Friday, December 27, 2013

.......................................LOVE....................................



Assalamuaikum, selamat malam semua. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tirai 2013 akan ditutup. Segala suka duka pasti akan dikaitkan bak menghias nukilan dinding. Ada yang suka dan ada yang duka.Jemari yang gigih mengulit segala kenangan ini juga bakal menambah usia yang semakin tua. Tapi itulah roda dunia ini. Kesabaran akan tetap menjanjikan pulangan yang lumayan. Selesai satu peristiwa maka akan muncul peritiwa yang lain dan bakal mengubah detik-detik kehidupan. Sebagai manusia kewajaran kita adalah tawakal dan redha dengan setiap ketentuannnya. Hebat kan pembuka bicara untuk malam ini maklum lah esok adalah hari bertuah yang akan mencatata satu lagi kenangan dalam lipatan sejarah. Waduh-waduh. Esok 28/12/2013 dinukilkan khas buat yang tersayang. Jauh disudut hati berdenyut-denyut meniringi setiap tutur kata yang indah. Ucapan selamat hari lahir sayang. Khas untuk yang tersayang. Setiap nadi ini berdenyut dan setiap nafas ini menyelam menukar anginnya setiap itu makin kuat hati ini dekat padanya. Diselitkan keangungan kepada ilahi dititipkan secebis rasa kasih dan sayang khas untuk sidia. Tumpahkan segala sisa hidup bersamanya. Owh indahnya dunia ini. Inilah tulisan khas untuk tercinta. Sejarah yang diukir mana mungkin dapat dipadam dengan sedikit sapuan. Bermadah madah kali ini ditulis. Sebelum itu tak nak pergi jauh dahulu la. Gambar yang ada dalam blog kali ini ialah gambar kepak ayam bakar . Memang sedap dibawakan khas dari tg aru. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang ada. Tapi cukup sahaja lah yang ada itu. Memang makanan kat sabah sedikit mahal. Bayangkan makan nasi goreng 2 pastu semangkuk tomyam leh cecah rm30. Tapi tak apa lah dah nak makan kan teruskan sahaja la. Maklum lah ditempat orang. Gambar yang kedua tuh ialah keychain yang ditempah khas masa ditg aru. Masa tuh tengah jalan-jalan nak pergi kedai makan, pastu nampak orang buat key chain tuh. Jadi kami tempah 2 dengan nama dhiya ayra. Cantikan. Mahal jugak benda tuh. huhuhuhuh. Sesampainya kami dari sabah. Ada sedikit duit lebih kami buatkan makan-makan sempena kesyukuran sebab semuanya berjalan dengan lancar. Sebiji kek dibeli, dengan tulisan kesyukuran tapi dalam ini tak ada lah. Memang best malam itu. Idea ini datang sebelum pergi ke sabah lagi. Dirialisasikan oleh abg zi. Ok la tuh. Panggang ayam dengan cara pelik , api dihidupkan dan ayam ditutup dengan tin. Rasanya memang lazat taw. Ada mi goreng, ada agar-agar dan segala benda la. huhuhu. Gambar yang last itu semasa kejadian. Memang meriah. Moga kedua-dua mendapat rahmat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun baru akan muncul. Segala yang dirancang berjalan dengan baik. Pagar rumah hampir siap dan pengasuh untuk dhiya juga dah ada. Sekarang adalah mood untuk pergi kerja. Rasanya itu sahaja coretan pada tahun ini. kisah penamat tahun ini terhenti disini sahaja. Akhir kata hepi bday sayang. Semoga sentiasa beroleh keberkatan dari Allah. Moga kehidupan kita berjalan deibawah redha Allah amin. i love u . Dengar la lagu dalam blog ini khas untuk mu.

No comments:

Post a Comment