Monday, October 7, 2013

Menjelang 2 bulan



Alhamdulilah nur dhiya dah nak masuk bulan ke3 dah. Moga sentiasa dilimpahi rahmat darinya juga.Dhiya pun baru jer baik. Sebelum ini tak berapa sihat. Dalam ni cute jer . Hari ini sebenarnya hari untuk aku buat clim pmr. Tapi malasnya. aku kalau dah mulakan baru la rajin. Tapi semua dah fototstat. Aku jaga exam sebab kawan aku tuh terpaksa pergi kursus. aku rasanya akan berkursus jugak nanti. Tapi surat tak ada lagi ini. Hari ini lauk beli sahaja. Lauk gulai ayam nangka muda. Rasanyer kedai yang biasa beli tuh orang minang la. Sambal dia pun cam minang jugak. 10 hb 10 nanti genap lah usia dhiya ayra 2 bulan. Sekejap jer kan. Sekarang ini mood untuk berkemas untuk belik ke kampung. Pertama kali balik dengan baby ini. Macam banyak juga la barang yang akan dibawa balik. Hari ini nak ceritakan pasal selepas habis jer pantang, aku terus pergi jalan-jalan macam biasa. Waktu biasa aku bersiar-siar dengan wife ialah selepas waktu asar dan balik ke rumah selepas isya. Jadi pertama kali dhiya kuar g mydin dengan mentua aku n anak sedara wife aku. Ok jer. Siap dengan kereta tolak lagi tuh. Pastu. Seterusnya aku pergi ke jj baru. Sampai dalam pukul 9 cam gtu ler. ok juga. Sampailah aku pergi ke satu tempat ini. (tak leh tulis) ramai orang kenal tempat ini. Balik daripada itu dalam pukul 10 malam. Dhiya asyik menagis jer. Adus , apa nak buat nin. Tak reti la. Maka dengan sedaya upaya minta pertolongan kawan-kawan aku ler. Maka diperkenalkan dengan tok ayah. Ubat dari jauh gtu. Ikut lah janji baik. Lama menagis yang tak syok nin sebenarnya. Berulang sehingga 3 hari taw. Maka aku jadi tok moh ler dalam pukul 2 pagi gtu. Solat hajat dan lakukan bacaan doa tolak bala dan doa tuju. Maka alhamdulilah dengan izin Allah dhiya berhenti menagis. Lega beb. Selesai 3 hari aku buat tuh. Pertama untuk cari punca, hari kedua untuk perlindungan bayi dan juga rumah dan akhirnya hari ketiga untuk keselamatan.Aku pakat buat jer. Setiap hari itu, amalkan tutup pintu awal, dan yang paling best pasangkan wangian kasturi hitam. Harum semerbak rumah aku. Dari luar dah bau wangian itu. Masuk waktu magrib akan dilaungkan azan dan qamat. Sewaktu senja akan dipasangkan ayat qukyah. alhamdulilah dengan izin Allah semuanya. Tuh la, lain kali jangan suka kuar memalam dengan baby, huh. Sori taw dhiya. Dhiya dah makin comel pulak tuh. Kuat minum susu pulak tuh. Ikut ibu dia ler tuh. hihihi..... Satu lagi nak ceritakan. kami terjumpa menu baru iaitu sotong gelang. Sedap sangat, Aku baru jer beli tadi untuk bekalan balik kampung nanti. Semua perlu disetting kan awal-awal gtu. rasanyer tuh jerla kot. salam. doakan kesejahteraan kami sekeluarga jua. moga dilimpahkan rahmat keatas keluarga kami. 10/7/2013 9.05 malam

No comments:

Post a Comment