Sunday, September 10, 2017

SESEJUK AIR TERJUN DI KAKI GUNUNG LEDANG











Asalamuaikum semua. hah baru jer update sekarang sekali lagi meneruskan menulis coretan ini, kene la rajin menulis. Tak nak malas-malas la. Ok hari ini nak menceritakan kisah yang dah lepas. basi la dah. Cumanya camtu lah. Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada guru aku yang banyak mengajar, Alhamdunillah dapat menguasai ilmu eletrik dan matahari dengan baik. Syukur. taoi camtu lah. Ade jer yang rasa tak selesa. Tapi abaikan jer. Apa boleh buat kan. Seterusnya ialah hari tuh dak nyel tuh main bola tak ingat dunia, sampai terlanggar kepala anak cikgu nazlin. Retak tuh. dasyat betul la kepala si najmi tuh. Alhamdunillah akhirnya semuanya ok. Cumanya penghuni padang tuh. dan seseorang tuh. Dia ingat kite tak tahu dia tuh mata pandang tembus. muhahahahaha. Jangan sampai hangus sudah ler yerk. Jangan ganggu sudah. Mybe dia dah lama tak jumpa aura-aura yang berlapis nih. Tapi syukur lah semuanya berjalan dengan baik. Tak ada kecederaan yang teruk sangat. Maka makhluk-makhluk di padang yang mencari pasal tuh dah dialirkan. Tuh lah, 4 benda hitam tuh degil sangat kan. Ikut dan patuh pada peraturan yang dibuat dedulu kan senang. Mungkin tuannya tuh tak suka kot. Seterusnya ialah semalam kan. Pergi ke bukit serindit. Tengok ler si budak tuh duk zumba pulak tuh. Ambik angin tuh, jika berlari boleh lar 4 padang tanpa henti. Nak jadi atlit ke apa budak nih. Bayangkan naik bukit besar tak ada henti. Dasyatkan. Tapi best la, sebab dapat rilek dan tenangkan diri. Banyak benda juga nak diceritakan nih. Ingatkan nak masukkan pic senapang kayu yang dibuat oleh cikgu sazaly tuh. Dapat dalam lebih kurang 30 laras. wow. Pencapaian yang menakjubkan. Dah boleh letak jawatan sebab semua dah tercapai. Apa lagi yang nak kan. Hari nih. nyum-nyum. Aku pergi air terjun sagil. Air dia sejuk giler dan memang best la. Pergi pukul 10 camtu pastu balik ke rumah dalam pukul 2 dan terus makan piza. Aduh domino tuh memang menyelerakan sungguh lah. Nanti akan sibuk sikit la sebab bebudak nak exam dah. Nak abiskan kerja yang tertanggguh dan juga nak bersiap masuk rumah baru. Wah dah ade 2 rumah tuh. Bukan nak beli sangat pun. Tapi ada beberapa sebab lah. Sebelum tuh, cer tengok gambar budak tuh kat padang hoki. hahahahahahaha. padang yang banyak membawa kenangan pada team aku. Cuma setakat ini johan sahaja belum dapat dicapai. Sebenarnya boleh jer nak teruskan lagi. Tapi banyak benda yang perlu dikemaskini untuk mencapai johan. Banyak lagi pengorbanan yang perlu dilakukan. Tuh tengok la pic beg tuh. Cantikkan . letak atas batu. Memandangkan waktu redup memang best la mandi. Tapi kan tadi masa mandi air terjun, ada terdengar siren. Aku cepat-cepat naik la sebab kepala air nak turun dan juga amaran kepada pengunjung. Syukur boleh teruskan mandi lagi. Seeloknya mandi waktu bulan 4 ke. Kepala air ini bahaya. Kene sentiasa alert la kepala air ini.Sebab bahaya la. Memula tuh tengok keadaan yang akan diambil jika ada berlaku kecemasan. Seterusnya ialah, sentiasa perhatikan air tuh. Air yang banyk sampah dan arusnya sedikit laju perlu diambil perhatian. Memula tuh malas juga nak pergi. Memandangkan dah terlalu lama giler tak mandi ar terjun. terasa sejuknya. huhuhuhuhuhuh. Dedulu banyak mandi di sekayu kat kuala berang sana. Bapak jauh giler. tapi kat sini dekat jer. lebih kurang 40 minit sahaja dah sampai. Pastukan air terjun kat sini bestnya ialah dia cam dah buatkan kawasan-kawasan yang dah dibahagi. Kiranya kalau korang nak pergi tuh ada dah tempat untuk family. Tadi pergi kan kurang lagi orang. Time nak balik tuh, perhhhh banyak pula orangnya. Seterusnya dah balik terus beli sehelai dua baju. Cuma nak diingatkan. jika pergi ke air terjun. jangan sesekali minum air tersebut dan juga mandi serta basuh tangan dan kaki dengan air selepas mandi tuh. Bimbang kencing tikus. Terutamanya di pahang la.Ok tak nih penerangan nih. Cukup lah tuh,. Nanti korang bosan pula baca karangan yang panjang-panjang. 6.10 petang 10/9/17


Sunday, September 3, 2017

HARI RAYA KORBAN 2017













 Alhamdulilah hari ni dah selamat sampai ke melaka daripada tganu. Weh penat lah. Tak da apa pun nak diceritakan kali ini. Cuma nak masukkan gambar dalam ni jer sebagai kenangan. Puas-puas boleh baca balik. Korang maner tahu.hahahahahaha. Sebelum cuti raya korban baru ini, sekolah aku ada buat hari koku. Maka dorang pun berlatih lah bersungguh-sungguh. Aku dah malas dah semenjak menang johan peringkat kebangsaan nih. Tapi selebihnya aku bagikan mereka pakai baju askar sebelum dorang abis belajar, Sekurang-kurangnya mereka merasa jadi askar. Maka dapat lah nombor 3 untuk kawad. Kawad bodo-bodo pun dapat no3. Lantak lah. Seterusnya ialah, video hakka dorang korang boleh tengok dalam youtube lah. Taip jer pkbm iskandarians, kuar lah. Seterusnya aku balik ke kampung hari sabtu . Sebab tak nak tergesa-gesa. Banyk benda nak taip tapi malas giler lah. Nanti aku rajin aku menaip lagi. see u again. 4/9/2017 12.25 malam