Friday, August 12, 2011

puasa weh

Salam dah lama dah tak update blog nih. Tapi takpe lah. Aku buka tadi tetiba jer yang view aku tuh dah capai 500 kali. Sebelum ni 400 jer. Biarlah , apa yang nak dirisaukan kan. Ok memula nak cerita pasal puasa tahun nih. bergelar seorang pendidik. Ingat senang ke nak masuk sektor kerajaan nih. Bangga la sikit jugak. Dengan dgree masuk kerajaan. Biasa payah sikit sebab saingan. Pastu aku akan pulang ke kampung untuk beraya pada 27/8/2011 dengan 3 biji kereta kalau tak ada masalah. Selain itu gak aku akan lalu ikut jalan baru yang dikatakan sedikit dekat la. Melalui felda palong terus ke muadzam shah. Hari nih dah 13 hari berpuasa. Tapi nak balik kampung sangat-sangat, bukan apa pun sebab nak rehat sangat la. Kat sini dah la line slow. nak tengok youtube pun payah. Aku nih suka tengok youtube. Untuk persediaan raya nih, aku dah bersedia dengan sepasang baju raya macam biasa-biasa dulu raya begitu la keadaanya. Baju melayu warna hitam tetap menjadi pujaan hatiku. Kesan dipakai semasa orentasi upsi dulu. Semua tuh ada nostalgianyer taw. Semalam g beli kerepek jer. mahal ler kerepek kat sini pun. Sapa kata murah, tak ada murahnyer la . Sepeket besar rm10. Sama macam kat kampung. so untuk membawa buah tangan aku beli kuih untuk bawa pulang dan juga untuk yang tersayang jugak ada. Seperti biasa la.Biasa si dia sentiasa baca taw blog nih. Tapi semakin lama semakin lemah jer nak mengajar. Sebab tuh perlukan rehat sekejap untuk cas balik. Nak mengajarnya senang sahaja. Yang payahnyer ialah nak menarik Perhatian mereka nih. Itu lah lumrah cikgu. Kene tocer rilek la. Selamat sebelum nih aku dah lalui banyak pengalaman berkaitan dengan kene tocer nih. lantak lah apa orang nak cakap apa aku peduli.hahahahaha. itu jer kot. 13/8/2011 9.14 A.M

No comments:

Post a Comment