Akhirnya tangan ini kembali mencoret , semuanya adalah untuk melunaskan apa yang terpasung dalam hati sanubari. Hah jiwang sungguh nukilan kali ini. Tapi kali ini terasa malas nak menempel gambar-gambar yang ada. Cukup lah sekadar meluahkan melalui penulisan yang di salut imiginasi. Hari ini dah hampir dua tahun berada dibumi tercinta ini. Tetapi ada sesuatu yang nak di coretkan. Yang di rasakan perlu ditulis dan di pahat kukuh.
Rasanya boleh dah aku mulakan cerita yang begitu suspen ini. Pertamanya di bumi tercinta ini banyak sekali kelebihan yang ada. Tapi ada sedikit kekangan yang muncul. Rasanya kawasan ini adalah kawasan yang mereka berpendapatan sederhana sahaja. Ramai pelajarnya tergolong dalam kategori sederhana dan perlu dibantu. Ada seorang pelajar anak yatim dan baru-baru ini pelajar ini kehilangan pula ibunya kerana kemalangan. Dalam keadaan tidak berapa fasih berbahasa,membaca juga. Pelajar ini tidak sempat di bantu. Jika nak bantu perlu pergi ke kampung nya. Ok. Seterusnya ialah, ada seorang pelajar ini dia mempunyai emak angkat. Tapi ayah kandungnya meninggal dunia. Oittt, menaip ini rasa sedih tahu. Sebab itu lah, aku kempen habis habisan pada mereka yang memang layak mendapat biasiswa. Walaupun bukan guru kelas namun, tetap bagi borang kepada mereka yang memang layak. Seorang pelajar ini pula, Ayahnya meninggal. Emaknya tidak bekerja. Besar sungguh dugaan dia. Insyallah kita akan bantu mana yang mampu dibantu. Seorang pelajar ini, dialah yang menanggung keluarganya. Pelajar lelaki. Tapi keazamannya sangat tinggi. Perjalanan hidupnya sangat berliku. Akhirnya dia sudah berjaya melanjutkan pelajaran. Inilah jalan kehidupan seorang guru. Memburu mereka yang perlu diberikan bantuan. Mencuba dan berusaha keluarkan mereka ini daripada kehidupan mereka seharian, sedangkan mereka ini mempunyai potensi. Ada seorang guru yang sangat memberikan inpsirasi. Guru ini menggunakan kaedah keperluan maslow. Mencukupkan keperluan pelajar. Guru ini sangat memberikan inspirasi. Begitulah ragamnya. Lain padang, maka lain lah belalangnya. Liku-liku kehidupan mesti disulami dengan doa. Ketakwaan dan mengharapkan keredhaannya. Biarlah tulisan ini menjadi lambang ketabahan pelajar felda untuk bangkit melawan takdir yang boleh merubah mereka. Pelajar yang banyak kekurangan perlu dibantu. Percayalah perkara ini sebenarnya membelenggu saya . Menyelami perasaan pelajar-pelajar disini. Sebab itu lah, aku sentiasa menitipkan kata-kata , keluarlah dari perdesaan ini. Kamu akan melihat betapa besarnnya dunia ini. Terokailah ia dengan penuh ketakwaan. Akhir nya. kepuasaan itu belum hadir di bumi ini. Ada sesuatu yang perlu disuntik untuk melonjakkan mereka ini dari kepompong buruk.