Sunday, August 26, 2018

HARI RAYA AIDILADHA , 7 HARI YANG SANGAT BERMAKNA.
























Assalaumaikum, sepulang daripada kampung. Dedulu tengok dalam tv jer suasana balik ke kampung. Tak sangka merasainya pula. Tapi kali ini pulangnya ke kampung dengan rasa meriahnya. Sebabnya rumah di kampung hampir sempurna dah. Syukurnya. Seterusnya ialah diisi dengan penuh aktiviti. Pertamanya ialah mesti la mandi ombak di pantai pandak. Seterusnya ialah berjalan -jalan di pelabuhan chendering. Terbaik la suasana di sana wei. Seterusnya ialah aktiviti mengurut. Rumah ditinggal 2 bulan. Aduyai memang ade le yang singgah Maka dibacakan rukyah dan alhamdunillah keluar dengan baik sahaja. Seterusnya ialah masa hari raya pertama ialah aktiviti memasak nasi ayam. Wah nasik ayam yang lain sikit caranya. Atau orang cina panggil nasi wangi. Sedap rasanya. Nak resepinya. Tak perlu lah kot. Seterusnya ialah banyaknya dapat daging korban. Maka menjadi tukang masak pula.  Memasak gulai daging dan daging minang. Resepi nanti bagi la. Sedap taw. Balik kampung pun ada 2 kes perlu diselesaikan. Dah kawan-kawan mintak tolong. Maka buat la sekadar yang mampu. Seterusnya ialah pada hari jumaat pula, adanya hari keluarga. Ada acara rebut kerusi, acara tiup tepung. Ade ayam goreng, mi , nasi goreng. Sedap tuh taw. Nasi goreng siap makan banyak lagi. Ade kambing juga. Sedap kan. Seterusnya seperti biasa aku ni balik ke melaka biasanya jam 4 pagi. Maka jika 4 pagi, jangan sesekali tinggal tahajud dan alhamdunillah setakat ini, hari minggu dan hari cuti tak tinggal lagi dhuha. Amin. Besar sangat fadilatnya. Seterusnya ialah,Nak bagikan satu tips yang jarang orang tahu. Jika nak masuk hutan ka, nak bawa pelajar ka, ada gangguan dalam rumah. Jika dah tak tahu nak buat apa dah. Mudah sahaja, Ambilkan beras serta kacang hijau. Gorengkan tanpa minyak. hahahahaa... selepas itu tumbukkannya. Taburkan keliling rumah. Jika untuk masuk hutan, bawakan sahaja dalam kain. Inyslllah tak akan diganggu. Semuanya dengan izin Allah juga. Seterusnya aku balik dan singgah sekejap di segamat. makan di medannya. Rasanya sedikit mahal la makanan disitu dan seterusnya meneruskan perjalananan ke melaka melalui jalan lama. Iaitu jalan segamat, jementah. Rasanya dah elok dan sangat cepat rasanya jika melalui jalan ini. Dan sempat juga singggah ke tempat bersejarah iaitu balai polis bukit kepong. Merasai pengalaman dan suasana di sana. dapat juga merasainya. moga dicucuri rahmatnya. Cumanya ialah banyak sangat patung kat dalam situ. Rasa tak best jer. Ok lah. esok dah sekolah kot. selamat malam semua..... 10.55 malam 26.8.18

No comments:

Post a Comment