Friday, May 16, 2014

SERVIS KERETA


Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya bagi mereka yang baru membeli kereta mesti tidak ambil tahu atau memang tak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang perlu ditukar masa servis kereta mereka. Jadi mungkin hanya menuruti apa yang dicadangkan oleh penjual alatganti kereta yang hanya inginkan keuntungan.
Jadi entri kali ini mungkin berguna untuk semua orang yang tercari cari apa yang perlu ditukar masa servis kereta mereka. Entri ini dikongsikan oleh Mat Kacau iaitu seorang Bekas Panel Penganalisas dan R&D Automotive Japan.
Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji…
4. bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun
terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts…dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. timing belt – 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km.
Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!
6. clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km…tukar clutch!
7. Fuel Filter – tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8. Air Filter atau Filter Udara – yang ni di tukar setiap 20,000km….tapipada mereka yang tukar kepada K&N type…benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita…tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje….yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil – untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat….sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he…jangan ikut saya ya!
12. Radiator Coolant – sebotol RM8-RM15… selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje…maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata “preventive maintenance”
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar…preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal di masa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran….

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya “shock absorber”.. perlu diganti setiap 20,000km….! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!
Semoga bermanfaat :D..

dicopy dari internet.

No comments:

Post a Comment