Sunday, October 3, 2010

GURU

Dah lama aku tak update aku punya blog. Cuma yang pasti pada tarikh 27/9/2010 telah menjadi tarikh keramat pada diri aku kerana telah berjaya bergelar menjadi seorang pendidik.Sebelum itu aku telah menggangur selama hampir 3 bulan selepas habis dpli. Pada malam raya aku telah dikejutkan dengan mesej dari kawan aku si mad mengatakan bahawa dah boleh cek posting. Aku menggharapkan aku dapat Terengganu. Tapi last-last aku rasa nak pitam lepas tempat yang akan dipostingkan adalah melaka. Memula aku rasa macamana nak pergi ke sana. Aku pun telah merangcang untuk memudahkan perjalanan aku disana nanti. Akhirnya aku dengan abang dan adik aku telah pergi ke melaka dan aku sampai pada pukul 2 petang dan terus menuju pejabat pos kerana aku telah poskan awal motor aku untuk memudahkan perjalanan. Alhamdulilah aku telah berjaya mendapat rumah sewa dengan kawasan kejiranan yang ramah dan baik. cuma aku perlu berhati-hati untuk semua keadaan.Sebelum itu aku mengucapkan terima kasih kepada abang harun yang bersusah payah menolong aku dan aku akan balas jasa dia nanti. semua yang terlibat aku ucapkan terima kasih. Aku akhirnya telah melaporkan diri di smk iskandar shah sebagai tempat aku menabur bakti. Aku percaya niat yang suci dan diiringi doa mak ayah aku memudahkan perjalanan aku. Sekarang separuh perjalanan hidup aku seakan lengkap. Minggu pertama aku dijasin ni aku dah berjalan sampai ke batu pahat. Pada masa yang sama aku terpandang satu masalah, iaitu motor aku penutup motor seakan nak pecah. Maka lepas ini aku tak boleh berjalan jauh lagi la. cuma aku hanya mengharapkan aku mendapat sebuah kereta nanti untuk memudahkan perjalanan aku.Apa pun dalam hati aku mengatakan yang aku suka dengan jasin.3/10/2010 9.50 p.m

No comments:

Post a Comment