Sunday, April 26, 2015

PKBM KADETC 2015

 Assalamuaikum, dah masuk 26/4/15. Makin hampir dengan bulan puasa, Banyak benda yang nak diceritakan pada hari ini. Maklumlah lama tak update blog ini. Tadi pun hanya pergi ke giant jer sebab tak tahu nak kemana dah. Minggu depan pula rancangnya mahu berjalan sikit la. Ke kuala selangor kot. Hari itu dah pergi ke kluang semata-mata nak makan, Tapi malangnya terlewat. Kluang station tuh ler. kat landasan keretaapi., sesambil berjalan makan angin. lagaknya seperti malas nak menulis tetapi digagahi juga untuk meneruskan tulisan ini agar coretan ini lengkap mencapai matlamatnya. Pastu minggu yang berikutnya ialah kami sarapan di muar pula, alahai jauhnya tuh sarapan. Alah dah duk melaka ini apasalahnya ke sana kan. Lagi pun masa ini la nak ronda semuanya. Kebetulan pula pada waktu itu ada kerabat johor baru sahaja selesai makan disana. Tak mengapa lah. Makan la satay maharani dan juga me rebus muar. Sedap la juga dan kene rm20 . ayoyoyoyoy. Minggu ini pula ada ladap sesambil hari anugerah untuk pelajar. Sebelum itu nak ucapkan tahniah pada 2 org pelajar yang berjaya ke peringkat seterusnya iaitu daniel izzat dan azfar. Harapnya terus menwakili melaka ke peringkat kebangsaan. Moga ada pelapis di sis kali ini. Lama dah menunggu saat ini. Baru la dapat. Kadet juga mensasarkan ada nombor la 2 tahun lagi. Berlatih bersungguh-sungguh k. Kamu semua punyai bakat dan potensi. Cadangan untuk cuti kali ini ke sarawak dan ke hadyai. Moga kali ini rancangan ini menjadi la. Cuma belum study betul-betul lagi ini. Perlukan banyak kesabaran untuk study ini. sebenarnya tak ada apapun disana.  Tapi cam gtu la. Jauh dari negara asal kan. Nak singgah kampung patani. Keturunan asal tuh disitu. Keturunan kerabat raja patani. Bergelar che. Waduh-waduh. Tengok rasa malas dah mula datang. Apa kan daya, nak buka blog ini pun dah malas sesangat. Ini pun digagahi untuk buka dan menaip. Nak baca balik jika ada kesempatan itu ja. Ini blog pribadi tak perlu diwar-warkan. huhuhuhuhuhu. Hari ini tak ada resepi iya. Tunggu jerla pasni pula. Jika rajin maka akan ada la coretan kat sini. Gambar la tak ada untuk dimasukkan. nak buka tepun tuh untuk amik memorinya aishhhhh malasnya. Yang baca ini pun naik jemu , banyak sungguh perkataan malas. ok sampai disini dahulu bicara kita. Salam sayang untuk semua..9.21 malam

No comments:

Post a Comment