Sunday, July 7, 2013

RABU INI DAH PUASA 10/7/2013


Selamat malam semua dah di uploadkan gambar-gambar lama ini taw. Ini adalah semasa kursus kat GEMS SRM 1. Aku dengan sayuti join ini. Maklumlah pada masa itu tak ada kerja. Nin nak ceritakan serba sedikit pasal gems nin. Lepas aku abis belajar kat universiti tuh aku kerja pam minyak kat dengan sekolah agama khairiah tuh. Serius cakap bosnya cukup baik dan bagus la dengan pekerja. Aku doakan agar stesyen minyak dia terus maju dan jayanya. Pada suatu petang aku cam biasa bekerja , ditelefon oleh sayuti. Katanya ada kursus untuk kita pergi dan dapat elaun. Wah ini cukup bagus, makanan semuanya disediakan dan duduk dalam chalet gtu. Tempatnya ialah suria resort merang. Syok owhhhh.. Aku dah ditempatkan dengan sayuti, si Alif hahahaha. Alif ini sepupu kepada Danny X-factor tuh dan juga Arma. Banyak sungguh pengalaman dapat kat situ. Alhamdulilah semuanya dah dapat kerja. Si alif dah jadi akauntan dengan kerajaan negeri kelantan, si Arma menjadi kapten kapal kat klang dan asyik belayar keluar negara. Cam jadi duta pulak dia, Si sayuti dah jadi ahli kimia. Semuanya dah baik dah. Dedulu masa kat SRM tuh masing-masing suka menyakat. Tapi yang bagusnya kan semuanya menjadi kenangan yang terindah. Banyak modul-modul yang diperkenalkan. Aku pun mempraktikkan banyak disiplin yang diajara tuh semasa temuduga dan alhamdulilah aku berjaya yok. Gambar ini lah jadi kenangan kepada group cyber soprt kami. Sebelum lupa jugak kawan aku juga chef restoran cheng ho si mat ler. Dah jadi pegawai penjara dah. Semuanya dah berjaya kan. Ok Gambar kat atas tuh time buat even. Seterusnya tajuk aku tuh adalah tentang nak berpuasa dah taw. Jadi aku dah buat persedian untuk berpuasa kali ini, Kurma dah siap, oat dan siap, cili jeruk pun dah siap. Aku nak ajarkan cara nak buat cili jeruk.Mudah jer la. Memula cari ler cili, aku lagi suka cili kecil, yang besar pun boleh, potong ler kecik-kecik. Pastu bersihkan, masukkan dalam bekas, masukkan sesudu garam dan sesudu gula, pastu masukkan cuka untuk rendam. Ok dah siap untuk dimakan. Simpan ler dalam peti ok. Ok bye...... Esok sekolah. 9.20 malam 7/7/2013

No comments:

Post a Comment