Sunday, November 18, 2018

PENGHUJUNG 2018 YANG MEMENATKAN......








Alhamdunillah berjaya sudah mengharungi perjalanan diakhir-akhir persekolahan ini. Seminggu sahaja lagi sekolah akan melabuhkan tirainya. Kali ke 8 bergelar pendidik. Hebatkan. Cumanya  minggu ini istimewa sedikit kerana banyak aktivitinya. Pertamanya ialah jamuan akhir tahun untuk guru-guru. Tapi pada masa yang sama pula ada game untuk guru melaka. Main hoki ler. Dipelawa oleh cikgu rosman. muhahahahahaha.Tapi memang nak main ler. Melaka menjadi tuan rumah kot. Tapi yang menjadi masalahnya ialah aku dah lama gila tak turun padang dan juga berat badan dan naik. Gerenti semput la. Tapi join juga lah.Buat berpeluh camtu. Maka sebelum game ni aku ada beli beg hoki. Murah sebab tuh ler beli. Pastu terus bawa g turff. Wokeh seterusnya ialah tiba la waktu game. Pertama kaligame cam biasa lah. Gugup dan panas giler.main 7 sebelah danyang menjadi masalah ialah tak ade attacking. alamak nih masalah. Cikgu hazizi menjadi penjaga gol. Maka game pertama tewas 1-0.Walaupun permainan memang dikuasai oleh team kiteorang. Lepas tuh. ada perubahan yang dilakukan iaitu bermain 9 sebelah. Sebab terlalu penat nak main 10minit setiap half time. maka 20minit woiiiiiiii. Tapi skil masih baik lagi. Gelecek dan berjaya menjadi antara perancang untuk menjaringkan gol. Selepas ada pemain penyerang baru lah, team kita orang tak kalah dan menang semua permainan. Aku pulak penat dan rest kejap luar padang. si Aiman duk jerit-jerit. Masuk wan masuk wan.Aku dah penat giler. hahahahahaha. Layan kan ja. Tapi belah aku tak ade yang dapat lepas. Goal belah kiri. Bukan posisi aku.Posisi aku clean dan tak dapat lolos.  Terbaik. Jaga penyerang haji omar. Sempat juga gelecek haji omar. Tapi haji omar orang vateren. Boleh lah.Apapun terbaik team jasin cikgu rosman, fazuley, syafik, aiman, acong dan sapa tah sorang lagi cikgu. akhirnya team dapat naib johan sahaja kerana team rasul menang kelebihan jaringan. Jika nak diikutkan team cikgu rasul kene dgn team jasin. Tahun depan kita cuba lagi.Jangan marah marah key. Penat sebab 1bulan setengah tak turun padang. Kulit dah jadi putihmulus, Tetiba turun camtu jerk. sabo jerlah. Tapi skill masih mantap. Dan menjadi orang penting. hahahaha. Paling last game ialah semasa kat universiti dulu dengan roslan salikon. Bermain dgn coach jerman. Dalam permainan hoki ini aku tak leh lupa klinik hoki dedulu yang menyebabkan aku tak leh bangun dari tido. Dari pagi hingga petang main pukul bola. Kenangan lah dulu. Sekarang duk melatih pelajar pulak. Tapi moga kuatkan hati ini. Dah ler tuh. Seterusnya ialah lepas jer habis game. Terkira-kira nakpergi ke tak jamuan akhir tahun nanti. kat the pines. Tapi dah bayar. Cikgu rosman dah balik dulu. Aku malas nak balik.Jauh la.Tapi baju salin dah bawak, kuar dari stadium nampak hotel the pines dari jauh. Maknanya dekat sangat jer tuh. Maka aku wat keputusan pergi juga dengan baju basah kuyup dengan peluh. Sampai sana terus cari tandas untuk bersiap... akhirnya layan kan juga kat the pines.banyak makanannya tapi malangnya udang bakarnya sejuk. ayyoyoyoyoy. ok la. akhir kata selamat berholiday.

No comments:

Post a Comment