Saturday, September 3, 2011

Sentri terakhir sebelum balik ke Melaka. ish ish


Assalamuaikum, hari ini dah raya yang kelima dah. Tak ada masa betul nak menaip nih. Ibarat menaip sebuah tesis yang tebalnya berjela-jela. Apa peduli. Hari ni hari yang cukup best la. Seharian bersama dengan si T. Dari pagi sampai malam tuh. Pagi bawak jengjalan ke Giant, nak sangat makan donut. Pastu menemani T makan di Mcd plak. Semuanya berlalu denga pantas la. Ramai dalam 5 hari nih datang ke rumah aku. kuih raya tunggang langgang jadinya. tangan pantas membasuh gelas dan pinggan. Hebat la juga. Banyak nih kalau nak diikutkan nak menulis ni. Ok pastu ronda-ronda kejap mau cari nasi dagang. Tapi sayangnya kedai nasi dagang kesayangan keluarga ramai giler ibarat tetamu beraya di rumah aku. Pastu diwaktu petang plak si suhardi datang ajak pergi jengjalan raya. Setiap sampai umah kawan , mesti mintak duit raya. Tahun ni tak dapat beraya di rumah mb terenngganu. Biasa selalu pergi nek mengjenguk ketua kerajaan negeri kan. Rakyat pun perlu cakna juga pada pimpinan. Sebelum suhardi datang tuh. Sempat la pergi ke rumah yb Syed Azman. Time tuh pimpinan pkr juga ada datang. Best la jugak makanan kat situ. Ada nasi puteh, ada laksa, nasi dagang dan sebagainya. Tapi sayangnyer duit raya dia bagi kat bebebudak kecil jer. Bak kata haji bakhil, bebudak xleh pegang duit banyak-banyak.. Lepas tuh malamnyer pergi pula bus stand nak hantar T balik. T tuh tabah betul. Susah nak jumpa cam dia tuh. Semua kene contohi T taw. Time dengan T dapat la berjumpa dengan pak dan mak sedara T. Cam biasa bersembang jer dimana sahaja anda berada. Tapi kali ni raya nyer seperti ada sesuatu yang tersembunyi ler. Tapi tak tahu apa bender. Harap umat islam sentiasa dirahmati Allah. Moga Allah terus hancurkan tentera Ahzab. Amin. Nanti ada lagi cerita yang tertinggal nih. Minggu nih bebudak baru bakal menjejak kan kaki kemenara gading. Universiti ler. Termasuk ler adik aku dapat unisza dekat jer dan bakal peguam. Ok la tuh. Tengok budak cam gembira sangat dapat masuk universiti. Sebenarnya selepas membaca entri oleh aisyahumarra terus tak ada mood nak sambung belajar. Universiti adalah termpat yang mengajar manusia mencari pangkat, kedudukan , membazirkan masa , dan semualah. Semua perkara dalam entri aishahumaira sudah menjawab pelbagai persoalan yang sentiasa bermain diminda aku. Sesiapa yang mahu tahu entri tuh boleh baca berkaitan dengan (satu dunia islam ditipu).. aku ada poskan di blog dan aku juga ada membuat hardcopy.Aku pasti hal ini pasti akan diambil berat oleh pihak yang berkenaan. Moga Allah jauhkan aku daripada puak dan para waki syaitan. Satu perkara lagi yang menjawab segala persoalan aku telah dijumpai semasa aku sedang mencari buku sejarah tingkatan 6. Ada masa aku ceritakan.. Lusa aku dah akan berangkat balik ke Melaka. Doakan perjalanan yang selamat untuk aku. 3/9/2011 11.42 P.M

No comments:

Post a Comment