Tuesday, November 13, 2018

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6................





















Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6.............. alhamdunilah penuh dengan suka dan duka. Semoga ikatan yang dijalinkan ini kekal hingga ke akhir hayat. Tahun ke 6, bersama. Susah senang bersama. Dikurniakan 2 cahaya mata yang menjadikan tautan ikatan semakin kukuh dan insyllah tersimpul mati. Percayalah apa yang ditempuhi bersama selama ini adalah tanda kasih sayang yang akan menjadi memori indah buat selama-lamanya. Ingat lah biat-bait lagu yang tujukan semasa masih di sabah. Setiap kali ulang tahun, pasti akan disambut dengan meriah. Sebelum ini di sarawak, di cameron hignld dan insyllah kali ini akan disambut di kuantan. Semuanya dah dirancang dan moga berjalan dengan lancar. Jarang sebenarnya warkah seperti ini dicoretkan. Tetapi setiap kali nadi dan jantung ini berdengup. setiap itu lah kesetian ini khas untuk yang tersayang dan sentiasa mekar. Kita pahatkan memori indah dalam hidup ini dan menjadikan hidup ini dengan penuh makna. Lukisan-lukisan hidup seharian yang  kita lakarkan bersama pasti akan menjadi kenangan terindah. Cinta yang suci itu datangnya dengan penuh keikhlasan dari hati.Hargailah cinta tulus suci, ikatan yang dah menjadi ketentuan ini dengan penuh keyakinan. Jika di ingat kembali , detik detik dahulu dengan hadiah jaket, pertemuan pertama, diteruskan dengan pertunangan dan akhirnya dengan ikatan perkahwinan. Indah sungguh perjalanan yang diaturkan oleh maha pencipta. Ku memohon agar  kami membawa kebahagian ini hingga ke jannah. Ya Allah , ku memohon agar di syurga nanti ku tetap ditemukan kembali dengan apa yang ku ada disisi ku. Ya Allah jadikan hati kami seperti kasihnya saidina Khadijah dengan Rasullah, Cinta nya zulaikha kepada Nabi Yusof, Sarah  dengan nabi ishak, Ya Allah redhakan lah percintaan kami hingga ke syurga................ amin

BUAT PERMAISURI HATIKU....
ROZILAH ABDULLAH



No comments:

Post a Comment