Thursday, April 9, 2020

SALAM PKP

Assalamualaikum, alhamdunillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya dapat juga up date blog ini. Banyak cerita nak diceritakan kali ini. Allah, sujud syukur kepadamu. Pertama kali update blog di kampung halaman.Perkara yang belum pernah berlaku semenjak 10 tahun dahulu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Sebelum ini banyak perancangan yang sekolah rencanakan. Naik sahaja cuti maka banyak sungguh program-program yang akan dibuat untuk kebaikan para pelajar. Namun perancangan manusia di batasi dengan hebatnya kuasa maha pencipta. Segalanya hancur berkecai. Sedih semuanya bercampur. Jika berlanjutan tempoh pkp ini. Maka genaplah sebulan aku menetap di rusila ini. 
    Seperti biasa , bermulanya cuti sekolah maka aku terus memecut balik ke kampung pada hari itu juga. Alhamdunilah kebiasaanya sampai malam. Seperti biasa akan dijadualkan apakah yang akan dibuat, Maklumlah cuti pun 2minggu sahaja. Berakhir 31 ini. Tapi pada satu petang, Tetiba ada perutusan khas daripada perdana menteri menyatakan bahawa bermulanya pengawalan perjalanan  yang akan berlangsung sehingga 31 hb. Aku sedikit lega lah, sekurang kurangnya boleh sambung cuti lagi kan. Boleh menikmati makan keropok lekor dan sebagainya. Usah ditanya boleh dibuat jika tinggal di kampung. Banyak ler yang boleh dibuatnya. Maka bermulalah aktiviti pertama iaitu membersihkan rumah. Syukurnya ya Allah, rumput rumput berjaya dibersihkan walaupun tinggal sedikit lagi nak dihabiskan, Maka pada hari kelima. Aku rasa kene beli nih kelengkapan memasak memandangkan tempoh pkp ini entah bila akan tamat, Maka esoknya terus membeli dapur masak, kuali dan seangkatan dengannya, Kedai hampir semuanya tutup lah. Nak makan apa. Gigih pergi giant beli semua tuh. Balik dengan bangganya memasang semua tuh dan malamnya bantuan tiba, pok D datang membawa tong gas. Esoknya terus merasmikan dapur baru. Pada satu petang tuh, perdana menteri sekali lagi mengumumkan bahawa tempoh pkp dilangjutkan lagi sehingga 14,4 aduhai,...... lama sudah. Sebenarnya dah rindu pada rumah di melaka, pelajar-pelajar. Camner lah dorang dirumah. Harapnya mendengar arahan mak ayah, solat jangan tinggal. Pernah sekali masuk dalam group kelas. untuk bertanya khabar. Dah lama sangat la tak tahu keadaan pelajar, semuanya lah. kelas 2 zamrud. ketua kelasnya, farhah . Moga cepat lah berlalu covin ini. Esok akan diumumkan pkp akan diumumkan ke atau tidak. Harapnya cukup lah. Rindu nak jumpa pelajar pelajar. Mengjalankan tugas seperti biasa. Cocok p.a sistem. Tapi apakan daya. Mungkin juga blog ini akan terhapus pada suatu masa nanti. Dalam hati yang sayu merasakan bahawa peluang kembali ke melaka mungkin mengambil tempoh yang lama. mungkin berlanjutkan hingga ke hujung tahun. Tapi merasakan peluang seperti tipis. Nak kembali seperti sedia kala seperti sukar. 
                 Dalam keadaan camni juga, banyak yang boleh dilakukan, buku-buku dihabiskan, buat kuih dan sebagainya. Yang paling best ialah banyak kenal tempat makanan yang baru kerana mencuba dan dapat kenal jiran  dengan lebpih dekat.Alhamdunillah jiran-jiran baik baik dan saling menolong. Akhir kata dapatlah up date sedikit blog. Cumanya latihan online tuh sedikit bermasalah, sebab saya kurang arif. Tapi masih menggunakan wasap untuk latihan. salam rindu buat semua..... 13.4.2020 11.25 malam

No comments:

Post a Comment