Friday, February 19, 2010

MENGGAPAI IMPIAN.


Hari ini aku sungguh bosan. Aku telah merayau kat mana-mana je. Nak karaoke orang taknak dia cakap suara aku cam artis dan segan. Aku malas nak mengulas kejadian yang tidak diingini sebab aku tau apa yang difikirkannya... Cuma aku cukup bosan dengan perangai yang satu dan mungkin tidak boleh diubah. Aku insyalaah lebih mengenali. Aku akan bertolak ke Melaka nanti dengan sebuah kereta. Aku sebenarnya berat hati nak bergelumang dengan kerjaya pendidikan ini.
aku merasakan bahawa cabaran yang bakal dihadapi adalah cukup hebat. Aku memerlukan dorongan dan sokongan. Ops sebelum itu , aku nak menyatakan disini bahawa pertama kali aku balik ke kampung ini, aku tak menang tangan nak menghadiri kenduri kawin kawan-kawan sampaiaku boleh tidak ingat. Apa lagi kene marah la kau sebab tidak pergi bertandang. Aku rasakan bahawa pada waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk mengulang kaji dan menkaji teknik penyampaian.. Aku juga macam manusia biasa juga. Nervous je.. aku juga mengharapkan aku menupdate blog aku ini... selamat mencurahkan bakti ke bumi melaka. Paling last aku pergi ke melaka ini adalah semasa aku darjah enam dahulu. bayangkan la..... 3.30p.m

No comments:

Post a Comment