Sunday, October 6, 2024

SPM BAKAL TIBA IS DAN IK 2024

     Sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku tak menulis rupanya. Maklumlah asyik busy jer. Sekarang ada lah masa sedikit selepas siapkan minit mesyuarat dan siapkan apa yang patut. Wokeh malam yang penuh bahagia ini. Aku nak ceritakan satu perkara. Selama aku jadi cikgu. Tahun 2022 pentadbir mula tugaskan aku untuk jaga kelas pertama. Sebelum ini asyik kene jaga kelas belakang jerla. Nama pun Zamrud. Tapi Zamrud bukan sebarang Zamrud. Sangat gempak dan dapat atasi dua kelas dihadapan. Biasanya camtu lah. Tahun ini aku kena kelas is dan ik. Apabende is dan ik tu. IS dan IK hanya ada di durian mas jerla. Sori lah, sebab tak jaga tatabahasa. Habis semua masuk. Is dan Ik ini ialah antara kelas depan. Alhamdunillah percubaan kali ni 9/14 ik dapat A dan  9/18 A, 2 jer dapat C yang lain B untuk is. Syukur, moga dua kelas ini akan berjaya mencapai cita-cita yang dihajati. Blog aku ini ada beberapa orang pembaca tetap. Tapi aku tak tahu siapa. Sebenarnya blog ini ditulis supaya penulisan  aku tak ke laut. Maksudnya sentiasa belajar. Dalam reramai pelajar is ada seorang pelajar yang menjadi sebutan cikgu-cikgu. Harap dia berjaya kelak. Jaga adab dan akhlak insyalah akan berjaya. hari ini dah 6 oktober 2024. Musim pelajar masuk belajar. Banyak dapat wasap daripada pelajar sebab dah berjaya sambung belajar. Tahniah semuanya atas usaha kamu. ok. Nak sambung main game jap..... jumpa lagi

Thursday, August 8, 2024

TURUN KE MEDAN PERANG

 Akhirnya tangan ini kembali mencoret , semuanya adalah untuk melunaskan apa yang terpasung dalam hati sanubari. Hah jiwang sungguh nukilan kali ini. Tapi kali ini terasa malas nak menempel gambar-gambar yang ada. Cukup lah sekadar meluahkan melalui penulisan yang di salut imiginasi. Hari ini dah hampir dua tahun berada dibumi tercinta ini. Tetapi ada sesuatu yang nak di coretkan. Yang di rasakan perlu ditulis dan di pahat kukuh.

    Rasanya boleh dah aku mulakan cerita yang begitu suspen ini. Pertamanya di bumi tercinta ini banyak sekali kelebihan yang ada. Tapi ada sedikit kekangan yang muncul. Rasanya kawasan ini adalah kawasan yang mereka berpendapatan sederhana sahaja. Ramai pelajarnya tergolong dalam kategori sederhana dan perlu dibantu. Ada seorang pelajar anak yatim dan baru-baru ini pelajar ini kehilangan pula ibunya kerana kemalangan. Dalam keadaan tidak berapa fasih berbahasa,membaca juga. Pelajar ini tidak sempat di bantu. Jika nak bantu perlu pergi ke kampung nya. Ok. Seterusnya ialah, ada seorang pelajar ini dia mempunyai emak angkat. Tapi ayah kandungnya meninggal dunia. Oittt, menaip ini rasa sedih tahu. Sebab itu lah, aku kempen habis habisan pada mereka yang memang layak mendapat biasiswa. Walaupun bukan guru kelas namun, tetap bagi borang kepada mereka yang memang layak. Seorang pelajar ini pula, Ayahnya meninggal. Emaknya tidak bekerja. Besar sungguh dugaan dia. Insyallah kita akan bantu mana yang mampu dibantu. Seorang pelajar ini, dialah yang menanggung keluarganya. Pelajar lelaki. Tapi keazamannya sangat tinggi. Perjalanan hidupnya sangat berliku. Akhirnya dia sudah berjaya melanjutkan pelajaran. Inilah  jalan kehidupan seorang guru. Memburu mereka yang perlu diberikan bantuan. Mencuba dan berusaha keluarkan mereka ini daripada kehidupan mereka seharian, sedangkan mereka ini mempunyai potensi. Ada seorang guru yang sangat memberikan inpsirasi. Guru ini menggunakan kaedah keperluan maslow. Mencukupkan keperluan pelajar. Guru ini sangat memberikan inspirasi. Begitulah ragamnya. Lain padang, maka lain lah belalangnya. Liku-liku kehidupan mesti disulami dengan doa. Ketakwaan dan mengharapkan keredhaannya. Biarlah tulisan ini menjadi lambang ketabahan pelajar felda untuk bangkit melawan takdir yang boleh merubah mereka. Pelajar yang banyak kekurangan perlu dibantu. Percayalah perkara ini sebenarnya membelenggu saya . Menyelami perasaan pelajar-pelajar disini. Sebab itu lah, aku sentiasa menitipkan kata-kata , keluarlah dari perdesaan ini. Kamu akan melihat betapa besarnnya dunia ini. Terokailah ia dengan penuh ketakwaan. Akhir nya. kepuasaan itu belum hadir di bumi ini. Ada sesuatu yang perlu disuntik untuk melonjakkan mereka ini dari kepompong buruk.

Sunday, April 21, 2024

Burger daus

21.4.2024

    Hari ini kan. aku terlihat dalam tiktok seorang bekas pelajar aku ni. Nama nya firdaus. Sebab apa aku mantionkan nama dia sebab ada kisah di sebaliknya. Selama ini memang tugas aku ni mengajar kelas belakang jer. Tibe tahun ni kene mengajar kelas depan. Tak ada la nak mengarut bagai. hahahahah. Sebabnya aku dulu dari kelas belakang. Zero to hero. Gituewww, ok sebelum aku pindah ke terengganu ni. Sorang mamat ini asyik demam dan tak datang sekolah jerk. Memang hari-hari kene ingatkan. 3zamrud menjadi mrsm. hahahahahaha. Alhamdunilah menjadi. Kelas  3 zamrud ini lain sikit. Tak boleh diberikan perhatian sangat. Tapi sentiasa guide selalu. Camtu la. Sebagai guru kelas memang faham sangat situasinya. Akhir tahun kelas ni dapat mengatasi dua kelas di depan. Sebenarnya aku nak cakap pasal jamuan akhir tahun kelas kami. Aku terangkan sebab perlu buat. Dorang ni susah sikit. Yang uniknya ada tukar hadiah. Sebab bagi aku nanti dorang masing-masing ada hadiah sebagai kenangan. Pada hari kejadian sama waktu dengan hari perpisahan cikgu nazlin. Cikgu Nazlin pergi ke ppd melaka. Hari tu la rupanya last di smkis ni. Paginya aktiviti send off cikgu nazlin sampai la waktu rehat. Lepas rehat baru lah jamuan akhir tahun dimulakan. wow meriah, semua bawa makanan, Ada bawa kerepek satu plastik besar. Ada satay. semua adalah. Yang bestnya si daus ni sebelum hari kejadian dia cakap nak bawak burger. Semua tak percaya. Hari kejadian memang di bawa betul lah. Banyak pula tuh. Daus ni malam dia meniaga burger tolong ayah dia. Hari kejadian ada burger daging dan ayam. Aku siap simpan owww burger dia. Mengenang kisah dia bawa burger dia. Sampai hari ini aku masih ingat peristiwa ni. Si Wafi aku asah bakat dia jadi pemimpin. Sebelum ni kaki gaduh. Tapi masa aku jadi guru kelas. Dia jadi ketua kelas. elok dan sangat bagus menjalankan amanah. aku siap hadiahkan buku yang aku sayang. Tapi aku dah 3 ,4 kali katam la buku tuh. Moga berjaya masuk ke alam. Itu cita-cita dia lah. selamat malam

Thursday, January 4, 2024

DEBARAN SPM 2023/2024 DURIAN MAS

 

















Selamat datang tahun 2024. Kebiasaanya update tahun baru di Melaka. Eh , tahun ni update di bumi durian mas.13 tahun di bumi Melaka. Ambil masa sedikit untuk sesuaikan diri. Tapi semakin ok. Cuti dua minggu terasa seperti dua bulan. Lama sungguh. Sebelum ini balik ke Terengganu akan bawa kertas soalan. Kali ini free wei. Nikmat sungguh la. Terasa terawang- awangan. Tapi masih tetap menulis coretan di sini. Buat kenangan nanti. Ada masa boleh baca balik. Seperti biasa. Aku dah balik Terengganu ni. Mintak maaf la. Malas nak bergerak luar dari Terengganu. Setakat Kuantan jerlah. Port aku sepanjang jalan pantai ke kuantan. Cukup la dulu jalan-jalan luar Terengganu. Jemu sudah. Macam kakak aku yang sulong. Kerja sebelum ni asyik busy dengan anak-anak. Sekarang asyik meeting kat luar negara jerlah, Hujung-hujung perkhidmatan , boleh jalan-jalan.  Minggu depan pelajar SPM dah mula peperiksaan lisannya. Buat yang terbaik ok. Tak lupa juga buat pelajar iskandar shah juga. Untuk pelajar DMAS cuba buat yang terbaik. Skor A. Insyallah semua mampu buat. Coretkan kenangan indah waktu persekolahan. Dalam gambar tu, ada gambar donut. Entah kenapa sedap giler donat crespy crime ni. Yang ni borong banyak-banyak masa adik saya ni ke kuala lumpur. Dulu setiap minggu gerak ke kl tu. Sekarang kl dah jadi lubok bangla. Malas nak pergi kalau nak ingatkan. ok la. Esok ada kelas tambahan. Kena sentiasa menulis. Nanti otak jadi beku. hahahaha