Saturday, February 18, 2017

CIKGU SABAR DALAM KENANGAN. PERGIMU TIADA PENGGANTI







Assalamualaikum... hah dah lama tak mengupdate blog nih. Ramai yang menunggu-nunggu cerita kali ini. Kali ini adalah episod suka duka yang banyak berlaku. Pertamanya ialah , saya mahu ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada cikgu sabar yang terlalu banyak menabur bakti kepada kelas saya iaitu kelas 5 nilam. Budi baik mu sentiasa dikenang. Walaupun kata-kata cikgu sabar yang sentiasa ganas dan dasyat sebenarnya, semua itu adalah rencah dalam kehidupan dalam mengenal erti sebuah perhubungan. Saya dedikasikan slot ini khas kepada cikgu sabar kerana tanpa cikgu sabar, mana mungkin pelajar 5 nilam mampu berdikari untuk subjek bahasa melayu. Saya juga sebagai guru kelas sebenarnya banyak mengambil pengajaran dengan guru cemerlang ini. Seperti biasa, budi dan kenangan kita perlu diabadikan agar menjadi sejarah yang manis dan sentiasa diingati. Cikgu sabar, tadi 5 nilam datang ke sekolah untuk membersihkan kelas, Dan mereka masing-masing bercerita pasal cikgu. Dihari last cikgu. Kisah  mereka di pakir kereta diceritakan pada saya. Naluri bapa kepada anak-anak itu lahir dari seorang guru hebat. Memang banyak rungutan pelajar-pelajar diawal nya. Tetapi diakhirnya kemanisan itu yang mereka kecapi. Setiap pertemuan akan adanya perpisahan. Si mirul asyik sedih dan mata merah bila sebutkan kisah di pakir. Saya ucapkan terima kasih. Walaupun berat meeka nak lepaskan guru bm mereka. Tiada lagi perkataan sial, hawau, dan sebagainya yang sentiasa menjadi buah mulut pelajar ini. hahahahahahaha. Lain padang, lain la belalalang nya. Alhamdulilah berkat kekuatan mental dan keyakinan diri. Mereka mampu hadapinya dan akhirnya mereka terpaksa merelakan perpisahan itu. Jika ada sumur diladang, boleh saya menumpang mandi, jika ada umur yang panjang akan kita bersua lagi. Iklas daripada Zakwan B che su guru kelas 5 nilam....... we love u cikgu sabar.................

No comments:

Post a Comment