Monday, December 25, 2017

SELAMAT DATANG 2018...... AYUH TERUS MENGGAPAI BINTANG



































. Syukur akhirnya selamat sampai ke bumi melaka untuk meneruskan rutin harian seperti biasa, Seterusnya ialah gambar yang tasik biru tuh. Sebenarnya tasik tuh dalam 30 langkah jer dari rumah aku. So sahabat sahabat yang bertandang ke tasik tuh jgn lupa datang ke rumah aku terus. Cadangnya lepas ini nak buka kedai kawasan itu untuk jual air kotak dan botol. ok x. huhuhuhuhuhu. Seterusnya ialah itu pic guru aku. pastu gambar yang bebanyak tuh adalah gambar wife pergi kuatan bersama dengan geng2 perempuan dia. Biarkan jer. Dah dia nak pergi kan. Seterusnya ialah gambar manhattan fish tuh. Sempena berday wife. Tapi aku tak cadang pada korang lah, sebabnya biasa sahaja. Makanan berasaskan ikan. Rasa macamikan tongkol pun ada. Gambar sekolah tuh , itu lah gambar sekolah aku dulu f1 hingga f5. Masuk masa pengumunan pt3. Siap masuk kelas f1 lagi tuh. rindu ler, inilah kawasan peperangan zaman dahulu. bergegar blok bila berperang. berterbangan kulit kulit meja dan terlekat kat pintu sebab tajam sangat. bahaya kan. Gambar makan tuh gambar anak kerol akikah. Ade kambing, tapi kambing guanzhou pun sedap juga lah. Gambar pic pasar kuala berang tuh. Rasanya korang mesti pergi lah. Aku ni peminat pasar, Tengok kelainan masyarkat disitu. Semua orang hulu turun pada hari tuh. kalau nak pergi, pergi hari sabtu pagi. Memang cun. Pada hari sabtu tuh juga lah aku menang kuiz sejarah islam anjuran radioa malaysia terengganu. terbaik dan rezeki. syukur lah kan,Aku rasa tahun 2018ini adalah tahun terakhir aku di bumi melaka. huhuhu. Sebabnya 2019 kuat menyatakan akan berpindah ke terengganu untuk menabur bakti disana pula.

No comments:

Post a Comment