Saturday, November 14, 2015

TIPS MUDAH UNTUK KURUS. GEMUK ITU MEMBOSANKAN

                       Assalamuaikum. Haha ini adalah nukilan khas untuk sesiapa yang nak kurus yerk..... aku dulu pernah berat cecah 90kg weh. Sekarang alhamdulilah dah slim balik 68kg. Syukur sungguh rasanya. Kenapa nak kurus? Banyak sebab kenapa nak kurus. Pertamanya ialah mahu menjadi model terbaik kepada para pelajar , kita mampu melakukannya. Seterusnya untuk menjaga kesihatan dan rasa aktif sedikit. Tak ada la lesu jer. Ok bagaimana nak kurus nih. Aku syerkan caranya. Ini cara aku lah. Dalam nak kurus ini ada 2 aspkek yang memainkan peranan. Pertama ialah dalaman , iaitu saikologi dan juga luaran ialah fizikal kita, Fitrah kita. Untuk kurus perlu kan kekuatan kedua-dua ini. Maka yang pertama perlulah ada model yang difikirkan sesuai untuk kita jadikan isnpirasi. Jadi isnpirasi aku ialah geng-geng kelvin zahri dan juga aizat hamdan. Si penyanyi tuh. Seterusnya ialah mulakan dengan melihat pemakanan seharian kita. aku dulu , jika ingat balik. Teruk nya gaya pemakanan. Sekarang alhamdulilah sedar awal. Contohnya, pepagi dah makan nasi, tegahhari pun makan nasik, bertambah lagi tuh. Mana nak gemuk. Dedulu zaman remaja memang lah aktif. Tapi pemakanan kita perlu selaras dengan usia kita. Contohnya bayi , tak sesuai bagi makanan yang pejal. Cam gtu juga kita. Maka, pertamanya ialah. Aku tukarkan semua gaya pemakanan. Bayangkan aku aktif sukan masa tingkatan 5 dulu. Bayangkan banyak mana lemak yang dah diternak tuh. Seterusnya, semua nasi aku tolak, digantikan dengan roti gardinea yang hijau tuh. Makan lauk dengan roti. Sarapan pagi roti bakar 2 keping. Tenghari makan oat, malam paling last makan pkl 7, roti hijau tuh lagi. Jika nak makan lauk, cam kari ayam ka, makan dengan roti hijau. Memula camtu lah. Selepas dah serasi , aku mulakan pula dengan bersenam. Bersenam pergi gym jer. Berlari dan biarkan berpeluh. Wah nikmatnya. Memula memang keletihan yang sangat melampau. Tetapi tetapkan 3 kali setiap minggu dan gunakan sepenuh masa di gym dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Seterusnya tolong sangat lah jangan makan makanan yang bergoreng. Makan lah yang direbus, walau sekeping kuih pun. Ini diawal lah. Kita mesti ingat sehari kita makan kurang dari biasa, berat kita tak akan turun 5kg. Perlu statik camtu. Setkan 6 bulan untuk kurus. Turun 500 gram pun dah kira kejayaan. Seterusnya. Aku amalkan makanan sunah. Pepagi makan habbatus sauda, Habbatus sauda ini pula jangan makan yang minyaknya. Bagi aku yang itu kurang berkesan. Beli terus yang bijinya yang dah dikapsulkan. Seterusnya tghari pula makan la madu. Di waktu malam sebelum tido, segelas air masak yang dicampur dengan sesudu jus delima, madu dan cuka epal. Sedap rasanya. Jika nak rileks, minumlah teh hijau yang dicampur lemon di malam hari sesambil nonton tv. Amalkan camtu. Ingatlah, saidina umar tak suka pada mereka yang gemuk ini. Tekadkan hati kita. Sihat itu sangat best. Jika nak kongsi apa-apa. boleh terus pm dalam fb aku. bye......... semoga kurus semua. 15/11/15. 8.20 pagi

No comments:

Post a Comment