Saturday, August 8, 2015

SALAM LEBARAN 2015

 Selamat tengah malam semua. Kembali menyusuri blog yang lama ketinggalan. Banyak juga rasanya mahu dikongsikan dalam blog kali ini. Tapi semuanya banyak mencoretkan kenangan dalam hidup. Paling last, blog dinukilkan oleh wife. Jadi kali ini , giliran aku pula menulisnya. Nak menulis blog ini bukannya mudah. Perlukan kesabaranm nak mengadap laptop nih satu halnya.Nak mula dari mana agaknya nih. Dah lama sangat ditinggalkan. Dedulu senang nak upload gambar, sebab memori kad tuh senang nak di buka. Ini handpon baru payah sikit lah. Ok lah. Rasanya elok lah bermula dengan kisah sebelum puasa la kan. Seperti biasa Hari minggu akan meronda . Jadi sebelum puasa, kami telah pergi ke alamanda. Tak pernah sampai pun sebelum ini kat situ. Tapi memang best rupanya tempat tuh. Tenang dan nyaman. Paking kereta pun mudah dapat. Jalan punya jalan, biasalah pembantu yang setia iaitu gps memainkan perananya.Menunjuk arah kebenaran camtu. Nak jalan-jalan kononya lah. Cuma sebelum makan angin tuh sentiasa berdoa agar tidak berlaku sesuatu yang tak diingini di tengah jalan.Dah selamat sampai ke destinasi. Maka naik ke bahagian paling atas. Waduh terus terlihat butik fareeda gtu. Insan yang bertudung mesti kene masuk lah butik tuh. Jarang dapat jumpa butik tuh. Masuk dan berkenan di belinya 2 terus. Ok lah, terus disimpan untuk persiapan hari raya. Pergi kemana-mana jika jumpa subway rasanya musti beli. Senang dimakan. Yerlah sandiwich jer kot. Kene dengan sos yang dipilih mau jadi ketagih tuh. Hari pertama puasa, tak jadi berbuka di luar, berbuka di rumah sahaja. Tips untuk semua , jika nak berbuka best, pergi lah kekedai awal ramadhan sehingga 15 ramadhan. Kebiasaannya tiada orang pun nak berbuka di kedai. Cuba lah, Tahun ini tahun ke lima berpuasa di melaka. Dah la puasa , kene pula bebudak ini siapkan kerja pt3 sejarah. Harapnya semuanya berjalan dengan baik. Sebelum balik kampung, semua pelajar perlu menyiapkan kerja kursus yang  amat amat amat senang. Itu pun mengeluh payah. Tak payah sungguh lah pelajar zaman sekarang. Perlukan usaha yang lebih camtu untuk berjaya. Akhirnya semuanya berjaya disiapkan. Harapnya sebelum menanda ini pun , semuanya ok. Tak nak sakit ke , apa ker, Banyak nanti masalahnya. Seterusnya Sekolah aku terpilih menjadi skk. Menatam apa tuh skk, Tak perlu tahu la, subjek yang terpilih ialah bahasa melayu dan juga sukan hoki. Kira banyak peruntukan yang akan disalurkan untuk menghabiskan duit tersebut. Aku terpilih sekali lagi yahooooo menjadi ahli skk hoki. Redho jerlah, Aku nih obses dengan hoki sebenarnya, Minat sungguh dengan hoki, Dedulu main dekat sekolah, main dekat u. Dah lama tinggal bidang hoki. Tetapi skil makin mantap sejak lama tak main ini. Masa klinik hoki pula, ada coach yang datang. Eh, cam pernah lihat dia dulu masa main hoki dekat u. Masa rehat sempat sembang dengan cikgu tuh,. Dan tepat sekali memang dia budak um, pernah tengok dia main dedulu. Pernah lawan dengan team dia dulu. Tapi dia memang power. Tak kisah lah, janji taw main. Ader cikgu baru yang masuk, namenya arman. hihihihihihihihih, Selamat datang ke jasin yup. Aku harap sangat siap jer rumah di terengganu terus dapat pindah gtu. Doa-doa la jugak. Eh seperti panjang pula taipan aku kali ini. Kalau dulu buat asaimen banyak punya malas, ini taip blog rajin dan panjang pula ni. Aku nak ceritakan banyak kali ini. Mana lah taw koram boleh ambik mane yang elok kan. Pertamanya, sejak dua menjak ini, kelas yang aku mengajar dah kene marah dengan aku, baik punya perli gtu. Biasa aku payah sikit nak perli ke, nak marah ke, kalau marah risau jadik benda lain. Satu lagi, aku musti sabar, bahaya taw, kalau aku marah n simpan biasanya akan jadi sesuatu pada orang tuh. Entah kebetulan kot. Kesian pelajar 1 geliga, 1intan 3 geliga, 3 nilam. Tapi kene marah sebab kesalahan korang juga ler. Abis ler kalau diaorang jumpa blog keramat nih. hahahahahahahahaah. Semuanya kenangan. bebudak 3 nilam memonteng semua budak lelaki. Angin betul, disebatnya semuanya berbekas. Lepas nih jangan buat lagi yup. Yang menjadi masalahnya pula kelas aku ada seorang yang kuat mencuri dan merokok. Aduh pening duk memikirkannya. Tak makan dinasihat, Maka kene main kasar sikit lah. Walaupun berlainan agama dan bangsa , tugas seorang guru itu adalah menberikan teguran dan didikan yang sepatutnya, Diharap budak tuh berubah lah, Seterusnya ialah, jika diselidik anak aku nih, tak boleh duk luar umah jika di ambang sore gtu.Aku dah perasan 2 kali dah. Dia mula lah tak nak makan , dan demam. Jadi sesiapa yang ada anak kecil tuh jangan keluar seeloknya pukul 6 sampai lepas magrib. Waktu tengah meremang tuh. Jadi sebagai penyelesainnya. Perlu lah bacakan kursi 7 kali. tiupkan kan ubun-ubunya. KIra mesti tepat. Jika masih lagi berterusan, amik air bacakan 12 kali fatehah, dah selawat ke atas nabi, Yang menjadikan doa dan bacaan itu tidak ampuh ialah, kita tidak fokus, dan tidak niat apa yang kita buat. Contohnya niatkan nak sembuhkan anak dengan izin Allah, Dengan syafaat nabi dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Disini juga aku nak turunkan sikit ilmu la. Amalan aku. weng weng. Tak per lah. Jika nak keluar rumah atau nak tinggalkan barang. Takbir dalam hati 3 kali. dan baca lillah hilam. Serahkan sungguh-sungguh pada yang maha esa. Jangan kita letakkan kebergantungan kita kepada manusia. Mesti asa kita kebergantungan kepada Allah. Allah akan mengerakkan pertolongan kepada kita, Jika kita minta itu tak berjaya. Jangan putus asa. Sesunguhnya Allah itu maha mengetahui. Aiiii macam ustaz pula malam-malam cam gni. Sepertinya mahu menanda kertas jerk. ohhhhh no no. Tunggu mood bebetul datang dahulu la. Sebelum lupa kan., hari ini ada klinik hoki, penat dan sangat best. Aku suka hoki. Pepagi yang rasa xbest, cikgu sabar suruh buat persembahan buat cikgu jamilah yang akan bersara, Tapi rasanya malas dah nak  sumbang suara nih. Kalau suara tuh sedap ok la juga. Ini suara cam katak panggil ujan. Memalukan betul. cikgu sabar, nanti saya pikirkan. Tapi jika boleh tak nak hampakan orang. Cewahhhhhhh. Korang nak taw tak, mak ana, masa awal puasa telah gelincir, putus urut dekat buku lalinya. Siapa tuh mak ana? itu pengasuh dhiya la. Tapi syukur sungguh dia masih nak jaga anak aku dalam keadaan camtu. Harap semakin sembuh dengan cepat. Part seterusnya ialah, aku kali ini nak tulis panjang sikit. ok tak. Jangan cuak la dengan cerita yang entah apa-apa nih. Sekadar melatih tangan, jari agar tidak keras gtu. Dedulu ada aku cakap pasal ayam panggang best jika bulan puasa. Sebenarnya ayam panggang tuh ada jer jual masa tak bulan puasa. Lokasinya ialah di sebelah shell duyong. Nama kedai tuh , ayam panggang sri duyong, wow meletup sungguh. Semalam kan, pergi ke jj ternampak sos nandos, extra hot. waduh. beli yang kecik untuk percubaan, pedas yang amat. Tapi sedap disamping rasa masamnya. Tapi cam biasalah jika pas makan sakit perut lah. Sediakan pil sakit perut. Korang jangan makan pedas taw. bahaya. sifu tak pe. Hari ini selepas habis hoki, terus ke rumah bayah, nak beraya la, cerita seterusnya aku tak nak cerita, aku terus sambung part beli ayam pada masa seterusnya dan kerus ke rumah kak suzie untuk open house. Banyak sungguh open house  kan. Tak larat sungguh nak ikut semua. Semoga diberikan kekuatan. Cam nak tulis novel nih. Tapi takpe, kali nih nak lepaskan geram. Tulis sebanyak yang mugkin.Jangan jemu sudah, kalau jemu, pergi buat kopi dulu dan sambung baca balik taw. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. ok lah jika ada nak tambah lagi, antri akan disambung lagi. Sayang kamu semua.11.45 malam. 8/8/15

No comments:

Post a Comment