Tuesday, October 5, 2010

BERDIRINYA INSAN LEMAH

Hari ini dah genap aku menjadi guru selama lebih kurang 1minggu. Apapun aku insyalaah sentiasa peke dengan keadaan sekeliling. Masing-masing ada pendirian yang berbeza. Memula aku masu telah dilantik menjadi pengerusi (solat hajat) aku ok jer. cuma masalahnyer ialah aku tidak diberi taklimat. Tentatif program tak dapat. Macamana aku nak jalankan tugas. Tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar aku perasan beberapa perkara yang bermain dimata aku. Biasa lah, sebelum itu aku telah kenal dengan seorang guru kaunseling. ok la dia ni. Masalahnya aku sorang jer kat iskandarian itu tak kahwin lagi. Aku ditempatkan pula di pustaka sebab meja untuk guru tidak muat. Pengalaman ini aku coretkan untuk dibaca mungkin 30 tahun akan datang akan aku baca balik semua ini. Betul pengalaman memantangkan aku. Aku insyalah akan berusaha membaca bahasa tubuh untuk mengenal pasti seseorang. Yang uniknya sekolah ini ialah pelajar-pelajarnya cukup menghormati guru. Apa yang aku perasaan ialah sekolah ini amat mementingkan pencapaian akademik. aku tak kisah. Semasa aku menggantikan kelas aku akan berceramah soal agama dan hukum. Serius masing-masing air muka berubah. Inilah yang aku harapkan. Moga kata-kata aku semasa menyampaikan ceramah itu dipegang sampai mati dan aku sebagai guru dapat memperolehi keberkatan daripada itu. Amin. Banyak perkara yang berlaku pada minggu ni. Pertama ialah nenek kawan aku yang sekali masuk ke sekolah ini telah meninggal dunia. Dalam masa yang sama aku telah memfokuskan untuk membuat kajian orintasi yang telah ditetapkan oleh jpm melaka. Terpaksa la aku buat walaupun dah puas untuk menaip. yang pasti pada malam ini aku akan menghadiri jamuan yang biasa dilakukan oleh cikgu-cikgu laki yang telah berumah tangga tapi berjuang sebagai anak perantau meningalkkan anak isteri. 5/10/2010 7.17 p.m

No comments:

Post a Comment