Saturday, January 13, 2018

BIARLAH BERLALU SEPERTI AIR SUNGAI





 Alhamdunillah syukur betul diberikan lagi kekuatan untuk menaip blog ini. Ade yang sentiasa follow aku punya blog ini. Tak mengapa lah. teruskan lah. Asalkan mendapat kebaikan. Minggu ini rasanya perlu dicatatkan. huhu. Ok lah. Pertamanya aku dah mula gembira mengajar tingkatan 4. Alhamdunilah sebabnya mungkin juga kerana dorongan oleh cikgu ghani nih. hahahahahaha. Cam biasa lah. jika ada yang masuk masa mengajar. Aku anggap cam tak ade orang jer dalam kelas. Aku jerkah budak ke, Rotan budak ke. sapa suruh masuk kelas aku. Alhamdunillah diberikan kekuatan dan kelancaran. Cumanya sedikit penat dan terasa seperti orang akademik camtu. Pastu minggu ini adalah pemilihan ajk kadet. Aku cam biasa lah mengadakan pemilihan. Tapi aku sebenarnya sedikit teruja kerana kepimpinan yang diterapkan begitu memberi kesan kepada pelajar Allahuakbar. amin. Sebelum pemilihan dilakukan seperti biasa lah. Pelajar akan akan bergerak mencari tempat untuk pemilihan. Cam biasalah, pelajar tingkatan 1 masuk dan sedia untuk bersama pelajar lain. Aku dan guru -guru lain masuk jer. Semuanya bangun dan memberikan salam. Tapi ada peristiwa yang aku dapat tahu. Pelajar tingkatan satu ini memula disuruh duduk dibahagian depan sekali. Waktu tuh cikgu-cikgu tak ada lagi. Tapi budak tingkatan 1 nih buat tak tahu dan wat tak dengar. Apa yang jadi ialah, si naim nih dengan title senior terus tengking budak tingkatan 1 ini. Cakap baik-baik junior nih wat tak tahu. Pastu budak tingkatan 1 menangis. Apa yang nak disampaikan ialah kepimpinan yang selama ini diterapkan mula diaplikasikan oleh pelajar, Pelajar berbangga dengan baju kadet yang dipakai. Rasa sangat puas bila dapat mendidik mereka kepimpinan. Bukan itu sahaja. si adri mula menunjukkan kepimpinan. Rasa sangat puas bila semasa membaca ikrar si adri memakai baju kadet. Inilah kemegahan. Tapi lelama dah rasa bosan dah. Bukan itu sahaja, si ameer musyid , satu masa dahulu pengerusi kadet dan akhirnya leader di akademi bomba, Ramai yang sudah berjaya dan yang paling best. Dalam gambar-gambar yang dipost, mesti baju kadet akan ada. Bertebaran baju kadet itu dibawa seluruh malaysia. Dengan kebangaan kadet syamil dah jadi warga imigresen. Moga pelajar ini akan terus berjaya kelak. Berbakti kepada negara. Semasa mengajar pun memang akan ditiupkan semangat kepimpinan dengan diselitkan cerita-cerita kisah tokoh agung. Tapikan aku nak balik kampung. Dah mula rasa bosan sangat di tempat orang. tahun ini juga geng-geng baju merah akan abis belajar dah. ok selamat malam semua. 31/1/18 10.16mlm

No comments:

Post a Comment