Saturday, August 2, 2014

Salam 1 Syawal 2014

 Assalamuaikum dan salam 1 syawal daripada kami sekeluarga.Bertemakan baju biju yang cukup meriah sekali. 1 syawal yang cukup-cukup bermakna kepada kami. Kehadiran si kenet nur dhiya dan juga tahun ini dengan keputusan dapat bertukar dari sandakan ke melaka cukup bermakna bagi kami. Diawal ramadhan sudah pun merasai kenikmatan keluarga. Dapat bersahur dan berbuka bersama-sama. Jadi di bulan ramadhan tersebut bazaar ramadhan akan dikunjungi. Bazaar yang menjadi kesukaan kami ialah di duyong dan sekitar jasin ini je. Sesebelum ini makanan disana memang tidak menghampakan. Kesukaan kami ialah ayam panggang duyong ler dengan sos lada hitamnya. Semua orang dah tahu pasal ayam tersebut. Dalam post dalm blog ada pic ayam panggang tersebut. Sekejap jer rupanya duk dimelaka ini dah pun 4 tahun. 4Tahun tuh. Bukannya sekejap. Bermula dengan dalam rumah tak ada apa-apa sehingga ada budak nor dhiya ini. Syukur padanya . Sebelum balik raya kebiasaannya kami akan membeli kuih dan kerepek di merlimau, Memang daripada dahulu itu lah tempatnya . Penuh dengan kuih yang sedap-sedap. Sekali lagi tidak menghampakan lah. Tempat tuh namanya ialah mama foods. time biasa dia buka jugak. Sebelum ini ke sana dengan nani, iza n rina. Sekarang pergi dengan wife la , dah kawin. hihi. Jadi membeli la beberapa kuih dan juga kerepek untuk dibawa ke kampung. Ce wah dedulu asyik tengok drama jer orang balik ke kampung kan. Sekarang kita merasai pengalaman tersebut. Dengan servis kereta dan persiapaan untuk balik ke kampung.Sebelum balik ke kampung pula nak dijadikan cerita mesin basuh kat kampung pula rosak. Jadi pakat beli la mesin basuh tersebut. Semuanya automatik sekarang dan memudahkan kerja. Letakkan duit dalam sampul untuk hari raya dan banyak aktiviti yang dilakukan. Seterusnya kami balik ke kampung selepas habis persekolah hari jumaat tuh. Selamat la sesampai jer dirumah tak ada jem yang berlaku, Keesokannya memang jem teruk masa balik ke terengganu. syukur sungguh, Pada awalnya nak berbuka di hotel pada hari sabtu tersebut. Tetapi ayah pula ada jemputan ke rumah saudara. Maka tak menjadi la. Berbuka la kami di flat ladang. Menunya ialah pari, karabu ayam. Sedap kan. Hari esoknya pula berbuka di chendering. Menunya ikan siakap 3 rasa, kerabu pucuk paku, sotong goreng kunyit. Sedap la pulak. Seperti biasa , untuk rumah mak di chendering aku belikan air kotak yang besar tuh untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang. Kat rumah di chendering maner la ada orang yang larat untuk buat air. Jadi sesenang beli jer air kotak. Air gas kebanykkannya ada, naik jemu kan.Air kotak ini bermula pada raya tahun lepas. Insyallah air kotak ini akan menjadi tradisi kami untuk rumah di chendering. Masa berpuasa di melaka rasanya lain sikit lah. Tapi biasa lah, maklumlah semenjak belajar di kuala lumpur dah hampir 8 tahun hidup merantau. Harapnya selepas ini dapat balik ke kampung halaman. Baru-baru ini juga kami mencari-cari rumah untuk dibeli. Dah lama kerja maka rasanya, sudah tiba masanya kami membeli rumah, Tak mahal sangat. Asal selesa cukup. Targetnya ialah sebelum bermulanya gst yang entah apa-apa tuh. Kalau dah mula gst makan mahal lah jadinya. Di melaka ini ada jer rumah untuk di jual tapi kami buat keputusan untuk membeli rumah di kampung sahaja. Seperti biasa raya ke rumah saudara tidak sempat habis. Jangan marah pada kami pak saudara dan sahabat andai. Memandangkan ada pula budak kecil tuh. Perjalanan perlu dihadkan. Rumah pok su pun tak sempat pergi, sebab mereka sekelaurga sakit mata. Kami tak nak ambil risiko. Maklumlah tiada orang nak jaga si kecil jika sakit kan. apapun kami sekeluarga tetap mengucapkan selamat hari raya, dan minta ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa. Kami pulang ke melaka kembali pada hari sabtu. Seperti biasa kami akan balik awal sehari untuk rehatkan badan dan juga bersiap mana yang patut. owh ya, lupa nak bagitahu. Tahun ini tema kami sekeluarga ialah warna biru. Baju melayu dibeli di mydin. Memang puas hati la baju melayu tersebut berharga rm49.90 sahaja. Baju jengjalan beli la sepasang.Gambar masa hari raya tak diuploadkan lagi. Ini pun tulis sebab rajin sikit. hihihihi. Cuma selepas ini jika ada cuti yang panjang rasanya masa cuti tersebut perlu di manafaatkan dengan sebaiknya. Maka dengan ini aku memutuskan untuk membuat kajian kes sebermulanya cuti sekolah. Insyallah. Buku-buku akan dirujuk dan mungkin persediaan untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi. Sebelum tinta ini menutup bicara. Semasa dalam perjalanan ke melaka , sempat berbincang untuk menu yang akan diadakan jika diizinkan bertukar ke kampung halaman, Menunya ialah tomyam, nasi putih dan telur dadar dan akan diadakan pada hari ke 3 setiap tahun, Insyallah. Semuanya berlaku gara-gara nak memesan tomyam semua kedai tak nak buat. Tekak dah terasa menerima nasi. Hari ini kami buat spageti sahaja sebab teringin nak makan, nanti akan ditulis resepinya. Mudah jer sebenarnya. Sebelum lupa kami juga nak ucapkan selamat ulang tahun 1 untuk nur dhiya , kami menyambut mengikut bulan islam. 3 syawal.Terasa mahu makan sup sahaja. Nanti jika ada kelapangan akan dimasukkan gambar didalam blog ini. Doakan kesejahteraan kami, kelaurga kami , umat di gaza, syiria dan semua ummat islam. insyalllah. 10.28 pagi 3/8/14

Resepi spageti
 -Spageti dicelur
-Sos spageti kimball
-Cendawa shitaki
-Bebola daging/ayam
-Daging kisar
-bawang putih
-bawang merah
- sayur campur
-sos cili

Caranya, tumis bawang putih, bawang merah, masukkan daging kisar, bebola dipotong 2 tuh, biar sebati, masukkan sos spageti, sedikit sos cili dan akhirnya cendawan shitaki.dah siap.
# jika nak buat untuk hidangan tetamu, seeloknya letakkan sos dengan spageti secara berasingan.
-selamat mencuba

No comments:

Post a Comment