Tuesday, May 13, 2014

DARI TERENDAK KE MERSING! KETENANGAN MILIK KAMI.







Assalamualaikum , ambil masa sedikit untuk menulis blog ini. Maklum lah dah lama tak mengupdate. Sebenarnya minggu-minggu lepas ialah hari yang meletihkan. Tengok pada gambar dah tergambar kan keletihannya. Pertama sekali diucapkan terima kasih pada my wife sebab sentiasa ada dimasa jua. Seterusnya kepada ustaz zahari, ustaz hafizam, ustaz anwar, ustaz salam dan ustaz sazaly yang banyak membantu melicinkan pkbm iskadarian ini. Yerlah masuk kem 17 para pada 29/4 hingga 2/4 pastu sambung lagi. Walupun dah disiapkan jadual untuk bertugas tapi memang meletihkan. Masa 1 mei aku dengan wife terpaksa ke kem sana. Si dhiya hebat , masuk padang kawad, tengok orang menembak semua. Semua tempat dah masuk ni. Duduk pula dalam bilik VIP yang ada tuan dalamnya. Adus semua ditempuhi dengan cekal, Pada 1 mei petang itu shift telah bertukar pada ustaz hafizam. Maka esok nya hari jumaat terus aku drive ke mersing nak rehat-rehat disana. 4 haribulan masuk lagi untuk pertandingan pula. Semuanya berjalan dengan lancar. Walau apapun memang menarik di mersing. tenang sahaja disana. Duk di hotel seri malaysia, tempatnya startegik ditepi pandai dan depannya pula ialah hospital. Tahun ini memang pengalaman yang banyak dapat, terutama menguruskan team pkbm ini. Kenkadangkene tegas dan kenkadang kene berlembut. Akhirnya aku melonjak gembira selepas tamatnya semua. Sekarang tiba untuk buat claim dan laporan. Semuanya akan ditempuh dengan tenang. Terima kasih mersing yang memang cun tempatnya. Singgah di pasar besarnya. Cam kat kampung suasanannya. Nak ker mersing ini, jalannya lagi baik melalui felda nitar, terus ker mersing. Banyk sungguh signboard gajah melintas. Time balik kami sengaja lalu ikut jamaluang dan jalannya memang tak sesuai jika malam. Dah la gelap dan jarang orang lalu. Pastu singgah di kota tinggi makan dekat medan sana dan singgah sekejap ke makam bentan. Akhirnya singgah lagi di batu pahat dan ayer hitam beli beryani dan juga bear. hihihihih. mahal juga la barang-barang disana. ok la tak sempat nak tulis banyak-banyak dah magrib ni. apapun tenang itu milik kami. huhuh. Ok baru lepas solat magrib, kita sambung lagi ceritanya. Jumaat ini dah hari guru. kali ke 5 sambut hari guru, syahdunya. Selamat hari guru pada wife juga. Love u, kita akan sambut nanti sesama k. Seminggu lebih lagi akan cuti sekolah agaknya nak ke mana pula, nak ke china cancel, mungkin vietnam pula. Plan kali ini harapnya menjadi. Dhiya pun dah mencecah 9 bulan sekejap jer kan masa berlalu. Anak papa pun dah makin pandai. Tapi malam-malam kene tidur dalam kotak taw. Sesambil menaip ini menunggu video perbarisan siap. Lama juga nak menunggunya. Ramai yang teringin nak tengok ni kan. Dalam gambar tuh yang pertama ialah masa di padang kawad iaitu kawad senjata, Ada yang offer untuk jadi pegawai. Tapi tak nak lah, kerja di sekolah tak tentu arah lagi. Leftenan muda tuh beb. Tak kisah lah, kalau nak jadi askar dah lama apply nyer mungkin wife dia berminat kot. hihihihihih. Plan kali ini juga akan kesempadan indonesia di pontianak sana. Turun di kuching dan ke serian 2 jam perjalanan dan ke sempadan cam best jer. Gambar time dhiya tengah rilek dengan kain biru itu di lapang sasar briged 10. Sleeping bed tuh memang sentiasa diletakkan dalam kereta. Maklum lah , kalau cikgu benda yang mesti ada ialah botol air, alatan mandi dan alatan tidur. Memang rutin lah tuh. Pastu bulan 4 dan 5 memang busy giler.Ok la setakat itu dahulu . Selamat hari guru buat diri sendiri dan my wife dan semua guru di malaysia. 7.40 petang. 13/5/2014.

No comments:

Post a Comment