Saturday, April 26, 2014

KEMBALI MENAIP


Assalamualaikum semua. Hari ini baru ada kelapangan untuk menaip blog ini. Dalam masa seminggu macam-macam yang berlaku. Selepas pulang dari langkawi hari tuh dhiya dan ibunya tak sihat. Si dhiya pula demam dan perut tak sihat. Tapi semuanya dah sedia, kalau sakit perut memang ubat orang iban sentiasa ada . Bagi minum airnya dan akan sembuh cepat. Hari ini punya cerita , aku tak pergi sekolah CRK wei, sebab pengasuh baby aku dia kematian alhi keluarga. Jadi tak nak ganggu la mereka. Petang tuh dah pening camner nak pergi kerja ni. Se;epas mesej dengan bos, memula dia tak bagi. Selepas diterangkan semuanya alhamdulilah dapat juga CRK nya. Jadi nak dijadikan ceritanya aku jadi pengasuh la. Maka pepagi dah suapkan bubur untuk dhiya. Pastu dhiya mengantuk tidurkan sekejap. Tapi bukan sekejap, lama jadinya dari pukul 8 pagi sampai la pukul 10.30 pagi. Lama la jugak tuh kan.Seterusnya aku mandikan baby la. Dhiya dah lama selsema maka, dimandikan mengikut petua lama. Iaitu mandikan dengan air suam , mulakan dengan membasuh kaki dahulu, sampai ke lutut terus keleher dan patah balik ke kaki sehingga lutut dan akhirnya mandi seperti biasa. Alhamdulilah selsema dah makin kurang dah. Berkesan juga la, petua ini diambil dari orang kedah. Ikut petua belah aku lain sikit. Mana-mana jerlah kan. Sebenarnya semalam tujuan utama keluar ialah membeli kotak untuk baby, Risau lah sebab budak kecil tuh kalau terjaga malam dia merayau-rayau. Risau jika dia makan apa yang dia jumpa dan jatuh ker, terhantuk ke. Maka dapat lah satu di jj lama. Memula tengok dekat melaka mall cantik sangat, luas dan murah. Tapi stok dah habis. Frust la sikit. Maka dicadangkan oleh promoter try pergi kat jj sana. Aku dah tengok dekat mydin tuh. Tapi tak berkenan lah dengan disgn dia dan warna dia. Aku pun dapat beli satu dengan 20% diskaun dapat la dengan harja 170. Ok lah tuh. Gambar yang atas tuh kotak nya. Dhiya jika malam ditidurkan dan lepas nyeyak diangkat masukkan dalam tuh. Tak risau lagi dah. Tidur dengan aman dan tenteram gitu. Seterusnya gambar yang kedua tuh ialah gambar mi sup. Resepi daripada kemboja. Rasanya seperti mi sup atas pasar payang. Senang jer mi sup ini. Buatnya cam singgang ikan pakai campak jer. Ok camni resepinya.

Bahan-bahan
-ayam atau daging
-bawang besar
-bawang putih
-halia
-lengkuas
-sup bunjut
-jika ayam sahaja masukkan serai
-kicap manis
-kicap sotong.

caranya
- masukkan semuanya dalam periuk kicap masuk last kicap manis dan sotong tuh. ikut citarasa la.
untuk cilinya... Cili. , limau nipis dan kicap . kisarkan jer.. ok dah siap. yang lain tuh pepandai ler potong kecik-kecik ayam dan daging tuh. daun sup, bawang goreng, cuka, lada sulah. ok dah siap. selamat mencuba. mihun tuh rebus la dahulu. ikut citarasa nak keras ke, nak lembut ke. Gambar hidangan ada kat atas situ. 

Stop la cerita tentang makanan. Kita teruskan dengan cerita mengarut. Minggu ini minggu last sebelum masuk ke kem. Bebudak harap jangan la buat perangai. Mudahkan lah kerja aku nih. borang-borang kasi hantar dengan segera, gambar dan sebagainya. Segalanya PKBM. Harap ada kemenangan nanti. rasanya itu sahaja la coreta minggu ini selamat malam. 26/4/-14 10.11 malam

No comments:

Post a Comment