Friday, January 26, 2018

2018 AYUH KITA GAMATKAN HOKI ISKANDARIANS













Hari ini nak update sikit la cerita taw. Minggu lepas dapat tab , kerajaan bagi. Aduh malas la benda2 camni. Tak payah bagi pun takpe la. Dah org nak bagi ambik jerla. Jika leh jual nanti aku jual murah2. Tak pun bagi pada pelajar best student. Kan. Seterusnya ialah minggu lepas juga senapang kayu dah dicat. Bayangkan misi 15 tahun sekolah nak kan senapang kayu tak tercapai. Kali ini tercapai juga. Terima kasih bebanyak pada cikgu sazaly yang berusaha keras selama ini buat sorang-sorang tuh. Aku dapat bantu mana yang boleh ja. Lepas dicat, latihan kawad diadakan. Menakjubkan seperti biasa, johan condct. Naim menjadi pegawai. Selaku ex kebangsaan. Alhamdunillah. contoh yang baik ditunjukkan dengan penghormatan yang tinggi diberikan kepada ex kebangsaan. Siap melapor kepada ex kebangsaan. wow. Maka semua mengimpikan menjadi wakil melaka untuk menjadi super senior. Geng senior yang lain cam syafik khan, shah pun dah tak sabar nak turun beraksi. kalau si shah turun memang masak ler korang.Tapi semakin respect mereka kepada senior. Moga diteruskan. Satu group lagi pula diserahkan kepada mamak dan faiq untuk memimpin form bawah. Kepimpinan yang terbaik. Moga diasah lagi personal drill ini. Minggu lepas juga masak ayam halia. Rupanya sedap dan mudah sahaja resepinya. Pastikan halia banyak, dipotong halus-halus, bawang putih, sos tiram, kicap pekat, minyak bijan sikit. Ayam pula terpulang nak goreng garing atau pun tak. Camtu. Aku lagi suka goreng garing dahulu. Biasa orang cina akan kukus jer. Jangan lupa masukkan lada hitam dan juga lada sulah. Memang terbaik la rasanya. Ops, nak bagitahu juga kat sini, tahun ni semua pertandingan dijangkakan pada bulan 4, Maka pelajar terpaksa memilih mana yang dilihat lebih mempunyai peluang. Memilih mesti bijak, melainkan untuk membina team. Itu terpaksa. Minggu lepas juga kan. team hoki lelaki dapat taktikal baru dan sedikit mengancam. Dengan kemasukkan player baru. Korang boleh la tengok pic player f1 tuh. Dorang baru belajar main hoki dan mereka gembira tuh. Semakin ada peningkatan. cuma memerlukan sedikit keyakinan. Tapi semuanya masih terlalu awal. Untuk tea pkbm pula. Sebenarnya masih tak ada rancangan dan rancangan agak kabur. Masih blur nak susun taktikal. hahahahaha. cuma targetnya tahun ini ialah mahu bawa pelajar tingkatan 2 mewakili melaka. Harap perancangan kali ini berjaya. Cuma cabaran kali ini sedikit berat untuk merubah minda main2 pelajar f2 ini. Tapi insyallah boleh sahaja. Matang sebelum waktunya,. camtu. ok la. selamat malam dunia. nak tido dulu. ku ukir memori di layar maya menjadi ispirasi buat semua.... u i love! 12.00 tgh malam. 26.1.2018


No comments:

Post a Comment