukan berniat nak menunjuk tapi yang betul perlu diberitahu. Ok berhenti bab itu. Aku nak solat pula. minggu depan dah nak cuti. wasalam. 12.30 malam 19/5/2013

Thursday, May 16, 2013

HARI GURU PENCEN MENYANYI

Assalamualaikum. rasanyer dah lama tak update blog nin. Nin gambar semasa demam. Demam dan ambik m.c tapi teringat pula ada kerja yang perlu dibereskan kat sekolah bersama dengan pelajar 1 zamrud. Jadi set masa pada pukul 12.30 datang la ke sekolah dengan demamnya. Dalam gambar itu adalah aktiviti yang dibuat iaitu memkerjakan cendawan besar depan perpustakaan. Cat coklat dikenakan. Cantik la jadinya. Cuma kerja pelajar lelaki jer sikit tidak puas hati. kerja pelajar perempuan ini cukup cantik. Gambar yang diatas itu adalah gambar para pelajar aku tuh. Gambar yang kedua ialah pu ming zi tuh. Budak banyak cakap. Tapi dia baik taw. Suka tolong cikgu juga. Gambar yang ketiga tuh pelajar buat mural. Hari ini hari guru. NAK BAGITAHU yang aku dah tak nak menyanyi lagi dah selepas ini. Sebabnya apa, sebabnya masa menyanyi tadi terbayang zaman sebelum ini jadi bilal surau kat . Jadi gunakan suara untuk berdakwah, bukannya menggunakan suara untuk melalaikan. Aduh sedih jugak entri kali ini. Tapi tak apa la. Hari ini last menyanyi lagu sedetik lebih anuar zain dan borey marantika dengan cikgu hafiz. Akhirnya pencen juga pada hari ini 16/5/2013........ Minggu depan minggu akhir nak bercuti. Yahooo.. suka la sikit, boleh la rehat-rehat. rasanyer sampai kat sini jerla coretan kali ini. eh lupa , pas aktiviti kat dewan tuh, kami guru-guru ke restoran entah apa bender tah,makanannnya sedap sangat.... hahahahahahahahahahahahahahahahahah. tanda tak puas ati. ok itu jer. 8.11 malam 16/5/2013......(Selamat Hari Guru)

Saturday, May 11, 2013

Musim pru 13 dan kerancakannya


Assalam semua.. Hari ini dah masuk 11/5/2013 . Sekejap sangat masa berlalu. Sebenarnya banyak gambar-gambar yang diambil nak di uploadkan. Tapi line pula tidak kuat, pasrah jela. Tapi tak mengapa masa masih panjang, pasni akan diuploadkan la. Ada gambar stadium, gambar jam dan juga lencana. Maklumlah time mengundi kan. Macam-macam lah yang dikempen kannya. Hari tuh balik ke kampung dengan si nizam. Kereta simpan kat sekolah, malas ler nak drive pastu tgk pula meter dah nak kene servis pula. Servis mejor tuh. So biarkan dulu la. Sebelum itu juga mau diucapkan selamat hari guru kepada  semua guru di Malaysia yup. Minggu depan nin akan berlangsung majlisnya. Hari khamis dan dah ambik keputusan nak nyayikan lagu anuar zain tajuknya sedetik lebih. Hhahahahahaha camner lah nanti. Dah ler tadi masa jaga audio tadi panas, maklum ler ketua lagi tuh. Aku bukannyer pandai sangat pun nak main bender-bender elektronik nin. Selamat sifu seman ada, Cikgu seman tuh dah jadi cikgu lebih 30 tahun tuh. Pengalaman dia banyak. Yang lawaknya tadi ramai anak buahnya yang dia mengajo dulu datang jumpa dia. Semua dah tua-tua. Adus, takpe jasa guru lagikan dikenang kan. Hari tuh dah praktiks lagu tuh . Ok la, cuma kene jaga suara la, Badan pula dah lama tak jaga pemakanan nin. Jadi bermula hari esok pemakanan akan dijaga untuk menjaga kelancaran suara nanti. Yup sebelum aku lupa minggu depan dah nak cuti tuh. wah bestnya. Rehat-rehat. Rehat-rehat sambil mencari idea untuk menaikkan peratus bebudak pmr dalam subjek sejarah nin. Dulu kalau spm mudah, aku gunakan teknik insaf dan alhamdulilah resultnya baik juga la. Kenkadang pelajar ini kita perlu memahami situasi didalam kelas sebelum merancang langkah-langkah yang perlu diambil. Hari jumaat hari tuh, sesi berceramah tentang rokok. wah, best tuh. mengigau pelajar kene ceramah. Tiada paksaan dalam nak hisap rokok. Cuma pupukkan cara dan langkah yang perlu diambil. Tapikan tengok daripada yang berkunjung ke blog aku nin cam bertambah jer.. takper la. baca jerla. hukhuk. salam sayang untuk semua 11/5/2013 9.50 malam