Saturday, January 1, 2011

TAHUN BARU 2011

Alhamdulilah syukur kepada ilahi aku dapat mengharungi tahun 2010 dengan penuh ketabahan dan kesyukuran. Malas la aku nak bercerita untuk mengingat kembali tahun 2010. Yang pasti aku amat bersyukur dapat menjadi seorang guru. Sebelum itu ingin aku nak bagitahu pada malam tahun baru aku bersama kawan-kawan aku dari pelbagai sekolah telah menjamu selera di umbai dan si epul dah upload dah gambar-gambar yang best. Makan dengan harga rm200 lebih. wah makan besar betul aku semua.Yang pasti tahun baru ini memang paling syahdu ada la sebabnya. sebelum itu terima kasih pada perencana projek ini si mek ja. haha. Lepas makan-makan kami iaitu si amin, si epul, si sham dan si pian telah berkonvoi pergi ke ayer keroh untuk menyambut new year. Memang berbeza aku sambut tahun baru kali ini. Biasanya aku akan sambut di surau atau masjid je. Malam 2011 ini aku memang asyik tengok tembakan bunga api. Sebelum itu aku nak melompat kegembiraan sebab jiran aku dah tidak busy body lagi. Rumah aku jadi ikut aku la nak buat apapun. Apapun jiran-jiran yang lain pun seperti memahami. Syukur, doa sentiasa dipanjatkan moda dipermudahkan sentiasa. Aku semasa mesyuarat guru aku dapat 19 jam krdt sahaja. aku rasa lain macam sahaja. Lantak lah. 10.18pm. 1/1/2011

No comments:

Post a Comment