Tuesday, October 29, 2013

PETUA KAMI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Assalamuaikum semua, aku dah lama tak menulis dalam blog ini. Tajuk yang diutarakan ialah tentang petua yang saya dan isteri amalkan semasa mengandung dan jugan semasa selepas bersalin. Walaupun usia bayi kami adalah 3bulan. Aku mengharapkan agar segala yang diamalkan mendapat keberkatan daripadanya. Aku mengutip semua petua-petua ini melalui seorang lelaki yang hebat dan mempunyai pengalaman. Ini dibuktikan dengan kehebatan anak-anaknya dalam akademik dan sahsiah. Disamping itu juga aku mengumpul juga amalam-amalan yang sering diamalkan semasa dalam mengandung. Aku menulis perkara ini agar para ibu bapa dapat juga mengamalkannya. Aku membuat sedikit pembacaan dan banyak mengumpul maklumat tentang untuk melahirkan seorang anak yang hebat. Pertamanya, jika mengetahui isteri mengandung, perkara yang perlu dibuat oleh seorang suami ialah mengucapkan syukur dan sunat syukur atas kurniaan tersebut, doakan lah keselamatan ibu, anak dan berikanlah keberkatan kepada bayi dan juga ibunya. Bermula daripada itu mulakan berdoa , doa nabi musa setiap malam, iaitu mengharapkan anak yang akan dilahirkan menjadi orang yang patuh dengan ibu bapanya. Sehingga la kandungan berusia 4 bulan. Kami percaya diusia kandungan 4 bulan itu ditiupkan rohnya kedalam jasad. Maka dimalam harinya kami bersama menunaikan solat hajat, agar diberikan takdir yang baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Aku menulis ini adalah untuk mengharapkan apa yang baik diikuti oleh ibbapa yang dan yang buruk itu tak payah la ikut. Dalam masa yang sama, doakanlah apa yang mahu didoakan, saya juga tak lupa memasukkan doa agar si anak itu sempurna darirupa parasnya. Doa itu amat dituntut dan Allah suka dengan hambanya yang suka mengharapkan semuanyakepadanya. Amin. Alhamdulilah kami berjaya melakukannya sebanyak 12 rakaat. Sambil ditambah dengan solat taubat dan solat witir. Apa yang seterusnya dibuat adalah diusia 4 bulan ini kami sudah pun menwakafkan quran dan tanah kepada bayi kami didalam kandungan. Moga segala usaha kami dalam menghasilkan umat yang cemerlang diberkati Allah. Sedekah perlu dibanykkan semasa mengandung. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik. Pemakanan ibu aku cukup titik beratkan. Makanan sunnah sudah diamalkan seusia 4 bulan. Makanan yang tak pernah putus ialah jus delima, kismis, air zamzam, buah tin, dan kurma. Kami menetapkan jadual pemakanan semasa dalam kandungan. Disaat mengandung ini. zikir perlu diperbanyakkan untuk melatih otak bayi fokus, mainan-mainan seperti dart dan dam juga sentiasa dilakukan untuk melatih ketepatan pemikiran bayi yang akan dilahirkan. Ini yang dilakukan oleh bani israil dalam melatih anak-anak mereka. Sebenarnya bersedekah itu banyak faedahnya, Catatan kami ini barangkali tiada ditemui oleh mana-mana buku. Saya dah buka banyak buku dan laman web. Seterusnya diusia 4bulan ini latihan untuk menepati waktu telah diberikan kepada bayi. Contohnya gosokan pada perut seperti pukul 8 pagi, 3 petang, 9 malam. Sentiasa dibuat. Semakin banyak gerakan ini semakin baik kepada bayi. Cuma tetapkan waktu yang sama seperti jadual seorang pelajar. Cukup mengkagumkan cara ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi memberikan ilmu yang sukar dicari ini. Seterusnya disaat mahu melahirkan bayi, maka kami amalkan bacaan yasin setiap hari agar dipermudahkan bersalin. Para suami sentiasa memberikan kemaafan kepada isteri agar mudah bersalin. solat hajat semakin kerap dibuat apabila kandungan memasuki bulan ke8, agar diberikan keselamatan dan keberkatan. Banyak peristiwa yang pelik berlaku pada kami sebelum isteri disahkan mengandung. Pernah didalam bilik kami berbau bayi yang amat kuat. Pada masa tersebut isteri saya tidak lagi mengandung. Pada usia kandungan 8 bulan isteri saya bermimpi mengadap tuan guru nik abdul aziz. Moga mimpi ini memberikan alamat yang baik. Dimalam isteri saya pecah air ketuban, satu cahaya telah menerangi bilik kami dan cahaya tersebut tepat jatuh pada dinding bilik kami. bilik kami pada masa itu terang benderang. Moga semua mendapt rahmat darinya. Esoknya lahir lah puteri sulong kami yang bernama Nur Dhiya Ayra Bt Zakwan. Doakan lah kami sekeluarga agar sentiasa beroleh keberkatan dan rakmat darinya. Selepas ini aku akan ceritakan pula kisah yang mungkin tertinggal dalam kisah kami ini. Amin. 10.43 malam 29/10/2013

No comments:

Post a Comment