Sedar tak sedar dah hampir dua bulan aku tak menulis rupanya. Maklumlah asyik busy jer. Sekarang ada lah masa sedikit selepas siapkan minit mesyuarat dan siapkan apa yang patut. Wokeh malam yang penuh bahagia ini. Aku nak ceritakan satu perkara. Selama aku jadi cikgu. Tahun 2022 pentadbir mula tugaskan aku untuk jaga kelas pertama. Sebelum ini asyik kene jaga kelas belakang jerla. Nama pun Zamrud. Tapi Zamrud bukan sebarang Zamrud. Sangat gempak dan dapat atasi dua kelas dihadapan. Biasanya camtu lah. Tahun ini aku kena kelas is dan ik. Apabende is dan ik tu. IS dan IK hanya ada di durian mas jerla. Sori lah, sebab tak jaga tatabahasa. Habis semua masuk. Is dan Ik ini ialah antara kelas depan. Alhamdunillah percubaan kali ni 9/14 ik dapat A dan 9/18 A, 2 jer dapat C yang lain B untuk is. Syukur, moga dua kelas ini akan berjaya mencapai cita-cita yang dihajati. Blog aku ini ada beberapa orang pembaca tetap. Tapi aku tak tahu siapa. Sebenarnya blog ini ditulis supaya penulisan aku tak ke laut. Maksudnya sentiasa belajar. Dalam reramai pelajar is ada seorang pelajar yang menjadi sebutan cikgu-cikgu. Harap dia berjaya kelak. Jaga adab dan akhlak insyalah akan berjaya. hari ini dah 6 oktober 2024. Musim pelajar masuk belajar. Banyak dapat wasap daripada pelajar sebab dah berjaya sambung belajar. Tahniah semuanya atas usaha kamu. ok. Nak sambung main game jap..... jumpa lagi
Sunday, October 6, 2024
SPM BAKAL TIBA IS DAN IK 2024
Subscribe to:
Posts (Atom)