Friday, April 28, 2017

KAMI DAH BERJAYA











Syukur kehadrat ilahi diizinkan untuk update lagi apa yang berlaku, pada 25-27/4/2017. Berlangsung perkhemahan kadet tentera di kem terendak. Jadi nak cerita pasal apa yang berlaku dalam tempoh itu.,Tahun ini ialah tahun yang amat menbanggaka untuk kadet tentera iskandarian. Kami berehat selepas latihan pusat 17ramd dan terus untuk pertandingan. Resultnya ialah untuk kawad kaki, kami mendapat no2 , untuk pandu arah kami mendapat no5 dan untuk rempuh halangan kami mendapat tempat ke3. Walaupun cukup busy dengan kadet dan macam-macam lagi. Kisah yang berlalu ini perlu disemat dalam blog tanda ingatan yang manis. Pada waktu pagi 25 hb itu. kadet nih berkumpul dipondok tepi tingkatan 1 tuh. Lama juga la menunggu, sehingga jam 11 pagi, ingatkan dah tak jadi. Sarjan mazlan pula ambik kadet tanpa bagitahu saya, Tapi mujur ada cikgu amran, akhirnya mereka selamat sampai di kem. Petang itu kami ditempatkan di padang B , usaha yang gigih akhirnya membuahkan hasil, sayangnya untuk acara kawad kaki ini tidak dipertandingkan. Sayang betul, Syafik khan hampir menjadi kk terbaik, tetapi ada sedikit kekurangan. Seterusnya pada malamnya itu, syafik terpaksa balik kerana bapa saudaranya sakit tenat dan cikgu sampran hantar balik syafik ke rumah. Keesoakannya adalah acara yang best, iaitu membaca peta dan kompas. Memang gebat kadet-kadet membaca kompas, pada waktu ini , guru perlu mengiringi pelajar masuk dalam hutan, perhhhh dengan lumpur dan hujan memang menguji kesabaran. Tapi samasa dalam hutan tuh rasa tak puas dan rasa nak lari lagi 20 km. hahahahahaha. Kadet-kadet dah letih sangat dah. Kesian pula tengok. Tapi seperti biasa, kadet-kadet pasti merindui kesedapan roti bluebry yang sentiasa ada sebagai bekalan. pic untuk pertandingan baca peta itu ada dalam tuh. hebatnya. Disamping dengan skuad pandura yang hebat. Sayangnya kami mendapat no5. huhuhuhuh. sepatutnya no1 lah.... Esoknya adalah rempuh halangan. Alhamdulilah kadet iskandarian melakukan rempuh halangan dengan masa terpantas, tetapi ada sedikit masalah pada azwan. Kadet bersatu hati dan redha dengan apa yang berlaku. Akhirnya pasuksan rempuh halangan mendapat tempat ke3. Ramai askar puji dengan semangat hebat kadet iskandarian kerana mampu mengejar satu pasukan dihadapan. Sebenarnya setiap pasukan akan dilepaskan selang 7 minit. Cukup bangga dengan kadet. Isnyallah kita cuba lagi yang terbaik. Melihat kadet-kadet berjuang separuh nyawa ini. huh. gempur wira! aku nih lepas sahaja tamat kem terus ke mc untuk beli tiket dan jumpa kakak aku yg datang. Sesangat busy la. Lupa nak ucapkan tahniah dan bangga, kerana senior-senior pkbm ramai hadir ke pertandingan ini di 9ramd......... walaupun penat ini adalah tahun gemilang kadet iskandarian....... berani erti hidup, takut erti mati........... kita jumpa lagi lain tahun. tahniah pada yang terpilih ke pemilihan kebangsaan.......... 28/4/17 5.30 petang/

No comments:

Post a Comment