Thursday, June 19, 2014

SUDAH MASUK PUN BULAN 6.

Syukur pada ilahi dengan izinnya dapat aku menulis blog ini lagi. Banyak benda yang nak diceritakan dan dicoretkan pada hari ini sepanjang apa yang dah berlaku. Tahun ini seperti tahun muram bagi pendidikan di malaysia. Tak ada mood dan tak ada tujuan rasanya. Dimana perginya semangat sejarah itu. Moga datang kembali untuk menyegarkan minda-minda yang sentiasa mengharapkan cerita yang terbaru. Alhamdulilah mood tadi berjaya dipulihkan sedikit. Blog ini dicoretkan dan dikaitkan bait-baitnya selepas kerja frog dan spas selesai dibuat tadi. Rasa lapang sungguh. Hari ini juga dah masuk kali ke 3 berpuasa my wife. Puasa ganti kan katakan. Dhiya pula dah besar dan tak nak tidur dalam buai dah. Moga terus membesar dan menjadi anak yang solehah. Banyak suka duka yang berlaku beberapa bulan ini. tetapi kali ini sahaja beru baru berpeluang menulisnya. Tadi pun pergi ke pasar malam air molek, disana yang bestnya ialah kuih popia basahnya. Kalau pergi pukul 6 tuh dalam setengah jam juga menunggunya. Memang sedap. Berbuka bersama wife. Esok SMJ tak bersekolah sebabnya ialah cuti peristiwa. Sebelum cuti penggal tuh nak dijadikan cerita , naik lah jadual untuk kelas tambahan. Aku dah tengok dan tiada masalah lah, tetiba jer jadual telah berubah. Memang tidak boleh dielakkan lah, sebabnya sepupu kahwin. Nanti apa pula dikatanya. Dalam waktu cuti tuh memang tak pergi kemana-mana. Memang berehat sungguh lah. Tapi pasar manir tetap akan pergi , sebab special sikit ada disitu. Belikan ubat resdung yang memang mujarab. Sekarang ni dah tak ada lagi bersin atau pun gatal-gatal muka. Bahkan aku makan budu 3 hari berturut-turut tak naik gatal jugak. Cuma naik pening sahaja sebab masin budu tuh. Sedapnya memang sangat. Yang paling best pula masak kari ikan menjadi. Rupanya senang jer nak masak karinya. Sebelum ini asyik buat mesti jadi tak jadi. Pasni senang jer nak buat karinya nya. Semua mesti pandai la. Sebelum menutup tirai blog kali ini, Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang tersayang sebab berikan hadiah yang best iaitu jam tangan. Memang abang suka sangat jam tangan tuh. Bersempena dengan bday. ok la. cau dulu. tak leh panjang-panjang . Ada penat sikit 19/6/14 10.30 malam

No comments:

Post a Comment