Saturday, November 13, 2010

CUTI SEKOLAH

10.25 am 14/11/2010
Hari ini aku tengah menghitung duit untuk menstabilkan sebelum berangkat balik ke kampung. Itu pun tak tahu biler boleh balik sebab jadual bertugas biasanya keluar minggu depan. Duit plak ciput-ciput dan sampai paras hidung dah. Semalam ada khursus ladap . Lepas aku pergi ladap yang masing-masing cikgu-cikgu dah tak sabar nak balik aku terus ke pusat karaoke di jasin ni. Lepaskan gian lorr.. Tak sangka pula time tuh ada juga anak murid aku kat situ. Aku tak peduli aku nak nyayi jugak. Aku pun ambik la 5 lagu untuk saja-saja, almaklumla dah biasa menyanyi. Pastu aku pun nyayi la. aku perasan ramai yang jenguk-jenguk. Mungkin suara aku sedap kot. wahahahaha. Lantak la. pastu lepas abis menyanyi ada pelajar aku kat luar dan terus salam siap cium tangan lagi. Terharu juga la. Aku dah bercinta dengan kerjaya guru. Memang best dan memang tak rugi. Jika kita dapat ubah perangai seorang pelajar rasa puas tuh akan datang. Kali ini untuk pengatahuan semua aku masuk kelas hanya reliaf jer tuh dia sambutan pelajar-pelajar , masing-masing mintak aku ajarkan mereka nanti. Aku ni kalau masuk kelas hanya bercerita disamping menasihati. aku percaya bahawa lidah lebih tajam dari mata pedang. Aku selalu masuk form 1,2 dan 4. Kelas-kelas ini la yang aku selalu masuk. Aku pula cam tak percaya tahu time bercerita sampaikan yang tertido pun boleh terjaga. Hebat juga penangan aku nih. Pastu ada satu kes yang sampai sekarang aku akan ingat. Aku cam biasa berceramah disamping belajar berucap sampaikan yang cina yang asyik baca buku cerita bahasa cina pun boleh duduk depan aku dengar aku punya cerita. Syok sungguh kalau dapat tarik perhatian mereka ni. Aku selalu bercerita berkaitan dengan pengalaman aku semasa belum berjaya. Aku akan terus bercerita dan terus bercerita. lantak la. Aku juga sentiasa selitkan moral dari cerita aku tuh. Semasa aku praktikal kat sebuah sekolah kat melaka. Diaorang ni lain sikit. Suka sangat la cerita hantu. So aku pun buka la cerita hantu yang diaorang tak pernah dengar. Sebenarnya aku ni seorang yang tegas dengan palajar-pelajar aku. Kat luar lain cerita, sampaikan aku ajak diaorang karaoke dan makan-makan sama tau. Aku sekarang tengah merangka sesuatu untuk diaorang pada tahun depan . Tapi bergantung pada form berapa yang aku kene ajar dan jaga kelas. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku nak bercuti. Sebelum itu aku cukup bangga selepas respon cikgu-cikgu yang menerima berita pasal pelajar-pelajar ada yang mahu jadi seperti aku. Ada yang nak sambung belajar dalam bidang sejarah la. Ada tuh cikgu-cikgu cakap pelajar-pelajar cakap aku punya cerita sampai membuatkan mereka terpesona. Tuh dia. malas nak ulas. Dalam blog bolehla aku bercerita pasal semua nih. kalau kat luar tak boleh bercerita nanti dikatakan sombong. Ini blog aku ikut suka hati aku la nak tulis apa pun. Aku sentiasa menjadi cikgu yang serius time mengajar. SAtu lagi ialah aku cukup kagum dengan jpk aku nih. Aku rasa dia memang layak untuk menjadi pengetua. Sekarang aku tengah berkira-kira nak angkat kereta. susah sebenarnya tak ada kereta ni. Nak balik kampung pun susah. tuh jerla untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment