Saturday, May 14, 2016

SELAMAT HARI GURU 2016









Selamat hari guru iya, wow dah lama sangat dah ni tak menulis nya. Akhirnya terpaksa menulis juga lah. nah kan banyak gambar yang dimasukkan kali ini. Gambar yang pertamanya ialah masa buat absiling dan juga flyingfox.  Menggigil tuh takut. Taku Lawan juga perasaan tuh sebabnya ada tali yang menyokong. KaLau tak ada tali memang tak akan lah. Gambar yang seterusnya ialah latihan kawad senjata semasa di kem 17 ramd. wow best dan mengujakan . Gambar yang berikutnya ialah gambar ustaz bersama dengan pemerintah 17 ramd. Siap bagi cenderahati sebagai kenang-kenangan lagi tuh. Gambar yang berikutnya ialah larian 5km di bukit beringin masjid tanah. Bawak bebudak nih berlari untuk fit sikit. Sesiapa yang berjaya menamatkan larian akan dapat sijil dan juga medal. Baju tak dapat lah. Tapi sijil tuh peringkat kebangsaan tuh taw. Aku pun lari sekali. Kalau berlari 20km kan lagi syok. Macam latihan ala-ala komando camtu. Berlari 20km, tapi tak sanggup la pikul beg besar. Baik buat rumah daripada pikul benda alah tuh. Berat tuh. Gambar yang berikutnya ialah gambar rumah kami yang dah siap tuh. Rumah kami dah siap dan sesiapa yang nak berjalan-jalan di  terengganu boleh la singgah di rumah kami du rusila gtu. Ambik berkat sikit lah. balik cuti nih akan amik kunci. Cuma bersedia lah untuk potong gaji yang menyeramkan tuh. Tapi anggap lah cabaran itu sebagai satu peluang. Sebenarnya banyak nak cerita pada hari ini nih. Tapi dah malas nak menaip. Ok lah, jejari pun dah memberikan isyarat untuk meneruskan coretan emas pada pagi ini. Yang atas tuh adalah sedikit coretan ringkas dan sekrang aku akan ceritakan dengan lengkap. Biasalah lah aku nih guru penasihat persatuan maka perlu merangka program kepada bebudak nih. Syukur sebabnya kali ini pemilihan kadet dari sekolah aku 11 orang terpilih untuk pemilihan. Ku doakan agar ramai yang terpilih nanti. Mereka ini kalau dapat senapang memang syok lah bergambar. Sebabnya bukannnya benda yang mudah. Bukan kite nih dekat syiria ke iraq ker. Seterusnya kali ini ustaz anwar yang ikut program aku. Ingat tak nak menyusahkan ustaz. Seterusnya sebelum ini juga aku dah rangka program anjuran kementerian belia dan sukan iaitu fit malaysia dan berjalan lancar. Tahun ini merupakan tahun yang cemerlang kepada kadet aku. Cumanya ada kejadian yang berlaku di sekolah. Sedih la juga pasal itu. Nanti aku coretkan bait-bait ayat power nanti. Maklum lah dah lama tak menaip nih. Mungkin ramai yang perasaan kot, malas dah nak duk dalam fb ke apa ker. Best dalam keadaan rilek dan buat kerja. Blog wadah yang best untuk menceritakan, berkongsi idea dan sebagainya. Moga hidup mekar manteraboyyyyyyz. Misi aku yang seterusnya ialah nak ambik kunci rumah dan siapkan rumah pula. Tak sangka kan dah ada rumah dah weh. Aper la. Cam biasa lah aku nih jenis bingung jer bila dapat benda-benda gtu. Cam memula dapat tawaran guru. Perasaan macam terawang jer. Entah gembira ke apa. Tadi ada terdengar youtube iaitu , bagaimana nak mengenal seseorang. Ada 3 cara yang perlu diikuti untuk mengenal hati budi seseorang. Yang pertamanya ialah kita perlulah makan bersamanya, Seterusnya kita perlulah bermusafir dengannya dan yang ketiga kita perlu solat bersamanya. Ingat tuh taw. hihihihihi... Terbaik sungguh lah penerangan itu.Seterusnya ialah mungkin zaman ini adalah akhir zaman iaitu zaman fitnah. Maka sentiasa lah berdoa agar dijauhkan daripada fitnah ini. Sungguh berkesan cara yang ditunjukkan ini. Seterusnya ialah esok merupakan hari guru, Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru. Tanpa guru siapa lah kita ini. Guru yang pertama kita ialah ibubapa kita, para guru dan pemerintah juga merupakan guru. Mencorak pemikiran masyarakat. Kita lah penyambung lidah-lidah kebenaran yang turun temurun dimuliakan. Para guru itu tunjang kepada teras pendidikan masyarakat. Mendidik agar mengenal Allah. ok setakat itu jerlah kot. 10.10 pagi. 15/5/16

No comments:

Post a Comment