Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012

Hari ini tanggal 16 Mei 2012. Iaitu hari yang paling ditunggu oleh para guru. 16 Mei ialah hari guru bagi negara Malaysia. Hari ini juga saya tak ketinggalan menyambut hari guru yang boleh dikatakan paling best la semanjak menjadi guru. Untuk pengatahuan esok kursus pbs geogarfi akan disambung kembali. Sebenarnya saya dah rindu mengajar dan bersembang dengan para pelajar saya. Serius, nak jer masuk kelas dan mulakan pengajaran. Seperti biasa akan bergerak ke sekolah pada pukul 6.30 pagi. Suka ler pergi ke sekolah waktu subuh-subuh. Subuh itu menyejukkan dan menyenangkan. Saya masih berpegang iaitu nak berjaya perlulah menghindarkan kulit daripada terkena matahari. Memula tak faham jugak apa maksudnya. Akhirnya telah berjumpa dengan kata kuncinya iaitu keluar seawal pagi sebelum matahari keluar dan kembali dari kerja selepas terbenamnya matahari. Kerja menyebarkan ilmu itu adalah satu ibadah. Mendidik para pelajar menjadi insan yang mengenal maha pencipta cukup manis. Semakin hari semakin sayang dengan pangkat guru. Diatas diuploadkan dua keping gambar. Gambar yang pertama itu adalah hadiah hari guru daripada para pelajar. Terima kasih kepada yik sin, imran, zaqwan, norhanani, hakimi, nurin syakiran dan semualah. Walaupun tak sempat berjumpa dan ucap terima kasih nanti saya akan ucapkan. Kembali pada topik hari ini. Pepagi lagi dah terpacak di sekolah dan terus mencari kerja iaitu mengemaskini jadual kedatangan dan sebagainya. Minggu depan semua guru nak bercuti dah. Nak jumpa seseorang ler kat kampung. Seterusnya ialah nyayian negaraku, lagu guru malaysia dan sebagainya. Habis jer semua tuh. Saya dan cikgu volkalis sekolah saya bergabung tenaga menyanyikan lagu dari indon tajuknya naluri lelaki.Siap dengan penari kerusi lagi. Tahniah la, memang cukup berjaya . Seterusnya ialah bermain sukaneka, sayangnya tak ada nombor pula. Geram juga la. Bersama dengan ahli kumpulan cikgu suryani, azwa, zainal, yazid dan sebagainya. Seterusnya ialah acara bermain hoki, acara kegemaran tapi kalah juga kepada top score cikgu rahmat. Rupanya diaorang ni hebat dan memang mewakili maktab dan daerah masing-masing. Yang diatas persada pula sibuk dengan bermain carom serta memasak cucur. Sayang banyak acara tak dapat join. Maklumlah suka mengumpul hadiah . Akhirny saya terus masuk gelanggang nyayian. Bertanding juga la. Tapi berganding dengan pelajar si nazdmi. Lagu gemuruh wei. Tahniah anda dah berjaya. Gemuruh dah dapat menyanyi dengan baik. pastu tukar hadiah. 2tahun berturut-turut dapat tapewere. Terima jerla. Apapun syoknya hari guru. Tepat pukul 1 semua bersiap ke hotel grand pula untuk sambutan disana yang turut disertai oleh cikgu munira yang sekarang menjadi gkmp. Tahniah semua.Gambar yang satu lagi tuh rumah zaidi , sorang lagi tuh syafik. Rumah zaidi nin kitaorang berkumpul untuk ke kelantan time kawin awie'. Tahniah awie berkawin juga dengan kekasih lamanya dan akhir sia as. Dulu semasa belajar kenal la siapa as nin. Awie nin roomete sepanjang tempoh belajar kat um dulu.

No comments:

Post a Comment