Wednesday, December 25, 2019

INI KISAH KAMI PENUTUP 2019












Pertama sekali, kami nak mengucapkan syukur kepada Allah kerana perjalanan kami berjalan dengan baik . Walaupun perjalanan kami amat memenatkan. Sesampai jer di Malaysia adik terus muntah , huhuhuhu...... alhamdunilah semunya telah selamat Malam ini update mungkin sebagai penamat kepada tahun 2019. Walaupun tahun 2019 adalah tahun yang memenatkan. Tapi di akhirnya kami menghabiskan masa dengan sepenuhnya. Tahun 2020. entahlah mencabar lagi kot. Dan insyallah kami merancang untuk ke jepun pula. Doakan kami. Seterusnya mengerjakan umrah di tanah suci juga. Berikan lah kami kekuatan. Selepas balik jer dari kashmir , kami terus bersiap untuk mendokumenkan semua bagi urusan klaim. Harap dapat banyak ler nanti. 2 hari kot cancel. Giler ke apa. Sampai jer dimalaysia di klia. Rasanya kami cari apa? hahahahahaha. Kami mencari kfc ler. Seharian kot tak makan. Masa daripada srinagar ke delhi tuh, si driver bawak kami makan di pergunugan jammu. Sejuknya ya Allah. Aku mengerti erti nikmat di bumi sendiri Malaysia. Aku dan ustaz dah serik nak pergi tempat sejuk. hahahaha. Selepas tuh, sin driver bajet-bajet nak dinner. Masuk jer wilayah punjabi aku tengok kubah banyak betul. Ingatkan masjid rupanya bukan. Tuh gudrawa untuk orang singh  beribadat. Mujur lah kami kami di pergunungan jammu. Sebabnya nak cari yang halal dah payah. Driver asyik berhenti di kedai makan punjabi jer. Ehhhh tak lalu lah. Lapar kot. Naik van pukul 10 pagi dan akhirnya sampai delhi pukul 11 pagi. Waktu sana. Ko rasa camner. Penat la sikit. Tapi pengalaman yang sungguh berharga lah. Sampai jer kat hotel tuh. Cam biasa di pelayan nak angkat beg. Nak tips ler tuh. Maka aku cepat-cepat potong tak nak kasi dia angkat. Seterusnya dah semalaman tak makan. Maka memasing ada 1 paket jer megi. nik 1, khairul 1, ustaz 1, dan kami 1. Dan aku dah siap-siap beli cadbury untuk makan. korang tahu cadbury tuh berapa harganya. Kat sana rm18 kite. Tapi aku beli jugak, memandangkan susah nak dapat makanan halal delhi nih. Kalau terdesak boleh jer makan vege dorang tuh. Maka kami melantak coklat tuh sepapan, dan kami makan masak megi pukul 5 petang, untuk persiapan nak berlepas malam nanti. Harap dapat bertahan ler. Masa dapat masuk ke airport delhi. merasakan ya Allah leganya, mengenangkan pengalaman yang kami tempuhi tapi sesangat menarik. Masa berlepas sahaja dari airport tuh menaiki malindo, memang terasa besarnya nikmat meninggalkan bumi india. Weh 10 hari kot kat sana. Orang cakap kalau lepas ke india. korang boleh travel kat mane-,manenegara dah.Sesampai jer kat klia,amik beg semua. jeng jeng jeng. kami serbu kfc. subuh tuh melantak rm60 untuk 4 orang. hahahahahaha. lebihnya buat tapau jer. Seterusnya pergi ke erl sebab parking kereta di putrajaya sentral. Korang , orang melaka , nak simpan kereta, simpanlah di putrajaya sentral murah dan selamat. 10 hari tuh tinggalkan kereta dan kosnya rm50 sahaja. camtu lah. 2 hari berehat, terus balik ke terengganu. Banyak lah aktiviti cam biasa. Hari ini dah sampai balik dah melaka. Esok mak ayah akan pulang ke terengganu dah dan dhiya akan memulakan persekolahan pertamanya di sjkc yun shein. Untuk yang seterusnya, saya nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar pt3 subjek sejarah.Bertalu-talu awasap masuk. Tahniah seri,ikmal, biha, wang, wan amirul hafiz, dan semua lah. Seri jangan lupa nak belanja saya jika dapat A. Nanti saya bagi sovier untuk awak gak k. wokeh untuk coretan yang berikutnya ialah catatan hepi berday untuk yang queen in my heart.............. happy berday sayang. Semoga ukhawah yang dibina diberkati Allah dan ikatan ini menjadi saksi untuk bertemu di syurga nanti. Soal jodoh ini telah pun disiapkan sewaktu didalam kandungan ibu diwaktu 4 bulan dalam kandungan. Maka dipertemukan kami. Untuk menjalani hidup bersama . Ya Allah kau limpahkan rahmatmu dan pandangan mu kepada keluarga kami yang sering kali melupaimu.... kami memohon diwaktu meraikan hari bersejarah ulang tahun kelahiran isteri dan ibu kepada anak-anaknya diberkati segala usaham dilapangkan rezeki , syurga di akhirnya. Kuatkan ikatan tali perhubungan antara kami dengan menjadikan agama sebagai paksinya...... amin........... selamat ulang tahun sayang 2019...........

No comments:

Post a Comment