Monday, August 11, 2014

Secoret rasa, segunung harapan, secebis bingkisan, sepalit rungkaian.

Assalamuaikum, diam tak diam sudah menghampiri angka 5 tahun menjadi seorang guru, siapakah guru itu? Guru ibarat lilin yang sentiasa cuba menerangi sesiapa, Siapa sangka aku nih akhirnya menjadi seorang guru. Kalau difikirkan balik betul ke aku nih dah jadi cikgu. Tapi sekali bergaler guru insyallah akan bergelar guru. Terus terang sebenarnya aku nih cukup tak suka pada awalnya menjadi seorang guru. Semasa di alam persekolahan, sentiasa berfikir , takkan lah bangun pepagi dan pakai baju seragam sekolah . Bayangkan duk di sekolah dari pagi sampai petang. huhuhuhuh. Memang tak suka lah. Memang ada terfikir juga tak kan ler lepas abis sekolah , pasni aku jadi cikgu pula. Bila aku nak habis dengan sekolah ni. Tun dia,. Akhirnya tengok lah , menjadi cikgu jugak tuh. Ada kisah di sebalik aku menjadi seorang guru ini. Biarlah kali ini akan menjadi coretan sejarah dalam blog ini. Aku nih sebenarnya semasa di universiti pernah ditawarkan menjadi mpp. Tapi atas nasihat ayah . Maka aku menolak lah tawaran tersebut. Sampaikan ada presiden yang telefon untuk menjadi mpp. Semasa di sekolah aduhai memang aku cukup aktif, main bola, bola baling, hoki, teakowndo, debat, tukang azan kat surau, melatih diri agar semuanya mampu dibuat. Bukan mengharapkan perfect, cuma melengkapkan ilmu yang diperlukan.. Nanti aku poskan gambar dulu dan sekrang. hihi. dulu sedikit kurus, sekarang dah berisi. Makan lebih sedikit dah naik berat badan. Semasa di sekolah, aku di tempatkan di kelas ke2. Masa tuh dah wujud team belajar dan team main-main. Teruk juga la time tuh. Masih terbayang kata-kata seorang kawan. Wan, kalau kamu dah berjaya jangan lupakan aku pasni. Tengok aku jalan kaki, ko naik kereta tumpang kan lah aku. Sedihnya. Jika dikembalikan masa silam dahulu. Pasti semuanya akan berusaha bersungguh-sungguh. Dalam kelas aku pun ada 2 orang yang mengandung dalam kelas. Semuanya akan dibongkarkan pada kali ini, Entri kali ini biarlah terlalu panjang agar semuanya dinukilkan didalam blog.Bayangkan semasa di sekolah aku ler seorang yang jalan kaki ke sekolah, kebanykkan kawan menaiki motor. Wah hebat kan. Tetapi aku niatkan belajar rajin-rajin dan insyallah pastikan kejayaan milik aku. Allhamdulilah akhirnya berjaya. Semasa tuh dalam dilema antara nak memilih selepas spm. Sejujurnya semasa spm memang perkara yang menyeronokkan bagi pelajar dan tidak menyeronokkan untuk cikgu disekolah tuh. Sekolah tuh biarlah rahsia. Semasa di sekolah tersebut memang sedikit nakal. kenkadang makan di rumah masa rehat. hihi. sakit perut jer terus balik ke rumah. wahwah. Cuma yang terkesan sekali ialah semasa adanya kelas tambahan , aku sorang jer yang datang. Pening kepala sungguh time tuh. Belajar cam bertalaqqi dengan GURU SEJARAH, kan aku dah jadi guru sejarah. Semasa itu guru sejaraj aku ialah cikgu ghazali. Masih segar diingatan. Seterusnya aku mengambil keputusan untuk sambung pelajaran diperingkat STPM. Semasa tuh aku tak ada kawan. Semua kawan aku dah memilih haluan masing-masing. Semasa itu pasrah sahaja. Akan terus melangkah walaupun keseorangan. Untuk berjaya perlukan pengorbanan. Semasa hari pertama ke sekolah STPM itu aku dapat sorang kawan. namanya firdaus. Masa itu aku terus tinggalkan main bola sepak dan seangkatan dengannya. Kononya untuk memberi fokus untuk belajar. Nah sekarang badan terus naik mendadak. dari yang kurus kering, sekrang berisi banyak. Seterusnya selepas STPM, aku terus membawa diri, untuk membiasakan diri dengan orang ramai. Tetapi semasa result STPM keluar, oitt takut sungguh. Aku dah mula solat hajat setiap malam agar dapat masuk universiti. 3bulan berturut-turut. Akhirnya tepat jam 12.00 malam , si firduas mesej aku katanya aku dah berjaya masuk universiti. Terus solat sujud syukur. Alhamdulilah maka, persiapan pun dibuat untuk masuk ke universiti. Bestnya. aku rasa segala penat lelah akhirnya mencapai kemuncaknya. Pergi dengan bus jer. Tengok pintu gerbang univerisiti semasa itu terasa amat gembira. Semasa diuniverisit banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat. Yang paling aku tak dapat lupa ialah bagaimana aku kenal dengan seorang kawan, yang keluarganya puasa tidak, mencarut dan memang teruk la. Aku pernah dipelawa ke rumah sedaranya, aku ikut la. Sesampai jer di sana. Masing-masing tak solat, baik kecik sampai besar. Aku cam biasa la, bukan alim sangat kot, tapi menunaikan apa yang telah difardukan. Maka aku pun minta la sejadah untuk solat jamak, Rupanya mereka ini tergopoh-gopoh mencari sejarah yang entah kemana. . Itu aku tak kisah sangat la kan. Mungkin sejadah tuh basuh ke apa ke. Seterusnya sesudah meminta sejadah maka nak tahu la di mana arah kiblatnya. Malangnya semuanya tidak mengetahu arah kiblatnya. Sedihnya hati ini. Seterusnya aku kenal dengan saudara maranya. Kira baik juga la. Ada saudarnya ini anak yatim dan hanya ada keluarga kecil sahaja. Seterusnya aku nih ramah sikit la, dan baik dengan dengan sedara maranya. Sehinggakan aku megetahui saudaranya itu dirogol orang semasa balik kerja. Subhanallah, besar sungguh dugannya. Aku pun pelik sebabnya dalam tempoh 6 bulan dia telah meninggalkan kampungnya. Rupanya saudaranya selamat melahirkan bayi lelaki, Namanya ialah Iman Hakim. Besar pengorbanan anaknya berhadapan dengan cercaan orang ramai. Tabah mengharungi dungaan. Banyak peristiwa yang terpaksa di cutkan untuk menjaga hati mereka yang terlibat. Cukup la perkara seperti ini menginsafkan kita. Banyak peristiwa yang berlaku dan pernah aku hadapi. Bertemu dengan mangsa rogol 12 orang dan mangsa liwat. Semuanya seolah-olah seperti drama dalam tv. Sedarlah bahawa semuan ini adalah kehidupan sekarang. Seterusnya aku banyak terlibat dalam aktiviti dakwah juga. Diuniversiti, aku akan join mana-mana usrah, kuliah agama, bahkan tabligh pun aku dah join. Aku nak melihat sejauh mana semua aktitiviti tersebut. Sehinggakan orang tabligh pun taknak berjumpa dengan aku. Aku suka bersembang dengan orang tabligh dan memberi soalan-soalan cepu emas. Jangan terkejut kebanykkan mereka yang menyertai tabligh ini adalah mereka yang berpelajaran seperti doktor dan peguam. Seminar buddha pun aku masuk., mahu melihat apa aktivitinya. Seterusnya aku juga join kumpulan dakwah perkid , kawan-kawan ajak ke klcc untuk aktiviti membanteras gejala sosial , semasa disana memang ramai group-group dakwah yang datang. Pekida pun ada juga. Ditempatkan di surau al-ikhwan, aku dan kawan-kawan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Aku ditempatkan ke bukit bintang. Wah ini adalah pengalaman yang cukup berharga. Kawan-kawan aku semuanya berserban. Aku jer tak. Lupa nak cakap, turut disertai oleh kawan aku berbangsa cina. Hebat tuh. Aku dan kumpulan bergerak ke bukit bintang sekitar jam 2 pagi. Berhadapan dengan orang yang mabuk, budak-budak , pondan dan sebagainya. Datang keinsafan dan tergerak dihati, menyatakan bahawa, dalam hidup ini bersaksikan mata kepala sendiri melihat kerosakan akidah , akhlak orang islam. Aku sempat tangkap seorang budak darjah 6. Duduk seorang diri, ditanyakan kenapa duk disini, katanya nak sambut merdeka la. dah tuh awak tidur dimana. jawabnya disini ler. Adus. terdetik dihati menyatakan perlu dilakukan sesuatu, Amat risau nanti jika nyawa dicabut, akan disoal, apakah usaha yang kamu sudah lakukan. Subhanllah, dengan izin Allah aku menyatakan bahawa perjuangan membentuk nilai islam melalui perguruan, terhapus sudah persepsi yang awal itu. Inilah wadah yang betul untuk berbakti kepada bangsa dan agama. Didik la dengan sebaiknya ,pimpin lah melalui "kepimpinan melalui teladan" . Bangkitlah 1000 ammar dibumi malaysia ini. Mengharapkan agar segalanyaterlepas dengan menggalas tangjawab sebagai guru ini. Biar ditomah seribu macam. Amanah Allah akan dilaksanakan. Berpegang la dengan kata-kata para sahabat, didik la anak-anakmu dengan sesuai dengan zamannya. Ilmuwan terdahulu tidak meninggalkan harta yang banyak kepada anak-anaknya, umar abdul aziz, salahuddin ayub dan ramai lagi. Tetapi meninggalkan ilmu sebagai bekalan. Moga hati ini sentiasa berjalan dibawah redha Allah. amin. AKU SEORANG GURU............... 11/8/14

No comments:

Post a Comment