Wednesday, December 11, 2013

KEPASTIAN ITU PASTI!



Assalamuaikum semua. Hari ini adalah hari yang bersejarah aku update kan blog aku yang tersayang ini. Sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan disini. Semuanya tentang perjalanan kisah hidup yang mesti diteruskan. Sebenarnya dah lama aku nak update kisah lama ini. Semuanya bermula dengan kisah di melaka tempoh hari. Seminggu sebelum persekolahan berakhir. Waduh-waduh. Gawat semuanya. Seperti biasa kalau dijasin itu. Seawal subuh dah memasak seperti yang aku ceritakan dalam sesi sebelum ini. Hahahahaha. Selepas itu kalau rasa bosan sangat maka akan  bergerak untuk habiskan masa digedung-gedung terpilih. Paling best ialah waktu malam iaitu masa akan dibuka vcd untuk tengok ala-ala wayang gtu. Nak masuk panggung tak boleh ada anak dara kecil. Jadi jalan mudah kami beli jer VCD tuh. Paling last aku tengok ialah cerita THOR. Sedap cerita tuh. Maka nak dijadikan cerita pada malam last itu. Ops lupa petang itu aku pergi makan ikan bakar kat sabak Awor. Keluar dalam pukul 3 camtu dan balik pada pukul 7.30 camtu lah. Pastu mandi-mandi. Wayang pun bermula. Memang gelak habis ler. Ada la cerita apa yang kami tengok. Pastu menjelang pukul 12.00 adik aku telefon cakap nenek aku baru jer meninggal. Adus camner ni. Aku dah lupa hari ini aku tak rehat lagi. Aktiviti penuh hari tuh. Maka keputusan yang segera perlu dibuat. Aku ambik keputusan untuk balik malam itu juga. Semua cucu-cucu rapat dengan arwah nenek ini. Aku bingung jugak sekejap memandangkan dah lewat malam. Segala apa pun tak dibuatnya. Segala perancangan plannya lain. Jadi aku terus tanak nasik , wat nasi goreng untuk tempoh malam yang akan dilalui. Aku balik ke terengganu melalui KL. Aku guna GPS jer. Mau tak nak balik ikut segamat sana. Steseyn minyak mana buka. Gelap pula tu. Sebelum aku teruskan. Aku nak masukkan kan juga yang aku pre annversary kat secret recepi jer. Beli sebiji kek dan terus main boling , sekali bawa baby dhiya. wakakakakaka. Takpe. Time tuh tak ada orang. aku pergi pagi.Ok sambung balik kisah tadi. Pastu semuanya dah lengkap aku cek sikit kereta dan isi minyak kat plus. Dah ler sejuk malam tuh, mengantuk memang dasyat sungguh time tuh. Tapi aku jenis payah leka. Berhenti dalam 6 kali camtu. Beli air red bull lagi tuh. Segar sikit mata dekat temerloh. Pastu mengantuk datang lagi. Memang tak tahan sangat dah. Aku dah sampai kat chendor , aku dah tak peduli, cari tempat yang teduh sikit pastu aku terus tido. Dapat la sejam. Wah semua dalam kereta tido time tuh. Sampai kat kampung dalam pukul 11 malam. Pemanduaan yang amat meletihkan. Sabar jerla. Pastu hari ke3 tahlil arwah nenek aku tuh. Aku n wife dah berdebar. Sebabnya ialah malam itu akan diumumkan pertukaran bagi guru. Berjaya atau tidak. Siapa tak cuak wei. Dalam portal pertukaran sebut dengan jelas tentang semakan pada pukul 9 malam. Aku dan wife memang dah rasa gelisah gila. Malam itu pun aku nak tak nak pergi ke kenduri tahlil. Tapi aku sebenarnya memegang satu rahsia. Iaitu dalam majlis tahlil itu aku akan sematkan doa yang kursus. Sebabnya dalam tarekat nasanbandiyah khalifahnya pernah berkata bahawa majlis tahlil itu melepaskan 99 musihbah kita.Sebab itu jika ada yang ajak untuk ke majlis tahlil aku sebolehnya akan pergi dan akan berdoa sama. Sehingga la pada tarikh semakan ini aku tak berhenti berdoa. 
takut sungguh rasa. Aku percaya jika Allah izinkan, pasti akan menjadi. Lepas balik dari majlis tahlil aku pergi ambil wife dan keluar makan. Untuk rilek-rilek. Dalam masa yang sama dah heboh dah pasal ada yang dapat dan ada yang tak dapat. Dah masuk dah panggilan bertanyakan dapat ke tak. Owh merungsingkan. Tepat pukul 11 malam aku buka laptop aku dan baca bismillah. Aku cek akhirnya, penantian kali ini sudah sampai kepenghujungnya. WIFE AKU DAPAT BERTUKAR! Yahoo.sukanya. syukur sungguh rasanya. Rasanya segala penat lelah dan usaha setimpal. Surat-surat sokongan segala bagai diberikan , pergi ke kpm walaupun tak pernah pergi kesana. Sediakan pelan taktikal sebelum pergi. Berjumpa dengan para ustaz dan imam agar doakan pertukaran kali ini. Ini muka dah tak taw malu. Lantak ler. Segala yang kita buat inysaallah akan diberkati. Sesunguhnya orang yang berusaha itu adalah orang yang berjaya. Best kan cerita ini. Jap ler tak habis lagi ini. Kisah sangat panjang untuk dicoretkan. Syukur sungguh rasanyer dapat result camtu. Lapang dada ni. Seterusnya ialah pelan yang perlu dibina pula untuk langkah seterusnya. Segalanya perlu perancangan yang rapi agar semuanya tersusun. Setelah itu wife dah belajar bawa kereta dan ok la. Jangan muntah cam fatihah sudah nanti.huahuahuahauhauhauahua. Pastu Gary dah ada peneman nanti, namanya aku bagi sandy. Cuma sandy gelap sikit la. Plat pun hampir-hampir, nak sama dengan gary tak dapat. Maklum lah lambat sikit. Owh nak maklumkan bahawa aku nak ucapkan terima kasih kepada yang membantu pertukaran kali ini dan yang paling utama ialah my master mine. my mom. Owhhhhhh. tq tq. Seterusnya ialah wife aku dapat smk j....... wah dekat bangat dengan sekolah aku. Alhamdulilah. memang lega dan aku doakan agar perjalanan kami ke sabah dan melaka nanti akan dipermudahkan. Allah itu maha sebaik perancang. Rasanya dah dekat sandy nak berkawan dengan gary. Aku dah call semua dan yang paling penting ialah pagar rumah sewa perlu disiapkan sebab aku nak duk sana dan nak kunci pagar. ok la. Selamat pulang ke jasin nanti. Selamat malam untuk semua. Malam yang penuh syahdu ini disulami dengan bait-bait kisah yang dinukil khas untuk kenangan terindah. (Musim tengkujuh) 11/12/13  9.30 malam. Tahun ini dapat sambut bday wife dan sambut tahun baru dengan wife. kusujud syukur padamu dengan rahmatmu seluruh alam!

No comments:

Post a Comment