Thursday, February 13, 2014

Semalam yang hangat


Assalamualaikum. Sudah makan bulan tidak mencatat dalam ruangan maya ini. Apa kesudahannya disebalik semua ini. Dunia ini adalah ilusi dan fantasi yang perlu ditempuhi dengan penuh ketenangan. Perlukan ketabahan untuk terus hidup. Hari ini sudah pun menjejak 13/2/2014 sudah 5 tahun berlangsung tanpa sedar kewujudan blog yang mengukir seribu makna ini. Rimbunan prakata yang diungkap disusun dengan penuh teliti agar menjadi sisipan yang penuh erti dalam kehidupan ini. Bermulanya hari ini juga Nur Dhiya Arya telah mencecah usia 7 bulan. Sekejap sahaja kan yang berlalu. Dhiya dah pun pandai nak merangkak. Ok seterusnya bait-bait yang hendak dinukilkan ini ialah rentetan apa yang berlaku. Sebelum ini aku nak perihalkan 2 gambar yang dimuar turun ini. Gambar yang pertama ialah gambar yang terkini Dhiya. Dah semakin besar kan. Insyallah moga diberikan kesembuhan dan semuanya berjalan dengan baik. Sudah la tadi nurse telefon suruh pergi ke klinik untuk cucuk. Ikutkan hati tak nak dah. Dah berapa kali nak dicucuknya ni. Seterusnya ialah gambar aku melawat anak buah yang semalam dihempap tiang gol. Harap dia cepat sembuh dan dapat kembali semula ke sekolah. Amin. Sebermulanya kisah yang sentiasa beralun lembut ini. Dicoretkan dengan penuh kesyahduan titipan perjalanan seorang musafir. Selepas balik ke jasin ini. Maka bermula lah perjalanan yang penuh dengan makna. Isteri dah semakin cekap memandu dan boleh sudah ke bank sorang-sorang. Teruskan. Kemudian nak diceritakan juga , kami sebenarnya merancang nak bercuti ke mersing. Dirisik-risik dengan penuh teliti jalan mana yang perlu dilalui. Maka dengan penuh semangatnya kami telah bertungkus lumus menyediakan bekalan untuk pergi ke mersing sana. Maklumlah tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Yang dirancang ialah nak pergi ke mersing dan singgah sekejap di kota tinggi. Tempat bersejarah tuh kota tinggi. Ramai orang melaka yang cadangkan supaya pergi kesana untuk bersantai. Pantai yang cantik dan loghat pertuturan orang mersing juga cakap terengganu. Ini dah ok sangat dan menepati citarasa ni. Tapi sesungguhnya kami hanya la mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Akhirnya esok sebelum ke mersing. Kami berubah arah iaitu batalkan perjalanan ke mersing sana kerana perkahwinan sepupu kami di manir. Adus memang tak jadi sungguh kali ini. Apakan daya. Masa itu tepat 6.30 kami buat keputusan batalkan perjalanan ke mersing dan ambil keputusan untuk balik kekampung. Aku memutuskan untuk bergerak selepas waktu magrib sebabnya susah nak solat untuk ke arah kuantan sana. Jadi seperti kebiasaannnya terus memasak untuk bawa bekalan. Makan dalam kereta jerlah. Macam wajib dah bawa bekal tuh. dengan mangkuk tingkat tuh. Terbaik la mangkuk tingkat memang amat berbakti dalam perjalanan kami balik ke kampung. Aku bayangkan suasan balik kekampung yang kali ini situasinya berbeza sebelum ini. Wah , beli kuih sama-sama, berbuka di tengah jalan. Memilih masjid . Allah itu maha mengetahui setiap apa yang diciptakan. Syukur dan sujud dilahirkan sebagai islam. Agama yang syumul. Panjang lagi sebenarnya nak ditulis dah hampir sejam aku membatu didepan laptop. Rasanya tak sanggup kehilangan blog ini. Coretan dan catatan yang mengisahkan perjalanan hidup aku. Tahun 2014 ini rasanya sedikit memenatkan. Dengan urusan pkbm dan banyak lagi, termasuk pbs juga cukup berat. Maka terpaksa juga mengharungi. Sebernya cukup syok menjadi seorang guru ini. Menyelami hati seorang pelajar yang perlbagai latar belakang. Wujud rasa kagum dengan kehebatan ciptaan ilahi yang 1001 macam perangai yang diciptakan di dinyatakan dalam quran sebagai petunjuk manusia. Jadi berbalik kepada cerita balik ke kampung pula. Aku mula bergerak menaiki sandy aku, si gary aku tinggalkan (maklumlah) dah ada pagar. Tapi dengan mencabut wayar bateri sekali lah. Nanati dah sampai masa , bateri tersebut perlu ditukar untuk mengelakkan mati. Aku bertolak dari jasin untuk balik ke kampung pada pukul 8 malam tuh. wah lewatkan. Kiranya malam raya cina aku balik ke kampung. Suasana balik kampung tuh tak boleh digambarkan lah. Cam kita tengok cerita drama orang balik kampung. Kan seronok tuh. Yang pasti musti pastikan kenderaan sebelum balik dalam keadaan yang baik. Kali ini jalan jementah malam itu tidak la gelap mana. Biasana jalan jementah itu gelap jika malamnya. alhamdulilah Tak gelap sebab ramai orang balik kampung malam itu. Sampai jer kat shell segamat. Tempat biasa aku isi minyak ini adalah budak yang kerja itu tanya mahu balik kampung ker. Sebabnya ramai orang melayu yang balik kampung, Yang rayanyer cina. Kata budak itu kepada aku. Aku yer kan jerlah. Malas ler , dengan mata mengantuknya adus. Memang tak leh layan la. Hari tuh lagi la teruk balik pukul 2 pagi wei. Ini kira ok lagi lah 8 malam. Aku dengan hebatnya terus patahkan lidi-lidi spageti dan terus merendam spageti itu untuk dimasak. Semuanya barang yang nak dimasak dikeluarkan. Adus kalau nak balik mesti tetiba cam gni. Tapi syok la juga. Semua memori tersebut tersimpan rapi dalam blog ini. aku malam ok jer bawak cuma kene berjaga dan tak boleh paksa bawa. Memang merbahaya. Pastikan perut tidak terlalu keyang jika nak berjalan jauh. Masa balik hari tuh tidur juga di dungun. Sampainya dikampung nak tahu pukul berapa? sampainya pukul 4 pagi. Wah hebatnya perjalanan. Seterusnya sampai hari jumaat dan sabtu itu lah yang ditunggu-tunggu. Apa yang aku tunggu-tunggu tuh. Pastinya pasar manir yang memang meriah tuh, Tak boleh lari dari satay nya yang sedap dan aku beli ubat resdung rm100. Untuk bekalan di melaka ini. Ahad itu aku ke rumah pengantin Syalia. Apapun tahniah syalia. Hari ini 13/2/2014 ceritanya mak ana, si pengasuh dhiya berikan masak lemak nenas ke kami. Balik dari sekolah terus masak nasi dan makan masak lemak nenas itu dengan ikan pekasam. Terima kasih kepada cik iza dan cik rina kerana temankan aku pergi cari rumah zaqwan yang dalam gambar. Dan tak lupa kepada cik iza kerana menyumbang ikan sepatnya itu. terima kasih banyak-banyak. Ramai orang jasin yang dapat merasa kesedapan ikan sepat kering. Rasanya itu sahaja coretan untuk kali ini. Selamat malam semua. Jadi lah seorang guru yang berbakti dan tingalkan lah kata-kata hikmah supaya menjadi azimat kepada pelajar untuk berjaya, Salam. 10 malam. 13/2/2014.

No comments:

Post a Comment