Monday, September 10, 2018

TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN SETELAH 8 TAHUN TIDAK KEMBALI






























Syukur alhamdunillah akhirnya dah berjaya kembali ke negeri melaka selepas beberapa hari mengembara. Alah bukan jauh pun ke kl jer kot. Aku pergi hari sabtu terus ke temerloh. Cuma pergi berjalan lagi.Jalan ke temerloh nih mudah jer. Ikut felda bukit rokan la yang paling dekat, masuk jempol bera dan temerloh. Sampai jer kat temerloh tuh. terus ke mentakab. Bukan jauh pun sebelum tuh pergi makan kat bukit angin. Alahai biasa jer rasa ikan patin dia. Sedap aku masak lagik kot. Seterusnya ke mentakab mall. Kecik jer. dan ramai nyer remaja-remaja kat situ sibuk duk nak tengok cerita munafik. Mallnya yang malap dan banyak ensletor yang rosak.Pastu bagi anak -anak main kat tempat permainan yang tak ada org dan belikan kfc untuk org temerloh. Sesampai jer kat temerloh, wah dah banyak benda baru. ada balai bomba , ada balai polis baru. Best tuh. Seterusnya petang terus ke pasar malam temerloh di paya luas sana. Kat sana kecik jer. seperti biasa banyak sungguh ikan sungai disana. Ikan laut ada , tapi sikit jerlah. Beli nasi goreng dan makanan sikit lah. Malam tuh tak pergi mana mana pun. Duk tidur jerlah. Penat kot. Esoknya bangun pepagi dan terus bersiap  nak ke pasar sari temerloh. Khabarnya pasar sari terpanjang di malaysia. Sesampai jer kat situ. Terus makan pagi dan , eh banyak kuih pelik pelik yang dijual. Seperti biasa ada banyak ikan sungai yang dijual. Aku sempat beli sambal pahang jer dan baju temerloh. Yang biasa biasa jer. Ada satay minang juga dan kuih tradisi pahang. Seterusnya dalam pukul 11 camtu elok pulak tak hujan terus bergerak ke kl.
Wah ke kl. Pastu stay lama kat rnr genting sempah. Sejuk kot kat situ. Sesambil menikmati pemandangan kat situ. Syok owwww. Aku ni malas nak naik situ jika hari hujan sebab licin. kalau hujan aku terpikir tak nak naik lagi karak bentong nih. Dan dan jer elok cuacanya. Teruskan perjalanan menuju shah alam. Wah shah alam. nak pergi i city ler. Check in concrode . huhuhuhuh. 5 star tuh. Sekali sekala apa salahnya. Tidur dulu rehat sampai dalam pukul 3 dan dalam pukul 5.30 terus gerak ke i city tuh. Sesampai kat sana masuk tempat sejuk tuh dan merasai duk dalam salji. Tapikan kat dalam situ licin. Tak suka ler. Ramai juga yang masuk. Sejuk ler. Seterusnya jalan jalan sekitar sana tetiba ada orang hesteria. Cam cam ler. Paking kene rm6 kot. Pehh mahal jugak ler. Seterusnya ialah terus ke uptown shah alam. Meronda kat situ dan makan nasi ayam penyet. Nasi ayam penyet dia rm8. Nasinya cam untuk 3 orang makan. ayam pulak 3 ketul yang besar besar. Pastu terus balik hotel ler nak tido. Penat kot. Esoknya bangun pepagi. Nak pergi makan pagi yang hotel sediakan. Pehhhhhh best cam cam ada, lama lak tuh duk kat restoran dia. Biasa makan pagi kami tak duk lama pun. Kali ni dekat 2 jam duk situ. Banyak sangat makanan cam makan petang pulak rasa. Meriah betul rasa. Pastu pergi mandi kolam kat tingkat 3 dia tuh. dekat pkl 10 camtu la duk mandi. Ramai juga. Tapi kan hotel full taw. Semuanya kitaorang book ikut online jerlah. Tak payah nak rushing sangat. Seterusnya next destination pula ialah nak ke setia city mall. Asyik pandnag dari jauh jer . Last last terus pergi sana juga. Masuk arah meru. Akhirnya dapat jejak kaki juga kat setia city nih. Ramai budak-budak duk bercouple. Beli makanan sikit dan terus bertolak ke melaka. Dalam pukul 4.30 kami dah sampai ke melaka. wahhhhhh menyeronokkan. selepas ini kami bercadang nak travel ke thailand pula...... 11/9/18 1.40 ptg.....

No comments:

Post a Comment