Saturday, September 28, 2013

Dah lama tak update blog



Rasanya sesangat lama tidak mengupdate blog ini. Balik daripada Terenagganu tak pernah update pun blog ini. Ada yang satu tuh tapi sikit jer artikelnya. Hari ini nur dhiya arya dah nak masuk 2 bulan dah. kejap jerkan masa berlalu. Sebelum itu aku wat makan-makan sikit kat umah sebab ada geng-geng nak datang tengok dhiya. Jadi menunya mudah jer, spageti, sosej, piza. Wat yang biasa-biasa jer. tak larat ler. Hari ini ok sikit dah dhiya.  ish malas nak update ler raya. tuh gambar geng-geng yang datang. tq k dan dapat hadiah jugak.

Sambungan cerita

 Alkisahnya aku , wife dan dhiya bersama mengharungi cabaran ditempat orang ini. Kelas gtu. Balik daripada kampung sampainya waktu magrib. Risau jugak la. Jadi hari ini aku nak bagitahu tips jika anak menagis, Yang pertama ialah pastikan anak kecik tuh sentiasa minum susu sampai habis, jika tak habis, mungkin perut akan kembung dan baby akan menagis, jadi kalau boleh pastikan baby minum abis la susu tuh, Seterusnya ialah baby menagis kalau perut kembung. Jadi jika baby dah minum susu masih menagis, maka sapukan minyak baby, tak kisah lah, minyak yu yi ker, minyak telon ker. Biasa aku guna minyak telon mustika ratu memang terbaik lah. Pampers pula pastikan bersih (tak ada najis dan kencing jangan terlalu banyak) aku gunakan pampers whoppiee kalau di kampung sana. Tapi dah cek kat sini, pampers tuh harga dia mahal sikit pula, Jadi sebagai solutionnya aku tercari-cari pampers maner yang hampir sama dengan whopiee, Akhirnya aku dapat jugak jenama popo . Aku memang suka la pampers tuh. Cam whoopie jugak la. seterusnya. Untuk elakkan baby menagis maka jangan selalu keluar malam jika baby masih kecil. Dalam pantang pula selama 40 hari amalkan baca kursi 7 kali dan tiupkan pada ubun-ubun baby . Untuk ibunya dalam tempoh berpantang bacakan kursi setiap pagi sebanyak 3 kali dan duduk dalam keadaan berlunjur dan tiupkan kedepan. Insyallah semuanya akan ok. Untuk urutan pula. Ialah 3 kali berturut-turut semasa temph pantang, hari ke 40 dan hari yang ke 120. Untuk urutan pula gunakan minyak berurut afiat pun ok juga. Seterusnya jika baby menagis malam. Pertamanya jangan gabrah, tenang kan diri, kenkadang puting botol susu tersumbat juga. Semuanya mesti dipastikan. Kalau menagis lagi cuba cek balik berapa kali mandi dan waktu baby itu mandi. Itu pun menjadi penyebabnya juga. Jika sudah banyak cara sudah dicuba dan masih menagis, cuba lihat pada waktu mana baby tuh menagis, jika waktu yang sama. Perlukan tindakan seperti berikut. Tutup pintu dan tingkap selepas asar (dlm pukul 6) cam gtu la, pasangkan al-baqarah. Azankan baby diteliga kanan dan iqamat diteliga kiri. Jika masih lagi menagis. Perlu cara yang lain dan perlu la pm dalam fb saya.  Setakat ini alhamdulilah semuanya baik. Semalam aku dangan cikgu F pergi jumpa dengan cikgu iman. Dia sakit belakang dan diharap supaya cikgu iman cepat baik. Cam-cam hal yang diborakkan. Maklumlah jarang berjumpa. Nanti raya haji akan diadakan majlis akikah untuk dhiya. Rasanya aku, wife dan dhiya cukup lasak. G kemana-mana dan gunakan kesempatan yang ada. Salin pampers pun celah lorong.hahahahahahaha.... Maklum lah suka sangat berjalan-jalan. Esok sekolah aku ketua pengarah pula nak datang, Datang jangan tak datang. Dalam bonet keta penuh dengan alat p.a. Moga semuanya akan baik selepas ini dan dhiya cepat membesar. Rasanya dah terlalu lama tak menulis blog ini pepanjang. Cuma memalam ini jer ada masa nak menulisnya. Apa bender lagi nak ditulisnya ni... ok la setakat itu dulu la semua, Selamat malam. 29/9/13 8.50 pm.

No comments:

Post a Comment